MRC Akhir: Leg 1: Karamjit 1, Saladin 2!

rd5_leg1_large

MRC Akhir: Leg 1: Karamjit 1, Saladin 2!

Kemaskini 7.00 malam. 5/12/09.

Leg 1 pusingan akhir MRC menyaksikan persaingan sengit antara 2 pasukan utama, GSR Pennzoil Racing Team dan Felda Rally Team. Karamjit berjaya mengatasi Saladin hanya dengan beberapa saat diikuti oleh Gunaseelan Rajoo mengatasi Rozali Abdullah juga dengan masa yang sangat tipis. Gen.2 Saladin dikhabarkan mempunyai masalah brek.

Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:

1. Karamjit Singh/Jagdev Singh, Mitsubishi Evolution, 00:44:21.0

2. Saladin Mazlan/Arish Qutb Ahmad Khan, Proton Gen.2 4WD Turbo, 00:44:51.3

3. Gunaseelan Rajoo/Mohd Izwan Abdullah, Mitsubishi Evolution, 00:48:42.0

4. Rozali Abdullah/Douglas Pickering, Proton Waja 4WD Turbo, 00:48:48.2

5. Muhammad Rafiq Udhaya/Sean F. Gregory, Subaru Impreza, 00:51:26

Sumber: Malaysianrally.com

Nantikan perkembangan selanjutnya.

-Mak Uia-

Klik untuk kemaskini terdahulu >>

Silakan kongsi:

Subaru Impreza WRX STI SE!

Di negara kita Scooby bukanlah glamor sangat, kita lebih berminat dengan Evo. Lain pula di Singapura, di sana bolehlah digelar sebagai Scooby Land. Tak tahu kenapa, mungkin juga kita dah terbiasa dengan Mitsubishi-Proton. Setiap kali saya berborak dengan kawan-kawan pasal Scooby mesti akan ada yang kata “maintenance tinggi” dan “tak ramai pomen boleh bikin”.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Majalah KERETA 120!

dis2009kereta120

Gua tak tau ar apa cerita MK bulan ni.  Gua beli pun tak lagi, gua sibuk dengan urusan dunia tapi gua dah minta Mat Kacau hantar 13 dozen bagi gua. Gua dapat percuma pastu kalau jual balik kirala RM6.50 darab 13 dozen berapa. Mau tak senang gua, 3 minggu gua makan k ep c percuma. Pizza apatah lagi kan.

Kalau tempat lu orang tak sampai lagi, mungkin pengedar tu raya haji tak habis lagi.

Babai.

Ikhlas,

-Matpon-

Silakan kongsi:

Kia Forte: Lagi Murah Dari Vios, City!

Kia Forte 2010.06

Biasanya tulisan saya dalam majalah Kereta, saya akan bercerita panjang lebar tentang sejarah model kereta yang dipaparkan, ekonomi atau isu semasa lain ikut kehendak saya. Baii sebagai penyunting yang sporting memang jarang menyunting artikel yang saya hantar, kalau tulis A maka A lah yang akan keluar. Kalau saya tulis dia kacak dan geliga mungkin dia lagi suka, kalau dia ada kuasa nak tambah elaun mesti saya dah pandu Civic Hybrid sekarang ini. Barulah lagak bintang pop barat.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Keputusan IRC: Podium Peugeot Batal! Proton Kedua!

McRae_54

Kris Meeke, juara Intercontinental Rally Challenge [IRC] musim 2009 telah dibatalkan kemenangannya dalam pusingan akhir IRC di Scotland minggu lepas. Kemenangan Meeke yang memandu Peugeot 207 S2000 terbatal apabila pemeriksaan selepas perlumbaan mendapati sub-frame depan keretanya lebih ringan dari berat minimum yang dibenarkan.

Silakan kongsi:

Video: BMW Power – 10 Tahun F1!: Kemaskini 11:50 mlm.

httpv://www.youtube.com/watch?v=YfC2ust2XCI

Kemaskini 28/11: 11:50 mlm.

BMW telah menjual sahamnya kepada Peter Sauber. Qadbak kini tiada kena mengena dengan BMW Sauber.

___________________________________________

Masa depan Sauber dalam F1 masih lagi kabur walaupun grid kosong sudah tersedia apabila Toyota menarik diri dari F1 musim 2010. Qadbak Investment yang baru-baru ini membeli saham BMW dikatakan bermasalah dan rasanya sebab itulah Sauber masih tidak membuat pengesahan penyertaannya.

Apapun, klip video di atas adalah rangkuman 10 tahun BMW terlibat dalam F1, bermula dari zaman Williams hinggalah bersama Sauber. Sesuai untuk peminat BMW Sauber dan kejuruteraan F1.

Dan klik untuk video BMW Sauber musim 2009>>

Silakan kongsi:

Selamat Hari Raya AidilAdha!

Mecca-1850

Selamat Hari Raya Aidiladha dari skru GT, sepupu, sepapat, suku-sakat, lepat, sepat serta mereka yang terlibat dari belakang tabir.

Yang pergi haji tu semoga dapat haji mabrur. Yang tak pergi jangan mengada minta duit raya. Tolong-tolong pegang kaki korban pun ok.

Taking Care.

Sumber Mekah 1850: Wikipedia

-Matpon-Mak Uia-Baii-Pipi-Amid-

ps: Amacam, stail tak montaj RTM 80 an? Ok ar, gua insaf dengar khutbah raya tadi. Gua dah tukar gambar.

Silakan kongsi:

Baii: Perodua Alza!

Alza01

Haaa ni lah dia rebiu Baii pasal Perodua Alza, ni rebiu ringkas je lu orang jangan tuntut bukan-bukan, ada hari kitaorang rebiu panjang sikit tapi gua syak lepas ni memang susah Perodua nak bagi kereta sama kitaorang. Sebabnya kitaorang budiman dan hati mulia dan juga jujur.

Selamat Membaca!

_______________________________________________________

Gua baru balik jumpa Timbalan Perdana Menteri, secara rasminya Perodua Alza dah dilancarkan petang tadi. Gua pun belum sembahyang Maghrib lagi ni. Kesimpulannya adalah seperti ringkasan di bawah.

1.       Harga adalah dari RM56K sampai 64K, yang ni versi yang ada dalam pasaran sekarang. Diaorang panggil Standard Version dan Premium Varian. Campur manual dan automatik.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: