Baii: Peugeot 3008

Peugeot 3008

Malam Isnin lepas, Peugeot 3008 secara rasminya dilancarkan. Bertambah lagi ahli keluarga Peugeot di Malaysia. Ironiknya, pelacaran kereta ini diadakan bersempena dengan ulangtahun Peugeot ke 200. Baru gua tau syarikat ni dah 200 tahun. Syarikat ni ditubuhkan pada 1810, tapi kereta pertamanya dibuat pada 1891, sebelum itu, diorang buat mesin jahit, gergaji, mesin kisar kopi dan basikal. Kalau lu orang nak tahu, logo Singa tu dipatenkan pada tahun 1858.

Tidaklah mengejutkan bila syarikat di bawah Kumpulan Naza, Nasim melancarkan Peugeot secara hensem sebab di kalangan negara Asean, kita yang pertama mendapat model ni.

Seperti biasa, disebabkan pengaruh Chedet yang kuat, gua tulis stail poin-poin. Jimat sikit idea kepala otak nak reka ayat.

  1. Harga SUV ni ialah RM143,888 – Naza memang suka betul nombor lapan
  2. Pakai panoramic roof. Amacam? CRV tak boleh lawan, X-Trail apatah lagi, Grand Vitara? Semua SUV Jepun kompom tak boleh celen. Tucson, Kyron, Rexton, Sportage apatah lagi.
  3. Tailgate belakang dibuka dua pintu, jenis split door macam EG bullet, atau macam SUV lama, sekarang banyak SUV buat semua nak jimat duit, buat satu pintu saja.
  4. Enjin 1.6 turbo 156hp dan 240nm tork. Euro 5 Jo. Diorang claim 7.7 liter per 100km.
  5. Gearbox 6 speed auto. Dual clutch Jo.
  6. DRC atau Dynamic Roll Control. Benda ni macam absorber ketiga untuk kereta yang dipasang di bahagian tengah belakang. Dia bekerja macam absorber yang akan mendinamikkan kereta dengan mengawal tahap olengan badan yang memang nightmare untuk SUV. Mekanisme DRC ni terdiri dari piston yang terapung dan tangki simpanan hidraulik.
  7. Ini SUV score 5 STAR NCAP. Ada bran?
  8. Ada 6 airbag, ABS, EBD, BA, BFD, anti skid dan dynamic stability control.
  9. Kabin dia memang nampak mewah.
  10. Banyak menang award. antaranya Auto Europa 2010 award (Overall) di Itali, the 2009 Autorevue Award (kategori van) di Austria, UK’s What Car ? Car of the Year 2010 (overall), What Car ? Car of the Year 2010 (tempat pertama kategeori crossover), Diesel Car Magazine’s Best Crossover 2010 dan Continental Car of the Year award dari Irish Motoring Writers Association.
  11. Lagi yang perlu tahu, Peugeot PSA Citroen ni memang otai di Europe. 2nd largest car marker.
  12. Lagi yang tak perlu tahu. Diorang tak jemput pun gua pergi test drive baru-baru ni. Jadi macamana gua nak review kereta ni sebagai test drive ?

-Baii-

Matpon: Gua saja kasi bold nombor 12. Keh keh keh.

    Irwan

    16 Comments

    1. Gua pon komen baii stail poin poin:

      1. harga ni dah masuk interest baru yg gomen bakal nak naik ker??

      2. ok.. jgn parking bawah pokok deghyan atau kelapa..

      3. semua nak ekonomik aje skrg kalau boleh pintu belakang tu mauh dipateri terus

      4. not bad .. 0-100km/hr berapa seken?

      5. sib baik bukan DSG huhu

      6. ini mcm suspensi bas yg pakai jenis ballon type aje

      7. kalau perodua tah berapa star la yea

      8. ok ok gua serender

      9. boleh melunjur kaki mcm tido kat hotel tak>?

      10. not bad

      ok wa chiow

    2. alaaaaa

      gua tertinggal lagi 2 poin

      11. ok

      12. nanti gua pesan dgn dorang jgn lupa panggil lu

      done

    3. bile aku bace semua poin2 ko 2 mcm best…
      tp syg..
      RM143,888 2 dpt Enjin 1.6 jer..
      huhuhuhu….

    4. Apa2hal pun angkat kereta jepang lagi best.
      1>tak nyusahkan otak pikir psl servis..
      2>harga 143888 dapat 2000cc…
      3>1.6?mesti jv ngan korea..mcm smart for two..bla..bla
      4>mane ade mat salih pandai buat cc kecik2 ni…cc mesti
      besar bagak.cc kecik ni otak jepun korea jer…

    5. Come lote…depang aku kenang gok…napok bekeng…belakang punggung err…dok tau starang baroh…dok leh nok royak guane…

    6. mmg cam tuh lah…sume kete pon beli mahal jual murah..mane ade kete naik hage…lain lah cam umah sntiasa naik je…tuh pon ngok jugak lokasi…gua punye komen…ok je..bgi gua sume kete ok..kecuali kete mainan…MEMANG TAK OK!!!

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *