Peugeot 107: Keciknyeeee!

Peugeot 107 Millesim

Peugeot yang kecil dengan bumper depan pelik semacam yang sekutu tengok ini namanya 107 Millesim. Rasanya kereta ni spesis Kelisa, buat jalan bandar dan masuk autoshow sekali sekala. Enjin dia 1.0 liter 12V saja dan walaupun kecil tapi jangan main-main dia punya senarai barang standard memang buat kereta lagi besar tersipu-sipu malu. Dia ada ABS, Electronic Brake Force Distribution [EBFD], Corner Stability Control [CSC] dan empat SRS. Ada 2 varian yang ditawarkan iaitu model 3 dan 5 pintu.

Siapa yang tempah bulan Jun dapat telefon bimbit Nokia 5230 percuma dan harga dia pula tak sampai 10 ribu pound. Model 3 pintu lebih kurang 9.5 ribu pound dan model 5 pintu pula 9.9 ribu pound. Harap Matpon tukar jadi duit RM bila entah baru siap.

Kalau sekutu nak tau, Peugeot memang kereta sedap, kalau free-free cuba pergi tengok Pug 308 tu. Lain feel dia.

Foto: Newspress/Peugeot.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Suzuki Swift Baru ni Jo!

Suzuki Swift 2010

Suzuki dengan hati yang riang ria merilis imej pertama dan info serba sedikit mengenai Swift generasi ketiga, model terbaru yang akan mula dijual di UK pada penghujung tahun ini.

Suzuki mempertonton kereta ini buat pertama kalinya semalam jauh di benua Eropah iaitu di kilang Magyar Suzuki Corporation di Esztergom, Hungary. Swift serba serbi baru ini macam yang kita tahu adalah model global, maknanya kat mana-mana dunia pun ada dan kalau di India inilah dia model sejuta umat. Dan apa yang saya baca, model terbaru ini mempunyai perubahan signifikan pada rekabentuk, keselamatan, prestasi pemanduan, pengendalian, lebih irit bahan bakar dan emisi yang lebih rendah.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Baii: Peugeot 3008

Peugeot 3008

Malam Isnin lepas, Peugeot 3008 secara rasminya dilancarkan. Bertambah lagi ahli keluarga Peugeot di Malaysia. Ironiknya, pelacaran kereta ini diadakan bersempena dengan ulangtahun Peugeot ke 200. Baru gua tau syarikat ni dah 200 tahun. Syarikat ni ditubuhkan pada 1810, tapi kereta pertamanya dibuat pada 1891, sebelum itu, diorang buat mesin jahit, gergaji, mesin kisar kopi dan basikal. Kalau lu orang nak tahu, logo Singa tu dipatenkan pada tahun 1858.

Tidaklah mengejutkan bila syarikat di bawah Kumpulan Naza, Nasim melancarkan Peugeot secara hensem sebab di kalangan negara Asean, kita yang pertama mendapat model ni.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

GearTinggi Setahun Dah Ni Wei!

Selamat pagi ye semua sekutu kat Bakalalan, Kuala Tembeling, Bukit Mertajam, Tebedu, Kg Dato’ Haron, Benta, Kulim, Temerloh, Kuala Berang, Tanjung Chat, Kg Pinang Sebatang dan mana-mana je kalau ada yang dok di China pun apa salahnya. Kalau lu orang nak tau gua mula kerja sini setahun lepas ok. Sepatutnya Mat Kacau yang kerja tempat gua tapi apa kes bos gua panggil gua kerja sini.

Dah hari baik macam ni gua nak lepak je. Gua bagi can lu ucap selamat pada diri gua sendiri. Hnnssss….Hnnnsssssssss…….Hnnnnnnssssssss.

Gua nak pusing-pusing naik Veyron gua dah lama tak berasap.

Babai.

Lupa pulak gua nak ucap.

Terima kasssseyyyyyyyyy….!!!

-Matpon-

Silakan kongsi:

Selingan Mata [19]

367286_Don Wales_Pendine Sands

Keh keh keh. Ni bukan go-kart ok.

Kalu tere jangan lupa belanja gua sirap kurang manis kkk.

Ok siap keje gua, gua kena standby nak sambut birthday sapa tah.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Video: Hennessey Venom GT Twin Turbo!

httpv://www.youtube.com/watch?v=trkiBxa3s2Q&feature=player_embedded

Yer yer yer, gua buat kerja hari ni gua post kasi 2 entri ok. Tapi yang ini apa kes nama kereta macam nama arak jer tapi lu orang main sampai habis tengok dia punya kuasa gila betul 933 hp ni brader.

Kalau main SDB ni gua tak tau lah apa cite.

Video: HPE Design

-Matpon-

Silakan kongsi:

Stim!

356323_Earl Beatty outside Palace House

Ini satu lagi kerja Matpon, saya cari balik artikel ini lebih dari sejam baru jumpa. Gambar yang Matpon post pada Mac lepas ialah kereta stim. UK memang mempunyai sejarah permotoran yang panjang menjadikan negara tersebut mempunyai koleksi kenderaan yang pelbagai.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Proton & VW: Tak Jadi Jo!

DB2007AU02280

Semalam masa lepak minum dengan Baii kitaorang bercerita pasal kerjasama Proton dengan VW mungkin langgar dinding. Dan nampaknya berita itu betul, pagi tadi Proton umum diaorang tak jadi nak berkerjasama.

Nampaknya VW kena cari kilang lain, Proton pula kena cari jenama kereta lain kalau nak rebadge atau kongsi platform.

-Mak Uia-

Silakan kongsi: