F1: Sauber Nak Cari Pelumba!

214643

Sesiapa yang rasa dia boleh dapat lesen super bolehlah mohon jawatan pemandu dengan Sauber. Dalam entri pasal Lotus F1 Racing sebelum ini bukan main lagi yang kata dah mohon. Matpon pula entah hilang ke mana, blog pun dah lama dia tak moderate. Orang pergi haji ke Mekah pun dah balik tapi dia batang hidung pun tak nampak lagi.

Apapun Peter Sauber sekarang ini dengan penyertaan timnya yang telah disahkan FIA sedang mencari pelumba. Memandangkan BMW sudah keluar kebarangkalian tinggi enjin yang akan digunakan adalah dari Ferrari seperti yang biasa digunakannya sebelum era BMW. Dan untuk mengemudi jentera tersebut dengar khabarnya bukan setakat seorang dua yang dikaitkan dengan tim Sauber tapi ramai jugalah. Antaranya adalah Nick Heidfeld, Giancarlo Fisichella, Pedro de la Rosa, Christian Klien, Kamui Kobayashi, Heikki Kovalainen, Jarno Trulli dan Anthony Davidson.

Punyalah ramai tapi Peter Sauber dengan selamba menjawab “I wouldn’t like to give any names, except to say that I assume we will have an experienced driver and a driver of the new generation. We have often had that mixture in the past, and it worked well.”

Senang ceritanya dia kata “Gua tak nak bagi nama, cuma gua nak kata boleh jadi kita akan ada pemandu otai dan freshie. Kitaorang dah biasa buat sebelum dan memang menjadi apa.”

Apapun, kitaorang tau lu memang handal cari pemandu pun, Peter Sauber.

Buat pembaca semua, anda tahu tak berapa usia Sauber ni? 66 tahun. Barulah resing sampai tua orang kata.

Sumber berita dan gambar: Crash.net

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

13 comments

Skip to comment form

    • on 08/12/2009 at 11:26 PM

    aku nk bg resume sbg pelumba kt sauber?
    lesen super xde tp lesen kelas B2 je..
    resing smpi tue…
    mat pon g haji naik bot ke?xpun naik biskal kuasa bateri?
    xsampi2 g ni?

    • zero on 08/12/2009 at 11:26 PM

    klau ada lesen superman bole?heheheh

    • Firza on 09/12/2009 at 12:15 AM

    tdi nampak mcm mat pon kat pusat latihan memandu wawasan….tengah ambik lesen super duper…buat no 8 bwk lori……

    • bunta889 on 09/12/2009 at 2:15 AM

    otai bgla peter sauber bwk sendiri..freshie bagi fairuz fauzie..hhehe..ok?

    • mr_fakyu on 09/12/2009 at 4:12 AM

    pengurus sauber baru je call aku td. ajak aku jd driver, merayu2 die td.. smpai nangis2.. aku wt derk je.. lantak ko la.. malas aku, gaji ciput jek bagi. bek aku keje despatch kedai kek nyonya cina lagi bagus

    • carragher27 on 09/12/2009 at 7:13 AM

    er, Petronas masih sponsor team Sauber ni lagi ke?

    • exJAVANESE on 09/12/2009 at 2:43 PM

    Gua nk!!

    • epul on 09/12/2009 at 4:12 PM

    try amik aku tngok….

    • on 10/12/2009 at 11:58 AM

    Lesen Terbang A.K.A Lesen Kopi “O” boley apply ke?

    • DD on 10/12/2009 at 3:31 PM

    suh peter sauber lepak dulu..gua nk kena renew lesen dulu ni…

    • drifter on 10/12/2009 at 6:23 PM

    aku rase matpon dah booking lu nak jadik driver f1 sauber kot???? tu pasal tak balik2 lagi…mungkin lah agaknye kot…

    • on 11/12/2009 at 2:30 PM

    td aku nmpk matpon tgh iron bju racer die kat dobi mak mah….die dah ready la tu…mr sauber, amik la matpon jd driver lu!!!!

    • new on 03/02/2010 at 4:10 PM

    bagaimana nk mule join gokart di bhgian p,pinang??(minat menyarung sut F1 Malaysia satu hri nanti)

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.