Haaa ni lah dia rebiu Baii pasal Perodua Alza, ni rebiu ringkas je lu orang jangan tuntut bukan-bukan, ada hari kitaorang rebiu panjang sikit tapi gua syak lepas ni memang susah Perodua nak bagi kereta sama kitaorang. Sebabnya kitaorang budiman dan hati mulia dan juga jujur.
Selamat Membaca!
_______________________________________________________
Gua baru balik jumpa Timbalan Perdana Menteri, secara rasminya Perodua Alza dah dilancarkan petang tadi. Gua pun belum sembahyang Maghrib lagi ni. Kesimpulannya adalah seperti ringkasan di bawah.
1. Harga adalah dari RM56K sampai 64K, yang ni versi yang ada dalam pasaran sekarang. Diaorang panggil Standard Version dan Premium Varian. Campur manual dan automatik.
2. Varian Advanced akan hanya masuk pasaran Mac tahun depan. Kira macam Viva Elite, tambah sana sikit, situ sikit, bodykit sikit, GPS, bla2, harga naik 67K sampai 70K.
3. Warna baru masuk dalam liga, Classy Purple. Personally, warna ni nampak elegan. Gua tak berani nak komen banyak pasal dewan KLCC tu gelap sangat.
4. Perodua sasar jual 3,500 – 4,000 unit sebulan. Gua rasa cincai-cincai senang je dapat sasaran ni. Dan gua rasa juga Myvi mungkin akan jatuh sikit jualannya, sama dengan Avanza.
Apa yang gua suka pasal MPV ni?
1. Bench Seat, memang praktikal untuk kereta yang tak berapa besar. Pasal ruang dimaksimumkan, tak ada benda di lantai. Dash-gear dan parking brake di kaki. Kesimpulannya, memang bijak buat ciri macam ni. Kalau bubuh gear kat lantai juga, baik orang beli Avanza. Yang ni gua cerita pasal versi auto.
2. Nak kata kecik tak kecik, nak kata besar memang kecik. So kalau jenis nak jalan balik kampung, famili kecik memang sesuai. Kalau nak compare dengan harga pastu nak besar macam Estima, baik beli Naza Ria terus.
3. Tak payah nak komen pasal saiz. kalau nak besar, beli Exora – people mover. Yang ni lebih kepada fun daily driving, sekali sekala pergi kelab surau atau masjid boleh ajak kawan-kawan naik.
4. Boleh ubahsuai jadi Modellista, yehyehyeh…..
Apa yang gua tak suka pasal MPV ni?
1. Seperti juga MPV dalam kelasnya, kecik, sebenarnya tak layak pun panggil MPV, patut panggil Station wagon. Macam Grand Livina semua tu.
2. Kenapa bubuh nama Alza? Kalau lu orang perasan, selepas dijenamakan balik Perodua tak guna dah nama ke-Malaysiaan. Semua nak nampak moden. Kenapa nak ikut penjenamaan macam tu? Berapa buah kereta ni eksport ke negara Mat salleh yang paham bahasa Sepanyol-Alza?
3. Apsal Perodua ni kedekut sangat dengan media? Iklan jauh sekali, hadiah pintu [door gift] pun bagi jaket saiz XXL. Ingat kereta ni lancar kat Eropah ke apa? Ke wartawan Malaysia ni semua jenis saiz badan besar gajah?
Sekian, jangan lupa solat.
-Baii-
Matpon: Sekian, jangan lupa pancing udang.
59 comments
Skip to comment form
masa aku sekolah dulu, cikgu aku cakap lepas perodua kelisa, perodua mungkin kuar model baru dengan nama “perodua Babi”….hehe
Apakejadahnya semua ni? merepek sungguh perodua! Amik passo sette pastu tukar nama.Cam cilakak perangai.Tau le perodua bawah daihatsu..toyota.Agak2 la nak buat camni pun.Tukar la banyak sikit.
Korang tengok la sendiri.
http://paultan.org/2008/12/26/toyota-passo-sette-7-seater-mpv-full-details/
HA..sebijik sebijan.
Lepas ni jgn buat perangai pulak amik keta ferrari pastu tukar nama kepada Perodua Memerang.
Aku tibai jugak pengurusan perodua ni kang.
Gua x kisah kalu depa nk rebadge ke ape ke!!! Tu depa pnye strategy lee..Yg wa x puas ati…
REGA MAHAL!!!!
Cekik darah tul Perodua nih!! Dhle downgrade gile2 dr model asal pas tu harga beza sikit je dr Exora!!!Hampasss!!!
Kualiti??? Pada wa same je ngan proton..sebab vendor pun yg sama gakk!!!
hehe bro itu la pasal baru test drive semalam kat sunway damansara driver seat dengan second drebar kat depan memang luas la bro 🙂 awesome.
and after that i decide to open new alza community website. come take a look 🙂
http://www.alzaclub.net
mahal2 pun org beli jugak…napa ek? abg ipar aku nk gi book..kansel..sbb lambat sgt dapat daa..dah dekat 10k daa org booking…lu org yg hentam x da apa2 daa..buat haus keyboard komputer lu org daa…
sebab PERODUA.after sale sevice die ok.
layari blog sy http://prodas.wordpress.com/
ada contoh tak alza modified konsep modelista. aku pon beli alza.
jom mogok komplen harga!!… xptot xptot.
jgn terpedaya smua nih hrpkan interior je mgancam
handleing sampann!!… huahuahuahauuuuuaaaa
puji cps!! lotus ride handleing!!
mantoppp