Nissan Grand Livina Talaan Impul Baru

Nissan Grand Livina Tuned by Impul 2011.02

Sepang (19 Jun 2011) – Berikutan ketibaan Nissan Grand Livina baru yang telah dipertingkatkan, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini pula memperkenalkan penampilan pertama di pentas dunia Nissan Grand Livina Talaan Impul yang baru sempena acara Super GT International Series 2011 di Malaysia.

Pasukan rekabentuk Impul telah melakukan ubahsuai terhadap aspek estetik dengan aerokit yang baru direka. Ia memberi penampilan yang lebih agresif dan dinamik untuk melengkapkan lagi Grand Livina yang baru ini. Tarikan utama aerokit tersebut ialah gril hadapan yang menggabungkan logo baru Impul, sekali gus menyempurnakan lagi bahagian hadapannya.

Sebagai tambahan kepada gaya sporty itu, sistem suspensi Impul yang meliputi penyerap hentak dan pegas gegelung yang telah dipertingkatkan ditala dengan lebih rendah sebanyak 25mm bagi mengurangkan olengan yang tidak diperlukan demi mengoptimumkan pengendalian serta membuatkan stereng berasa lebih jitu kepada Grand Livina yang baru ini.

Nissan Grand Livina Tuned by Impul 2011.03

Peredam ekzos yang terdiri daripada besi tahan karat berkualiti tinggi dengan kemasan yang dikilatkan dan logo Impul yang ditempa pada paip belakang nyata sepadan dengan bahagian belakang yang menerima rekabentuk baru.

Rim aloi Impul Aura SX-10 17” meningkatkan lagi gaya Nissan Grand Livina yang baru ini. Rim-rim tersebut dihasil menggunakan proses Impul New Super Cast (Tempaan Baru Impul) yang membolehkan penjimatan berat dicapai antara 20 hingga 30 peratus berbanding proses konvensional. Ia sekali gus menjadi pencapaian terbaru dalam teknologi penghasilan roda serta memastikan kualiti dan aspek keselamatan yang lebih tinggi.

Nissan Grand Livina Tuned by Impul 2011.01

Versi Nissan Grand Livina Talaan Impul ditawarkan pada kos hanya RM10,700.00 lebih tinggi berbanding Nissan Grand Livina standard. Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan tuntutan pemilikan) bagi Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

1.6 MT Comfort RM97,500.00

1.6 AT Comfort RM100,500.00

1.8 AT Comfort RM109,500.00

Nissan Grand Livina Talaan Impul yang baru hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km (yang mana tiba dahulu). Ia boleh dilihat di bilik-bilik pameran terpilih Nissan di seluruh negara. Pembelian secara after-market Peralatan Prestasi IMPUL juga boleh dibuat oleh para pemilik Nissan Grand Livina sedia ada.

Silakan kongsi:

80 comments

Skip to comment form

    • Buzz on 29/05/2012 at 4:05 PM
    • Reply

    Gua dah pakai gl1.8 selama 3 tahun. Performance mmg mantap dan aku rasa wan tu salah bg statement tu gua biasa henjut 100ke 130km rilek jer.,gua guna hari2 pi keje bro.

    • anson on 11/06/2012 at 1:44 AM
    • Reply

    minat sgt pada nissan X-gear.. Stylish dan sporty..

    antara x gear, Glivina which better to occupy 2 children and 2 adults. Terpikir gak Vios G limited..

    nk pilih keta yg low cost maintanance..of course look sporty.

    • anson on 13/06/2012 at 9:30 PM
    • Reply

    tq Joe Ozil.. br terbaca entri x gear dlm GT nie. Tgk gak Xgear Impul.. lg cun. Interior impul sama ke dgn x gear biasa tu? kalo dh review.. lu citer lagik..

    • alisha on 19/06/2012 at 2:01 PM
    • Reply

    tlg …pening nak uat pilihan antara g.l impul @exora

    bold cfe?….

    • yuin on 14/07/2012 at 4:45 PM
    • Reply

    salam livina hard fan…

    spec gl autech ok ker??
    kan aper… konpius nak amik impul 1.8 or autech….

    any advice???

    • aberq on 23/07/2012 at 9:05 PM
    • Reply

    xsabo nk tggu gl 1.8 kuar minggu depan…

    • hj on 30/07/2012 at 6:03 PM
    • Reply

    salam!livina 1.8 kener boh disc brake belakang depan baru okeh sbb leh cecah 200 lebey kalo full stretch!

