Pada 28 November lepas PETRONAS Syntium Team berjaya mengharumkan nama negara di negara matahari terbit, Jepun dengan menjuarai Super Taikyu Endurance Series musim 2009. Lebih membanggakan lagi pemandunya adalah Fariqe Hairuman, seorang rakyat tempatan.
Dengan kemenangan berganda dalam 2 pusingan perlumbaan yang berlangsung di Oval Super Speedway, Twin Ring Motegi, ketiga-tiga pemandu kereta No. 1 BMW Z4M Coupe iaitu Fariqe Hairuman, Masataka Yanagida dan Nobuteru Taniguchi berjaya meraih maksimum 25 mata menjadikan keseluruhan markah kepada 128 mata seterusnya menjadi penakluk Super Taikyu Endurance Series 2009!