The Star Online: Tony Fernandes!

httpv://www.youtube.com/watch?v=G6xKXMGq2f4

Entri pertama tahun 2010 adalah temuramah Wong Sai Wan, Timbalan Editor Eksekutif The Star dengan Datuk Seri Tony Fernandes, Prinsipal Lotus F1 Racing Team. Di dalam video ini Tony Fernandes berkongsi apa, kenapa dan hampir segalanya mengenai LF1RT. Ada 3 siri semuanya dan sesuai untuk ditonton oleh peminat F1 dan mungkin juga pelajar-pejalar IPT yang hendak membuat tugasan. Kalau rasa panjang sangat boleh tonton sambung-sambung, cuti pun lama lagi dan GT pun agak sepi sebenarnya, tidak ramai pengunjung.

Matpon mungkin ambil kontrak DBKL cuci Dataran Merdeka.

Klik untuk video seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1: Imej Mercedes GP Petronas!

752111_1369341_2362_1574_MSC1_2009_12_23

Saya sebenarnya sakit tangan ni, nak menaip agak tak selesa dan takut juga kalau-kalau kena Carpal Tunnel Syndrome. Tidak seperti blog auto lain kitaorang di GT hanya memblog pada sebelah malam sebabnya masing-masing ada kerja sepenuh masa. Jadinya siang dan malam pun asyik menaip saja. Disebabkan taknak orang bising saya asyik online saja, tidur lewat dan bangun awal maka entri kali ini saya paparkan imej sajalah. Imej-imej dalam entri ini tidaklah baru tetapi saya baru muat turun dari web Mercedes. Gambar-gambar ini dirakam sewaktu Michael Schumacher melawat ibupejabat Mercedes GP Petronas di Brackley, England pada 22 dan 23 Disember lalu. Dipaparkan juga adalah imej janaan komputer kereta F1 Mercedes GP Petronas.

Selain dari itu dikhabarkan kereta ini akan dilancarkan hujung bulan depan dan Schumacher akan memandu uji pada awal bulan Februari.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Honda Accord Mugen!

2010 Honda Accord Sedan with MUGEN(TM) Accessories

Saya dulu ada nostalgia dengan Honda Accord, keluarga saya pernah memiliki Honda Accord 1.6 warna merah maroon, sedap juga kereta ni, laju pun laju dan kenangan paling best sekali saya pernah kemekkan pintu belah kanan masa undur depan Maybank, yelah masa tu lesen pun belum ada lagi, budak-budak lagi dah reti pandu kereta. Tu yang terlanggar tu. Kini pada tahun 2009 Honda Accord dah semakin besar, lagaknya macam BMW dan harga pun boleh tahan juga premiumnya.

Rekabentuk Accord terkini agak radikal juga, memang berbeza terus dengan versi lama tapi entah kenapalah pereka Honda ni buat punggungnya lagi besar dari depan? Dah kena chap Accord punggung besar.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Rating TopGear Jatuh!

Matpon00Intro

Lu orang tau tak rating TopGear dah jatuh! Dua tahun lepas cerita ni ada 8 juta penonton, musim ke 14 sekarang ni jatuh kepada 5.5 juta.

Lu orang jangan cakap gua seronok pula. Kalau show tu bungkus mana lagi gua nak bersaing. Takkan Stig nak gantung helmet. Takkan gua nak jadi Stig yang seterusnya. Gua mana suka kehidupan glamor ni. Gua taknak masuk rancangan Meledi.

Babai.

Sumber: Koleksi peribadi gua. Imigresen tak nak terima gambar ni. Susah gua nak pergi seberang laut macam ni.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Proton Design: Barang Baik Akan Datang!

newsav-photo004

Proton Design ini adalah jabatan yang bertanggungjawab dalam merekabentuk kereta Proton. Dengar kata Proton akan membuat pengumuman terkini mengenai halatuju dan bahasa rekabentuknya untuk produk masa hadapan. Saya pun tak tahu bila tapi ini dari sumber yang kukuh. Tunggu je lah.

Sumber gambar: Proton Cars UK

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Lotus Exige S Type 72!

1001982

Zaman dulu-dulu Lotus memang glamor habis dalam F1, banyak kali menang dan banyak juga pemandu-pemandu hebat yang lahir dari tim ini. Bahkan teknologi F1 masakini juga ada yang dipelopori Lotus. Tapi itulah dia, macam yang selalu kita dengar hidup ini ibarat roda, sekejap atas sekejap bawah. Kalau main motor dulu ada Repsol Honda tapi sekarang ini entah ke mana dan jika anda ingat masa zaman Sauber Petronas dulu ada penaja nama Parmalat, yang itu pun entah ke mana. Seperti yang kita ketahui Lotus kini kembali ke F1 walaupun hanya pada nama saja dan barang-barang lain semuanya di sub kontrak.

Walaubagaimanapun sempena dengan semangat Lotus F1 yang kini semakin bangkit Lotus mengeluarkan model istimewa untuk meraikan kejayaan Lotus Type 72, kereta F1 yang paling berjaya sekali sepanjang sejarah sukan tersebut. Sepanjang sejarahnya, Type 72 ini memenangi 20 kejayaan Grand Prix dari 1970 hinggalah 1975. Memang hebat.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1: Michael Schumacher Resing Balik Jo!

AU571515

Dalam F1 sejak dua menjak ni kita asyik dengar Schumacher akan berlumba balik, khabar angin tersebut makin kencang bilamana Mercedes GP umumkan Nico Rosberg sebagai pemandu dan selepas itu terus senyap, tiada pasangan untuk beliau. Lepas tu tup-tup saja Petronas taja Mercedes GP dan pastinya akan ada berita lagi besar dari itu. Dan hari ini, berita paling besar dalam F1 adalah kembalinya Michael Schumacher, pemandu paling berjaya dalam sejarah F1. Dan saya fikir itulah antara sebab Petronas hendak menaja Mercedes GP sebab di atas kertas pasukan tersebut mempunyai sifir yang cukup untuk menjadi juara.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Tengku Djan – The Unbeatable S.E.A Drifter!

dsc_0023

Siri Formula Drift Asia memang saya ikuti sejak dari Singapura hinggalah ke Thailand baru-baru ini. Apabila siri FD Malaysia bakal dianjurkan memang saya teruja hendak menonton bahkan siang-siang lagi saya sudah maklumkan kepada Baii, ada siri drift besar akan berlangsung di sini. Namun apabila mengetahui harga tiket grand stand yang berbumbung dan tidak berbumbung yang memang tinggi terus saya batalkan niat saya dan sebab itulah baru kini saya menulis mengenai pertandingan ini. Itupun sebab Djan yang menjadi juara kalau ikutkan hati malas rasanya, bukan sebab apa tapi memang saya rasa harga tiket tu tinggi.

Saya sedar jenama seperti Goodyear adalah potensi besar untuk iklan di GT dan jika anda baca di blog lain pun memang jenama tersebut diangkat, maklumlah lubuk emas. Tetapi saya dan skru lain asaskan GT sebab hendak menongkah arus, kitaorang hendak menulis dengan jujur, biar pembaca atau sekutu semua mendapat input berbeza. Tidaklah mendapat maklumat dengan monotonous sahaja. Tamat luahan saya.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: