Saturday Night Drift!: Malam Minggu ni!

satnitedrift00

Saya dulu memang layan juga drift, masa tu selalulah juga ke trek go kart USJ setiap malam minggu, tengok drift malam-malam. Tapi tempat tu tak tahan lama sebab dengar kata kejiranan kawasan sewaktu dengannya buat aduan pada majlis perbandaran sebab bising dan selepas pada itu memang jarangla saya dengar ada event drift yang mesra rakyat. Tadi saya dapat mesej dari Wanbra minta cover event ini.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Amid: URO Vamtac, Malaysian Style!

UroVamtac00

Korang mesti heran, pasal apa aku asyik-asyik tulis pasal cerita askar? Ye laa, nak baca pasal kereta modified, korang beli je la majalah.

Ok, mungkin korang pernah ternampak kenderaan yang rupa macam HUMVEE tapi bukan HUMVEE dengan celoreng askar kita atas jalan. Sebenarnya, menda ni nama dia URO Vamtac dan berasal dari Sepanyol, bukan Amerika Syarikat.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

MAM-SIC RALLY X p4: @ SIC!

mamrx2009logo-custom

MAM-SIC RALLY X Pusingan 4 berlangsung hari ini [Ahad] dari pagi sampai petang. Lokasinya adalah di hadapan Litar Antarabangsa Sepang.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Toyota Passo Sette!

PassoSette00

Klik untuk gambar belakang Toyota Passo Sette >>

Silakan kongsi:

Amid: Perang Toyota!

Toyotawars00

Ni bukan cerita perang jualan kereta antara Toyota dengan pesaing-pesaing dia. Tapi pada tahun 1987, telah meletus perang antara negara Libya dan Chad. Negara-negara ni kalau korang nak tau terletak kat utara benua Afrika.

Konflik meletus apabila Libya cuba menakluki bahagian utara Chad pada tahun 1983 bagi menggulingkan Presiden Hissenne Habre dan menyokong puak yang digelar GUNT bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru. Presiden tersebut tidak diiktiraf oleh kerajaan Libya yang sebenarnya mahu mengekalkan pengusaannya di utara Chad dengan bantuan puak GUNT. Bagaimanapun, Perancis telah datang membantu pihak Chad dan tentera Libya hanya berjaya menakluki kawasan utara Chad yang rata-rata tidak berpenghuni.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Toyota FT86: Dia Punya Bunyi Daa..!!!

httpv://www.youtube.com/watch?v=62MLas8sWQc

Haa inilah dia bunyi Toyota FT86. Toyota pasang bagi gempak sikit ruang pameran diaorang masa Tokyo Auto Salon 2009 baru-baru ni. Kereta tak bergerak tapi ada bunyi, dengar kata tu bunyi masa kat litar Nurburgring. Tapi satu hal gua pelik kata guna enjin boxer Subaru tapi bunyi dia tak macam boxer pun.

-Matpon-

Silakan kongsi:

NAP: TIADA PEMERIKSAAN PUSPAKOM!

DAN10

Keputusan untuk mewajibkan kereta berusia 15 tahun ke atas menjalani pemeriksaan Puspakom sekali setahun kini ditarik balik kerajaan.

“Langkah itu jelas tidak popular. Kerajaan amat prihatin terhadap masalah rakyat, dan pada masa yang sama kita juga akan tetap mengutamakan keselamatan rakyat.” Umum Menteri Perdagangan Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamad.

Untuk itu, MITI akan berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ] bagi mencari jalan bagaimana untuk memastikan kereta-kereta tersebut dipastikan selamat di atas jalan raya tanpa membebankan pengguna.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Majalah Kereta 119!

covernov2009kereta119307

Proton pun dah bertukar, dari Gen.2 sekarang dah Exora, Myvi pun bertukar juga, dari yang biasa sekarang ada model Exclusive walaupun yang bertukar bampar depan dan belakang je. Viva pun bertukar juga, dari yang biasa sekarang ada Elite. Vios pun bertukar juga, dulu ada auto sahaja sekarang yang manual pun ada, ramai pula tu yang beli. PM pun dah bertukar juga, wakil rakyat pun bertukar, harga petrol dah 2,3 kali bertukar, jenis ron pun bertukar juga, DAN pun bertukar, tauke gula pun nak bertukar, majalah Mempelam pun dah bertukar imej, Mat Kacau pun bertukar juga, dulu malas sekarang lagi malas.

Cerita banyak tak guna, harga majalah Kereta ni masih RM6.50. Tak bertukar-tukar lagi. Macamana nak kira ni.

Terima kasss seyyy seyyy seyyyy….!!!!!

-Matpon-

Silakan kongsi: