Lotus F1 Racing: 3 Jawatan Baharu!

Lf1r00

Sepatutnya saya menulis artikel mengenai MRC 2009, walaubagaimanapun sehingga artikel ini ditulis siaran media rasmi masih belum diterbitkan. Sehingga itu, kita baca berita mengenai Lotus F1 Racing dahulu.

__________

Prinsipal Lotus F1 Racing [LF1R], Datuk Seri Tony Fernandes hari ini mengumumkan 3 perlantikan jawatan utama pasukan. Alex Yoong dilantik sebagai Ketua Pembangunan Pemandu Asia, Nino Judge sebagai Ketua Pembangunan Pemandu Eropah manakala Ketua Pegawai Operasi, Persatuan Sukan Permotoran Malaysia [MAM], Mia Sharizman Ismail pula dilantik sebagai Ketua Operasi Asia.

Datuk Seri Tony Fernandes berkata “Perlantikan mereka yang berpengalaman ini akan memberikan rangsangan kepada Lotus F1 Racing. Pasukan ini telah mencapai pelbagai perkara penting dan kami berada di landasan untuk berada di grid perlumbaan di Bahrain tahun hadapan.”

Lf1r01

Mia akan bertanggungjawab dalam operasi pasukan merangkumi promosi, mengadakan kerjasama dengan badan sukan permotoran dan mengkaji operasi semasa pasukan di United Kingdom dengan tujuan untuk membawa pengetahuan dan kepakaran ke Malaysia.

Alex dan Prinsipal Team Litespeed, Nino pula masing-masing akan terlibat dalam program pembangunan pelumba untuk mencari bakat-bakat baharu untuk pembangunan masa hadapan di Malaysia, Asia dan Eropah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LF1R, Riad Asmat berkata: “Program pembangunan pemandu akan memainkan peranan penting dalam mencari dan membangunkan pemandu Malaysia pada masa akan datang dan sangat bagus apabila Litespeed turut memainkan peranan penting dalam proses ini.

“Terdapat ramai bakat-bakat dalam sukan permotoran di Malaysia dan sebagai pasukan F1 kebangsaan ianya menjadi tanggungjawab kami untuk membawa mereka ke hadapan.

“Kita perlu menggalakkan ibubapa supaya melibatkan anak mereka dalam go-kart tetapi langkah yang paling penting adalah halatuju dan platform untuk bakat kebangsaan kita maju ke hadapan,” ujar beliau selepas melancarkan Program Pencarian Bakat Karting MAM di Sepang hari ini.

Lotus F1 Racing ditadbir oleh 1Malaysia Racing Team Sdn. Bhd.

-Mak Uia-

Muhammad

15 Comments

  1. pendita_gila….klau ade keje kosong pun mesti mat pon dah kebas dulu….beliau workaholic dan ade 8 tangan…..

  2. sape ye yg jd driver? diorang x umumkan lagi ke? aku debar ni.. yela aku anta jgk pemohonan aritu.. fuh mintak2 la dpt..

  3. wahh aku ingt ikln jwtn kosong..
    rupenye berita x sensasi.. org baru dpt keje..haha

    anyway kalu nak perkhidmtn mencuci kete f1.. blh contek aku..
    hahaha

  4. yang penting gmbr alax yong pegang stiker GT beb!!!!
    tu je sbnrnye mak uia nk tunjuk…kn…kn…

  5. Asalamualaikum,sy haf dr kg,mawi….haf teringin sgt2 tuk menjadi seorang pelumba terkenal tanah air,plz bg haf peluang…wslm,haf akn sentiasa berdoa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *