MRC Akhir: Leg 1: Karamjit 1, Saladin 2!

rd5_leg1_large

MRC Akhir: Leg 1: Karamjit 1, Saladin 2!

Kemaskini 7.00 malam. 5/12/09.

Leg 1 pusingan akhir MRC menyaksikan persaingan sengit antara 2 pasukan utama, GSR Pennzoil Racing Team dan Felda Rally Team. Karamjit berjaya mengatasi Saladin hanya dengan beberapa saat diikuti oleh Gunaseelan Rajoo mengatasi Rozali Abdullah juga dengan masa yang sangat tipis. Gen.2 Saladin dikhabarkan mempunyai masalah brek.

Keputusan tidak rasmi adalah seperti berikut:

1. Karamjit Singh/Jagdev Singh, Mitsubishi Evolution, 00:44:21.0

2. Saladin Mazlan/Arish Qutb Ahmad Khan, Proton Gen.2 4WD Turbo, 00:44:51.3

3. Gunaseelan Rajoo/Mohd Izwan Abdullah, Mitsubishi Evolution, 00:48:42.0

4. Rozali Abdullah/Douglas Pickering, Proton Waja 4WD Turbo, 00:48:48.2

5. Muhammad Rafiq Udhaya/Sean F. Gregory, Subaru Impreza, 00:51:26

Sumber: Malaysianrally.com

Nantikan perkembangan selanjutnya.

-Mak Uia-


MRC050900

Hari ini bermulanya pertarungan akhir antara GSR Pennzoil Racing Team dan Felda Rally Team bagi merebut kejuaraan Malaysian Rally Championship [MRC] musim 2009.

Siapakah yang akan menjadi juara? Mampukah GSR Pennzoil Racing Team mempertahankan kejuaraan MRC [tim] yang dimenangi pada 2008 atau Felda Rally Team, pasukan baharu yang ditubuhkan pada tahun ini dapat memecahkan dominasi tersebut?

Siapakah lebih handal? Karamjit Singh, Gunaseelan Rajoo, Saladin Mazlan atau Rozali Abdullah?.

Nantikan perkembangan selanjutnya.

-Mak Uia-

Muhammad

13 Comments

  1. Caya lah kereta nasional Proton berentap gan Evo dan Subaru…mcm tak caya jee…keta Proton boleh memberi tentangan sengit..tuuu blum lg dio org turunkan satria s2000…mau asap pon tak nampak…..

  2. mad aku rasa info ko salah la, rozali dah dnf,rafiq tarik diri, no 4 shud be shazly and 5 abg jamal.

  3. dua-dua sama-sama handal, payah nak dijangka.kalau gen2 menang maknanya kete malaysia memang bagus…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *