Author's posts

Volvo FM: Kita Main Trak Tangki!

Di atas lebuhraya, setiap kali nampak trak syarikat petroleum memang saya suka perhati sebab teknologi yang ada kadang-kadang lebih maju dari kereta penumpang dan pemandu yang rata-rata sopan walaupun trak tersebut boleh memecut laju. Traknya juga dijaga elok, rim berbelas roda cantik berkilat.

Continue reading

Hyundai i30: Kereta Paling Memuaskan Hati di Britain!

Kita selalu dengar atau merasai sendiri pengalaman memiliki kereta Korea dan saya yakin banyak yang negatif berbanding positif. Sejak kebelakangan ini, Hyundai Motor Co. yang ditubuhkan pada tahun 1967 semakin agresif dalam pemasaran produk mereka, pelbagai model dengan desain hebat muncul sepanjang tahun dan nampaknya kualiti produk mereka turut mengalami perubahan positif.

Continue reading

Rally X: Pusingan 1, Ivan Khong Juara!

Tanpa sukan permotoran akar umbi, mana-mana sukan permotoran adalah lesu. Jadi, amat penting untuk organisasi atau badan yang berkemampuan untuk menyokong aktiviti akar umbi. Hakikatnya semua pelumba hebat di dunia lahir dari program kecil-kecilan sebelum mereka melangkah jauh dan menjadi pelumba profesional. Dan ini adalah antara sebab lahirnya siri Rally X dan RallySprint, memberi peluang …

Continue reading

Mazda3 Menang Ward’s Interior of the Year!

Saya bukan nak bias, tapi bila terserempak dengan model Mazda terkini memang sukar untuk kita  tak jatuh cinta. Desainnya memang lari dari buku sifir kereta Jepun. Dan baru-baru ini buat kesekelian kalinya MAZDASPEED3 [Mazda3] memenangi anugerah dan kali ini giliran imteriornya pula. MAZDASPEED3 memenangi 2010 Ward’s Interior of the Year for Best Brand Expression.

Continue reading

Lexus LFA Nurburgring

Meraikan penyertaan LFA dalam perlumbaan 24 Jam Nurburgring pada Mei, Lexus telah melancarkan pakej prestasi baru untuk pelanggan yang mahukan kereta spesifikasi litar atau bahasa pasarnya, hardcore. Pakej Nurburgring mempunyai penambahan ciri-ciri aerodinamik dan perubahan teknikal yang menambahbaik pengendalian dan downforce tanpa kompromi terhadap kelajuan dan kepantasan yang merupakan tonggak karakter pemanduan LFA.

Continue reading

Video: Honda Civic Main Rali!

httpv://www.youtube.com/watch?v=QwDKkIpzaeA&feature=player_embedded Dalam arena rali tempatan, memang jarang kita nampak atau memang tiada langsung Honda Civic berlumba. Dengan lantunan kuasa tinggi, enjin VTEC sesuai untuk mencatat masa baik dari satu selekoh ke satu selekoh. Kepada VTEC mania di luar sana, jemput tonton Honda Civic EG  yang dipandu oleh Damien McCarthy semasa West Cork Rally 2010, Mac …

Continue reading

VW Touran

Touran adalah jawapan bagi peminat VW yang berkeluarga. Jika si bapa memandu Golf ke tempat kerja, seisi keluarga pula boleh dimuatkan dengan Touran. Baru-baru ini model baru Touran diperkenalkan di Leipzig Motor Show. Dengan rekabentuk yang segar dan enjin petrol dan diesel yang efisien ianya dijangka akan mengekal reputasi model yang sehingga kini telah terjual …

Continue reading

SUPER TAIKYU MOTEGI 2010: PETRONAS Podium 1 – 2!

Momentum kemenangan PETRONAS Syntium Team [PST] semasa perlumbaan 24Hours of Dubai pada Januari diteruskan dengan kejayaan di pusingan pembukaan Super Taikyu Endurance Series [STE] musim 2010 pada 29 Mac lepas. Pusingan tersebut yang berlangsung di litar Twin Ring Motegi menyaksikan kemenangan 1 – 2 untuk PST.

Continue reading