    • hj on 30/07/2012 at 6:05 PM
    • Reply

    pikat pong kuwat giler leh senang2 cucok caldina

    • udin_melaka on 06/08/2012 at 3:04 PM
    • Reply

    aku pakai Grand Livina 1.6 M/T warne putih, memang best giler. jimat minyak ..~ sian motor aku, dok kat umah diam2 je. ha9~

    • jabroni on 06/08/2012 at 7:05 PM
    • Reply

    nissan yg dari kilang tan chong??? hahaha… xde bezanye dgn ghee lee automobile dari china. x caya, leh check it out.
    kalu nk beli nissan, elok beli yg kluar dr kilang tochigi. ape yg gua nk ajak renung2 kn – kalu niaga nk untung lebih, tipu mesti power, lagi untung kalu menipu di sebalik nama besar. sekian, tq…

    • caldina livina on 13/09/2012 at 8:32 PM
    • Reply

    aku ade caldina zt, livina 1.8 pon ade…2, 2 ade kelebihan…2, 2 jimat gile minyak..klu nk ikut performance, of coz la caldina sbb hp die lebih dr livina..sape yg kate livina bleh cucuk caldina tu, sbb driver caldina tu yg tak brani bwk laju..hehe..part steering la gerun skit klu bwk livina ni laju..ringan sgt..huhu…anyway, aku puas hati ngn 2, 2 ni..masing2 ade kelebihan masing2…yg aku tak puas hati ngn proton jek..tak berbaloi beli ngn harga..skjap pakai dh rosak…hehehe..

    • hasmi on 18/09/2012 at 1:40 PM
    • Reply

    loan aku br jer lulus…dealer cakap lagi 2 minggu GL 1.8 aku sampai…u all tau tak apa aku nak bg tau sebenarnya…aku rasa tak sabar nak tgk GL 1.8 putih tu nanti…have a nice dayyy…

    • wa punya cita on 21/09/2012 at 5:34 PM
    • Reply

    wan.. kau biar benar.. aku punya livina 1.6 je.. bukanan bukit karak je naik senang.. bukit putus pun senang.. senyap je.. kat dalam boleh tdo..

    • FAIEZAL on 09/10/2012 at 10:03 PM
    • Reply

    sy dh pakai g/l 1.6m selama 3 tahun. masalah yang selalu sangat keta ni dia punye stering coupling, failed!masa nk membelok berbunyi2,.. aduuyai.. sebelum ni xpelah masih dlm jaminan lg, tukar pn free, lps ni klau berlaku lagi masalah ni,kena kuar poket sendiri la jawabnye,..

    • aqem on 22/10/2012 at 8:53 PM
    • Reply

    Ambik Livina je bro.xyah fikir2 dh.he2..g mbik Livina Impul trus.he2.

    • malik on 27/10/2012 at 8:20 AM
    • Reply

    salam, wa baru pakai limpul 1.6, pengalaman dari KL balik penang amat baik. Nak memotong memg tak mengecewakan. Wa beli bukan kerana nak power, sebab wa tau..mana2 mpv semuanya kurang power ” kalau” nak dibandingkan dengan kereta biasa selevelnya. Cuma ada keselesaan sedikit bagi wa yg ada anak 3 ni. Minyak sangat ekonomi. Kalau isi penuh di KL, wa dapati sampai penang msih ada setengah lagi. Wa memg terkejut tang itu. Secara jujurnya, belilah apa2 kenderaan semampu dan sesesuai mungkin. Anda yg bayar, anda yg RASA!!!.. Jangan bebankan diri……

    • malik on 27/10/2012 at 3:20 PM
    • Reply

    Budak baru nak belajar : avanza atau livina.?… Avanza agak murah, livina agak mahal, ruang dlm livina agak luas n ok, avanza agak sempit. Anda yang bayar, anda dapat apa yg dibayar. Nak tanya sedap?..jujur aku katakan Livina…..kalo ada modal sambar impul full terusss….puas ati.

    • cik ros on 16/11/2012 at 12:21 AM
    • Reply

    Grand livina mmg terbaik.aku dah guna 4tahun.mmg berbaloi2..bln lepas aku try tgk impul.last2 upgred semula livina dr 1.6 kpd 1.8 huhuhu..

    • jagung on 16/11/2012 at 11:30 PM
    • Reply

    wahaha dgn harga sampai 109k aku rasa x berbaloi langsung ambik livina ni..bodynya kurus dan sempit bila time jalan kona selalu goyang,

    design dan bodynya nampak feminin..kualiti pasang ckd confirm x sama dgn kualiti kilang di jepun..

    kalau aku ada bajet 100k aku takkan amik livina ni..kreta ni hanya selesa dinaiki oleh 4 dewasa 2 kanak2.. rugi woo…mpv apa mcm tu.. ruang bagasi juga sempit..

    pemerhatian aku juga semua mpv yg dibuat dan dikilangkan di malaysia semuanya tidak memuaskan dalam erti kata mpv yg sebenar…ciri2 mpv yg sepatutnya ialah besar, hp tinggi dan kuat enjinnya..pemanduan lembut dan selesa..cuba korang tgk masalah yg ada pd mpv2 ni :

    alza: kecik, underpower, ruang bagasi hanya boleh sejengkal
    livina: kurus kecik sempit kurus, steering ringan
    exora: besarnya ok tetapi underpower, enjinya mengaum aum aum bila. panjat bukit.. mai bold pun sama aja
    avanza: paling huduh designya..cer tengok jarak tayar dgn body kreta sejengkal lebih siyot..ada pula mamat avanza yg pi pasan rim sokan 17′ wahaha nampak tergantung aja kreta tu..bumping duduk blakang boleh muntah kalau pi kelantan
    innova: besarnya ok, enjin 2.0nya kuat makan minyak, bumping mcm avanza, dan jarak tayar dgn body hampir sekaki, aritu masa ak kat kedai tayar ada sorang mamat cikgu pakai innova tanya kat tokei kedai, tauke saya mau masuk spotrim 18 ada cantik ka…
    citra-rondo: kuat makan minyak dan dah tentu la after marketnya jatuh gila.

    • jagung on 16/11/2012 at 11:41 PM
    • Reply

    so bila semua ckd mpv x memuaskan, aku cadangkan mpv yg terbaik adalah:

    premium luxury mpv:

    honda odyssey absolute RB3
    toyota estima aeras
    toyota vellfire
    honda elysion
    nissan elgrand
    mercedes benz R280, R350
    mazda 8

    wish dan stream aku letak tengah2

    tapi kalau x mampu pakai exora dan mpv ckd yg lain pun ok..ikut bajet masing2 ya

    lupa nak sentih ttg mpv cherry easter..minta dijauhkanla dari membelinya kerna harga after market sgt menggerunkan. tapi apapun tepuk duit tanya hati..eh tanya bini, nak mpv yg mana

    vote for R350 dan odyssey RB3 Absolute 207hp beb!

    • Ali 6630 on 24/12/2012 at 9:01 PM
    • Reply

    wan….kereta hang x cukup jaga maintenance agaknya..BOHONG la kereta livina merangkak naik bukit..aku da pakai 3 tahun da…setakat ni memang berbaloi kalau sesapa yang gunakannya..orang yang x punya duit je cakap macam tu….nak lagi sedap, beli la MPV ratus ribu punya harga…

    • tidak disiarkan on 09/01/2013 at 11:49 AM
    • Reply

    kalu sume mpv ckd dlm malaysia tak memuaskan dlm erti kata mpv sebenar hang kasi bikin mpv sendiri..pastu hang jual tgk laku ke tak. gaji 8 juta kot bleh la cakap

    • pitQ on 22/01/2013 at 8:42 PM
    • Reply

    mula2 oder inova tapi nak d.payment mahal..try tnya grand impul full spack d.payment nak 5k je..terus sambar yg ni…ok je..

    • zack on 05/02/2013 at 11:34 AM
    • Reply

    wan.. kalau nak bohong pun bertempatlah lah.. aku rasa ko bukan pakai livina tapi pakai van yang tiru logo livina. Aku pakai livina 1.6 dah masuk 2th dan biasa g genting tak de masalah pun.

    • sidek on 15/02/2013 at 4:20 PM
    • Reply

    salam, saya dah guna GL 1.6 (M) sejak Dis 2008,tentang minyak memang menjimatkan… saya selalu drive dari Johor Bahru ke Kuala Kangsar, Perak..

    • kenteng on 15/02/2013 at 10:20 PM
    • Reply

    Sesapa.nak pkai produa n proton..terpulang la…tapi..bagi aku bagai mimpi ngeri… Semoga pemilik prtn n produa..redha dgn pilihan masing2…buat pengetahuan teman2 semua nissan sunny yang dah repot pon disc rotor tak penah tukar….nak banding pdua n proton..tiap tahun tukar disc rotor…semoga lepas nie nissan g.l autech akan beri kpercayaan pada aku…

    • Deena on 16/03/2013 at 8:48 AM
    • Reply

    GL 1.8 auto bru kuar 2 weeks.. Ok je guna.. Ada member ckp kena tgu lps servis 1k bru jimat petrol..

    • zul on 22/01/2014 at 6:36 PM
    • Reply

    Saya dah pakai gl dah msk 4 thn lebih.tak ada masalah.minyak jimat.pemanduan terbaik…gl terbaik…

    • min on 22/01/2014 at 6:49 PM
    • Reply

    Gl mmg terbaik.dah pakai lebih 4 thn.minyak jimat.performance mmg mantap…mmg berbaloi beli gl…terbaik…

    • mamat on 05/02/2014 at 12:15 PM
    • Reply

    tak payah dok puji dan kutuk mana mana kereta samada proton ke toyota ke ..honda ke..produa ker.. sebab semuanya buatan manusia… ada kelemahan dan kerosakan walaupun br keluar kilang.. GL1.8 member kome bila belok je bunyi guk guk.. baru beli 2 minggu.. takde pun nak kutuk kutuk bagai..

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.