Proton Persona 2019 Tampil Dengan Gaya Elegan

Selepas model segmen B Iriz, Proton bakal memperkenalkan Persona 2019 pada tahun ini.

Persona 2019 tampil dengan unsur reka bentuk keluarga baru PROTON yang akan diterapkan pada semua model masa depan.

Di bahagian hadapan, Persona menerima gril baharu diilhamkan oleh busur panah yang dimulakan pada Proton X70.

Turut mempersonakan ialah gril radiator bercorak “Infinite Weave” dengan bampar dan bingkai pengambilan udara yang tampil lebih elegan.

Proton Persona turut dilengkapi dengan skrin sentuh berwarna dan fungsi arahan suara.

Maklumat lanjut tentang sistem infohibur dan spesifikasi teknikal Proton Persona akan dikeluarkan sebelum tarikh pelancaran.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.