Lotus Exige S Type 72!

1001982

Zaman dulu-dulu Lotus memang glamor habis dalam F1, banyak kali menang dan banyak juga pemandu-pemandu hebat yang lahir dari tim ini. Bahkan teknologi F1 masakini juga ada yang dipelopori Lotus. Tapi itulah dia, macam yang selalu kita dengar hidup ini ibarat roda, sekejap atas sekejap bawah. Kalau main motor dulu ada Repsol Honda tapi sekarang ini entah ke mana dan jika anda ingat masa zaman Sauber Petronas dulu ada penaja nama Parmalat, yang itu pun entah ke mana. Seperti yang kita ketahui Lotus kini kembali ke F1 walaupun hanya pada nama saja dan barang-barang lain semuanya di sub kontrak.

Walaubagaimanapun sempena dengan semangat Lotus F1 yang kini semakin bangkit Lotus mengeluarkan model istimewa untuk meraikan kejayaan Lotus Type 72, kereta F1 yang paling berjaya sekali sepanjang sejarah sukan tersebut. Sepanjang sejarahnya, Type 72 ini memenangi 20 kejayaan Grand Prix dari 1970 hinggalah 1975. Memang hebat.

1102

Type 72 ini pernah dipandu Jochen Rindt, Emerson Fittipaldi, Ronnie Peterson dan Jacky Ickx dengan pelbagai kejayaan seperti tiga kali juara kategori pembuat [’70, ’72 dan ’73] dan dua kategori pemandu pada tahun 1970 [Jochen Rindt] dan tahun 1972 [Emerson Fittipaldi].

Model terkini Type 72 adalah Lotus Exige Type 72 dan direplikakan mengikut kereta asli Type 72. Antaranya ialah jalur hitam dan emas yang mana orang lama F1 cam sangatlah warna ni, rim pun nak sama jenis juga walaupun sekali pandang nampak macam rim Taiwan, padahal cat tangan rim ni. Dalamannya sedondonlah pula dengan luaran dia, bahan yang digunakan untuk kerusi adalah jenis micro fibre ProBax yang disulam dengan benang warna emas. Nak lagi istimewa dilekatkan pula plat yang menunjukkan salah satu sejarah kemenangan Type 72.

1001980

Barangan standard lain dalam Exige S Type 72 ini adalah brek AP Racing dan Lotus Traction Control, 2 ketul penyejuk minyak dan anti roll bar depan boleh laras. Kalau ada duit lebih boleh tambah aksesori lain seperti penyaman udara, brek AP Racing yang lagi besar, LSD, tambahan kuasa 240 ps, skup udara bumbung yang lagi besar, Lotus Variable Traction Control dan Lotus Launch Control. Enjin dia pula jenis supercharge VVTL-i dengan penamat rev pada 8500 rpm dan kalau nak merembat sampai 100 km/j dalam masa 4.7 saat saja dengan kelajuan maksimum 233 km/j.

Kita dengar sikit apa kata anak mendiang Collin Chapman iaitu Clive Chapman “Kereta Type 72 ini memang signifikan untuk Team Lotus malahan untuk dunia F1 juga. Rekabentuknya memang revolusi betul, mempelopori radiator sebelah tepi yang mana memberi kelebihan dari aspek aerodinamik. Lagi satu, dengan meminimumkan berat tergantung dan menggunakan torsion bar, meningkatkan kekerasan suspensi hasilnya cengkaman tayar memang sedap habislah. Rekabentuk Type 72 memang majulah kalau tak takkan ianya kompetitif selama 6 tahun.”

1001979

Dah nama model istimewa jadinya Exige Type S 72 ini bukanlah suka-suka saja boleh beli, 20 unit saja dijual di UK, 20 unit lagi untuk seluruh Eropah dan lagi sikit untuk negara lain seperti Jepun dan pasaran global terpilih.

1001981

Harga UK adalah GBP 35,995 dan Euro pula Eur 40,332. Harga Malaysia saya tak pasti pula. Minta Matpon congak itupun kalau dia reti guna mesin kira.

Sumber: Lotus.

-Mak Uia-

Muhammad

11 Comments

  1. pergh… gua mmg minat exige ni… dgn harga RM300K++ mmg buleh amek evo sbijik. tp, agility kete ni yg buat tertarik.
    body kecik + enjin power = pocket rocket. hahahaha…
    apsl proton x design kete sukan mcm ni ar? harga RM100K pun wa snggup bli. huh!

  2. belalang_kontot
    Sempoa gua tak cukup biji. Mana hilang tah.

    avtomat kalashnikov
    Ah pastu lu kena kutuk dengan mak mertua. Beli kereta mahal tapi duduk 2 orang. Nak pergi beraya macam mana ni.

  3. memang manis la kete ni…..tp ada power window ke kete ni ye…proton amek aaa teknologi enjin kete nih masuk kat neo ..mantap tuuu…br la campion

  4. gua xminat kete ni. xpraktikal dgn muka bumi 1malaysia nih.. jalanraya antara yg terbaik dunia joo…

  5. Tu rege blom campur dgn TAX…campur,tolak,darab,bahagi…rasa2 mau dekat 250K…boleh naik 2 org jerk…hampeh…

  6. biar kene kutuk dgn mak mentua. jnj resing! org kedekut kene ar bli kete 2 pintu. hahahahahahah…. tp kalo golongn insan bersaiz bruang hitam, gua rs mmg sumpah seranah naik kete ni. hahahaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *