Honda CRF250 Rally & CRF250L 2017 Kini Di Pasaran

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah mengumumkan penawaran model CRF250L dan CRF250 Rally 2017 serba baharu untuk memenuhi kehendak penggemar motosikal pengembaraan ringan yang menginginkan keseronokan tunggangan di atas jalan raya dan off-road bagi kembara hujung minggu, keselesaan untuk dibawa melancong dan berfungsi praktikal untuk kegunaan harian.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Geely GC9 Terpilih Sebagai Kenderaan Diplomatik China

Geely Auto (Geely) mengumumkan bahawa Biro Perkhidmatan Kementerian Luar Negeri China akan terus menggunakan model sedan daripada Geely, Geely GC9 sebagai kenderaan rasmi diplomatiknya.

Sebanyak 50 unit Geely GC9 baharu diserahkan kepada Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing pada satu majlis penyerahan, yang mana kereta tersebut akan digunakan sebagai sebahagian daripada kenderaan rasmi diplomatik di China.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Volvo S90 T8 Twin Engine Inscription CKD Kini Sudah Boleh Ditempah

Volvo Car Malaysia telah mengumumkan S90 T8 Twin Engine Inscription yang dipasang di kilang Shah Alam sudah sedia untuk ditempah pada harga RM 348,888 (di atas jalan tanpa insurans).

Volvo S90 sebelum ini diimport (CBU) dan dipasarkan melalui dua varian iaitu V90 dan S90 T6 AWD R-Design.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

VPCM Lancar Akademi Automotif Volkswagen Pertama

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini melancarkan Akademi Automotif Volkswagen yang pertama di Malaysia secara rasmi.

Terletak di tengah-tengah hab automotif di Glenmarie, Shah Alam, akademi baharu itu memiliki keluasan lebih 14,117 kaki persegi.

Ia dilengkapi dengan semua kemudahan untuk menjalankan latihan jualan dan selepas jualan (teknikal serta bukan teknikal) yang lengkap.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Demak Meterai Kerjasama Dengan Motul – Pilihan Minyak Pelincir Motosikal Demak di Sri Lanka

DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. menerusi anak syarikatnya, Demak Sales and Services Sri Lanka pada 14 Ogos telah memeterai perjanjian kerjasama dengan pengeluar pelincir terkenal dunia Motul sebagai jenama pelincir yang dicadangkan untuk kegunaan semua motosikal jenama Demak yang dijual di  Sri Lanka.

Klik untuk bacaan seterusnya >>