Proton Iriz dan Persona 2019 Kini Di Pasaran, Dari RM37K & RM43K!

Selepas pelbagai siri selingan dan pra-tonton PROTON secara rasminya pada 23 April 2019 melancarkan Proton Iriz dan Persona 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Model hatchback dan sedan keluarga segmen-B PROTON itu telah ditambahbaik secara menyeluruh sebagai model 2019 dengan penambahbaikan pada lebih 300 bahagian serta dengan pengenalan ciri-ciri pintar pertama dalam kelasnya.

Proton Iriz dan Persona Premium dilengkapi dengan sistem stereo pintar yang menggunakan kad eSIM dan membolehkan pengguna untuk kekal bersambung ke Internet.

Continue reading

Silakan kongsi:

Proton Persona 2019 Kini Dibuka Untuk Tempahan

Proton Persona 2019 secara rasminya diumumkan kepada media tempatan di Pusat Rekaan Malaysia PROTON di Shah Alam.

Sedan keluarga segmen B telah diberikan reka bentuk semula luar serta unit multimedia pintar yang sama seperti Iriz 2019 dan berdasarkan sistem yang digunakan dalam Proton X70.

Kedua-dua Persona dan Iriz adalah model pertama yang dikemas kini berikutan kerjasama dengan Geely dan pelancaran rasmi kedua-dua kenderaan kini dirancang untuk dibuat secara serentak pada Mac 2019.

Continue reading

Silakan kongsi:

Nissan X-Trail Facelift Dibuka Untuk Tempahan, Kini Dengan Varian Hibrid

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan Nissan X-Trail Facelift baharu kini dibuka untuk tempahan dan dijangka dilancarkan pada April 2019.

X-Trail Facelift baharu juga ditawarkan dengan satu varian Hybrid dan tiga pilihan Enjin Pembakaran Dalaman (ICE).

Continue reading

Silakan kongsi:

Proton Catat Jualan Lebih 5 Ribu Unit Pada Feb ’19, SUV X70 Laku Keras!

PROTON terus mencatatkan permulaan yang cemerlang bagi 2019 dengan pendaftaran jualan bagi Februari 2019 sebanyak 5,283 unit.

Jumlah tersebut mewakili anggaran pegangan pasaran sebanyak 12.7% iaitu peningkatan sebanyak 3% berbanding bulan yang sama pada 2018.

Continue reading

Silakan kongsi:

Honda HR-V Baharu Terima Lebih 8,500 Tempahan!

Honda Malaysia mengumumkan HR-V baharu telah menerima tempahan lebih daripada 8,500 unit. Tempahan meningkat dengan luar biasa selepas pelancaran rasmi pada Januari lalu dan sasaran selama tiga bulan berjaya dicapai dalam tempoh satu bulan sahaja dengan hampir 4,000 tempahan. 

Sejak dilancarkan Honda Malaysia telah menghantar lebih daripada 3,000 unit HR-V baharu kepada para pembeli.

Continue reading

Silakan kongsi:

Proton Persona 2019 Tampil Dengan Gaya Elegan

Selepas model segmen B Iriz, Proton bakal memperkenalkan Persona 2019 pada tahun ini.

Persona 2019 tampil dengan unsur reka bentuk keluarga baru PROTON yang akan diterapkan pada semua model masa depan.

Continue reading

Silakan kongsi:

Proton Iriz 2019 Boleh Ditempah Pada Harga RM9.99 Sehingga 11 Mac Ini!

Baru-baru ini Proton Iriz 2019 telah diperlihatkan secara rasmi kepada media tempatan dengan pelancaran rasmi dijangka pada Mac 2019.

Dengan reka bentuk luaran yang diberi nafas baharu serta dilengkapi unit stereo pintar sama seperti Proton X70, hatchback segmen-B PROTON ini merupakan model pertama dalam rangkaian semasa Syarikat yang mendapat sentuhan terkini selepas pengumuman kerjasama bersama Geely.

Continue reading

Silakan kongsi:

Ini 5 Sebab Perodua Aruz Pilihan Yang Bagus

Sejak pelancaran Myvi, Perodua belum gagal lagi dalam membaca selera pengguna terbanyak. Senang kata, Perodua tahu apa yang majoriti pengguna di Malaysia perlukan.

Prinsip Perodua mudah sahaja, mampu milik. Dari situ lahirlah Axia, Bezza, dan terkini Aruz.

Ketiga-tiga model ini termasuk Myvi generasi ketiga mewakili definisi mampu milik oleh Perodua.

Continue reading

Silakan kongsi: