Video: Honda Civic Main Rali!

httpv://www.youtube.com/watch?v=QwDKkIpzaeA&feature=player_embedded

Dalam arena rali tempatan, memang jarang kita nampak atau memang tiada langsung Honda Civic berlumba. Dengan lantunan kuasa tinggi, enjin VTEC sesuai untuk mencatat masa baik dari satu selekoh ke satu selekoh.

Kepada VTEC mania di luar sana, jemput tonton Honda Civic EGĀ  yang dipandu oleh Damien McCarthy semasa West Cork Rally 2010, Mac lepas. Cakap-cakap selepas perlumbaan ialah beliau mendakwa EG nya hanya 6 saat perlahan dari kereta WRC.

Logik atau tidak kita tolak tepi sebab runut bunyi enjin VTEC ini memang terbaik, vokal jurupandu arah juga jelas dan sedap, skil pemanduan pun kemas.

Sumber: Youtube/eamohayes

-Mak Uia-

Muhammad

13 Comments

  1. teringat plak kat game BRC yang dah hampir sedekad aku x main..pertama kali (tu je kot?) aku jumpe kete wira dalam game antarabangsa..kene unlock lak tu..bangga woo

  2. kat sini pun ada gak orang guna Civic main rally…Ang Meng Yee. Selamm jer pakai Civic mayat (EF) main tarmac dan gravel.

    MAM Rallysprint tahun lepas menang tempat ketiga lagi, dibelakang brader Sutan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *