Keputusan IRC: Podium Peugeot Batal! Proton Kedua!

McRae_54

Kris Meeke, juara Intercontinental Rally Challenge [IRC] musim 2009 telah dibatalkan kemenangannya dalam pusingan akhir IRC di Scotland minggu lepas. Kemenangan Meeke yang memandu Peugeot 207 S2000 terbatal apabila pemeriksaan selepas perlumbaan mendapati sub-frame depan keretanya lebih ringan dari berat minimum yang dibenarkan.

McRae_44

Sudah terang lagi bersuluh [betul ke ni?], pasukan Meeke tidak akan merayu keputusan ini kerana ianya tidak menjejaskan kejuaraan Meeke dalam IRC 2009.

Hasil dari penarikan balik ini bermakna pasukan PROTON-MEM naik satu tangga menjadikan Alister McRae dan Bill Hayes mendapat tempat kedua manakala Guy Wilks yang memandu Skoda Fabia S2000 tempat pertama.

Podium_09

Sekali lagi, tahniah untuk Proton, MEM, Ali McRae dan Bill Hayes!

Sumber gambar: IRCseries.com

-Mak Uia-

Ps: Nantikan perkembangan terbaharu Proton untuk musim 2010 APRC dan IRC dalam entri akan datang. [Mood raya tak habis lagi..]

😛

Muhammad

18 Comments

  1. kpd ala canggung…
    aku rasakn kos wat kete nie bkn puluhan ribu, tp ratusan ribu, silap ari bulan jejak juta tau(banding duit kite arr)
    blm ko tau harga suspention neo 2 ag, aku dgr de seorang saudara ckp(dia yg ckp, aku sampaikan je), sistem saspention neo tuk world rally mau jejak 70k-90k tau..

  2. Tahniah Proton. Perh…… Gua bangga betul lah. Semoga terus cemerlang. Di masa hadapan.

  3. ala canggung…

    kos sebijik keta Satria Neo S2000 yang low spec (mcm R3 guna untuk APRC) jer dah jejak RM juta2…belum lagi dengar harga model hi spec untuk IRC lagi…

  4. bekas student z2h:
    aku rasa takde hig/low spec..kereta ni kena homoligated jadi macam mana diaorang nak buat high spec low spec,tak kan nak homoligated dua spec??
    lagi satu s2000 spec car fia tak bagi jual lebih dari 250’000 euro(250,000.00 EUR = 1,271,559.97 MYR )..aku pernah baca kat blog rallying again orang mem motorsport kata kereta ni lebih murah dari abarth s2000 yang di jual pada customer team pada harga 200’000,jadi aku rasa kereta proton s2000 ni dijual pada sekitar harga 200,000euro dan ke bawah lah..

  5. kenapa bukan anak malaysia yg pandu neo s2000.Bila menang bukan nama malaysia yg harum tapi negara asal pemandu tu yang harum..

  6. Yeeeeoohh… proton no. 2!! Taun depan, naik podium no. 1 plk,!! Keep it guys!!

    Tula, klu pemandu die org Malaysia, ble dengar lagu Negaraku!! Lg tmbh bngga dan terharu!!(rally ade ke camtu MakUia? klu F1 taula aku)

  7. subaru dengan itsubish ada menang wrc dengan pemandu jepun???….tak de!!!
    tak pela alistair pun dia punye last name dia mcrae very marketable!!

  8. nape tak org malaya yg drive…nape nak org asing…org malaya tak ckp tinggi ke ngan org asing…??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *