Honda Accord Mugen!

2010 Honda Accord Sedan with MUGEN(TM) Accessories

Saya dulu ada nostalgia dengan Honda Accord, keluarga saya pernah memiliki Honda Accord 1.6 warna merah maroon, sedap juga kereta ni, laju pun laju dan kenangan paling best sekali saya pernah kemekkan pintu belah kanan masa undur depan Maybank, yelah masa tu lesen pun belum ada lagi, budak-budak lagi dah reti pandu kereta. Tu yang terlanggar tu. Kini pada tahun 2009 Honda Accord dah semakin besar, lagaknya macam BMW dan harga pun boleh tahan juga premiumnya.

Rekabentuk Accord terkini agak radikal juga, memang berbeza terus dengan versi lama tapi entah kenapalah pereka Honda ni buat punggungnya lagi besar dari depan? Dah kena chap Accord punggung besar.

2010 Honda Accord Sedan with MUGEN(TM) Accessories

Walaupun Honda bersungguh-sungguh berusaha namun mereka masih gagal untuk mengalahkan Toyota. Jualan Toyota Camry pada Oktober lepas adalah sebanyak 1097 unit manakala Honda Accord pula adalah 510 unit, separuh dari jualan Camry, senario begitu bukan hanya berlaku dalam negara sahaja bahkan di mana-mana pun memang Toyota adalah raja, entah kenapa orang suka sangat dengan Toyota pun saya tak tahu.

Apapun Honda Accord yang dipaparkan di atas ini adalah versi Mugen 2010 yang dipasarkan di Amerika Utara. Aksesori Mugen yang ditawarkan adalah rim sukan aloi 18 inci, gril sukan depan, under-spoiler bumper depan, side skirt, under spoiler bumper belakang, karpet sukan, penutup aluminium oil filter dan emblem depan.

2010 Honda Accord Sedan with MUGEN(TM) Accessories

Warna pula macam-macam ada, Polished Metal Metallic, Crystal Black Pearl, Alabaster Silver Metallic, White Diamond Pearl dan Taffeta White. Harga pula dia tak cakap sebab jual kat Amerika je ni, kalau yang Modulo tu pun dah premium harganya yang ini lagilah premium agaknya. Tak tahu samaada Honda Malaysia akan keluarkan ke tidak model Mugen ni dan kalau ikutkan diaorang boleh tahan juga resingnya. Masakan tidak, tiap-tiap tahun beresing dalam Merdeka Millenium Endurance Race dan dulu pun diaorang ada keluarkan Honda Civic Mugen dengan 90 unit edisi terhad. Honda Civic Jenis R juga membuktikan Honda Malaysia ni kaki resing sebab Jepun dan Malaysia saja yang menawarkan model tersebut secara rasmi. Negara lain tu diambil dari pengimport kelabu [grey importer].

2010 Honda Accord Sedan with MUGEN(TM) Accessories

Honda, kuasa mimpi. [The Power of Dreams].

Sumber: Honda

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

20 comments

Skip to comment form

  1. huargghhhhhh….!…ngantuk jgk….

    • on December 29, 2009 at 9:49 pm
    • Reply

    Haha..bolehlah kawan dengan Matpon

    • cendol on December 29, 2009 at 10:31 pm
    • Reply

    penyokong H la ko ni..
    aku sokong p1!!! hidup p1

    • slimershine on December 29, 2009 at 10:55 pm
    • Reply

    bodykit resing je?

    gudnite semua..

    • on December 29, 2009 at 11:21 pm
    • Reply

    xkire r mugen ke type-r ke?
    gua tetap dgn vios trd..hehehehee

    • kete_hitam on December 30, 2009 at 1:48 am
    • Reply

    sesuai dipakai ah long utk kutip hutang…..

    • carragher27 on December 30, 2009 at 7:39 am
    • Reply

    nampak jahat betul kereta ni..

    • ijas on December 30, 2009 at 8:00 am
    • Reply

    Mugen eik..Mugen…..oOo Mugen…

    • zulkim on December 30, 2009 at 10:53 am
    • Reply

    kalo kete nih warne itam pakai rim bling2 saiz org jahat…. perghhhh mabelessss gilakk

    • Rim sukan sudu on December 30, 2009 at 11:17 am
    • Reply

    H merah memang sekutu gua.

    • 6osen on December 30, 2009 at 11:45 am
    • Reply

    H yg ni x mmpu bli…..pkai H len jek…

    • pemandu x reti slow on December 30, 2009 at 2:18 pm
    • Reply

    aku suke H..
    best wooo naek H ni..
    walaupun aku hny bw accord sv4..H tetap H..

    • avtomat kalashnikov on December 31, 2009 at 1:22 am
    • Reply

    boon siew honda trgolong dlm golongn H ni gk ke?

    • belalang_kontot on December 31, 2009 at 9:47 am
    • Reply

    tunggu harge kete ni same ngan harge sm4 sekarang baru mampu beli…huhu…nek keter buatan msia jela gamaknye…

    • hantu air on January 2, 2010 at 11:27 am
    • Reply

    ako vote accord ni.

    • VTECstdrd on January 5, 2010 at 8:11 am
    • Reply

    blum cuba blum tahu. H memang PWR.

    • korok2 on January 5, 2010 at 5:33 pm
    • Reply

    anda pasti??
    ex5 aku biasa je..tp mmg save myk
    joke only..huhuhuhu

    • bawang on February 27, 2010 at 4:13 pm
    • Reply

    aku tetap dgn mazda6 2.5

    • cili on June 8, 2011 at 10:48 pm
    • Reply

    camry lebih baik….

    • bds59 on December 2, 2011 at 4:14 pm
    • Reply

    perrgghh, lawa gile.. color die flat black kan?
    tp ade certain flat black yg x cantik.kne tgk kualiti.

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.