Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Selama ini kalau saya boleh generalisasikan, kebanyakan modikasi kereta adalah berkenaan kelajuan semata. Selalunya ialah berapa banyak kuasa boleh ditambah untuk kereta pergi lebih laju sebabnya kita mahu berada di depan orang lain. Aku potong kau dan kau potong aku. Semuanya mengenai kelajuan jalan lurus dan terkedek-kedek untuk masuk selekoh atau terkial-kial bila hendak berhenti. Berapa banyak di luar sana, kereta turbo tapi brek macam siput atau kereta Vtec yang memekik di jalan lurus tapi tak berapa into nak masuk selekoh.

Kenderaan edisi terhad [LEV] keluaran R3 yang diketuai oleh Tengku Djan menulis semula peraturan modifikasi lokal. Ianya bukan mengenai kelajuan semata tetapi bagaimana anda mengawal kelajuan.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing002

Sejak dari Proton Satria R3, kereta keluaran R3 tak adalah laju sangat, sekadar laju dan bertenaga lebih sedikit dari model standard sahaja tapi kalau anda memandu uji kereta-kereta R3 anda pasti tersenyum dan memuji mereka yang membinanya, ride and handling memang terbaik dan bila itu berlaku, seperti dikomen oleh seorang sekutu sebelum ini, man & machine becomes one. Pemandu mengawal karakter kereta dan bukan sebaliknya. Kereta yang sedap dipandu adalah yang kita boleh kawal. Sebagai contoh, saya mungkin sukakan Proton Satria GSR tetapi secara jujurnya saya lebih selesa dengan Satria 1.3 sahaja sebab kuasanya yang boleh saya kawal.

Dan oleh sebab itu, R3 melabur besar dalam Proton Satria Neo R3 Lotus Racing, brek dan suspensi yang dipasangkan pada model ini adalah di luar dunia. Tak ada lagi kereta dalam kelas hatchback entry level dipasangkan dengan AP Racing yang sinonim dengan Ferrari atau suspensi Ohlins yang biasa terdapat pada motosikal berkuasa tinggi. Dan kedua aksesori eksotik tersebut bersesuaian dengan imej F1 yang ingin dibawa.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Disebabkan nama Lotus yang dipegang oleh Proton ini, wajib ada ciri-ciri yang menepati falsafah Anthony Colin Chapman, kereta perlu ringan tetapi dalam masa yang sama struktur badan kuat. Jalan mudah ialah membuang segala besi yang ada. Bonet, skirt sisi, spoiler bumbung dan fender menjadi mangsa, kesemuanya ditamatkan perkhidmatan dan digantikan dengan bahan dari gentian kaca, kesemua ini menjadikan berat kereta menjadi negatif 62 kg daripada 1150kg.

Apabila Proton melancarkan enjin Campro CPS, saya selalu berfikir bagaimana R3 akan menala enjin tersebut. Mereka berjaya menala Campro kosong hingga menjadi juara perlumbaan sekitar Asia Tenggara dengan menewaskan Vios, Jazz dan lain-lain. Dan segalanya terjawab melalui model ini. Sistem pengawalan enjin [EMS] telah diprogramkan semula [tukar chip?] membolehkan rpm puncak naik kepada 7,000 dan tujahan puncak meningkat daripada 4,500 rpm kepada 5,000 rpm. Ini bermakna, kereta ini lebih gagah dengan tarikan [atau pekikan CPS] lebih panjang. Toyol lain yang ditukar ialah camshaft, alloy under-drive pulleys dan apalah enjin tanpa modifikasi ekzos. Header ditukarkan kepada jenis titanium [!] dan batang paip dari besi tahan karat. Sistem pernafasan juga dirombak semula dengan penggunaan penapis udara K&N dengan saiz kotak udara lebih besar dengan bahan gentian kaca. Hasil dari modifikasi diatas menjadikan kuasa Campro CPS meningkat dari 125 bhp kepada 145 bhp, tujahan dari 150 Nm kepada 168 Nm. Prestasi dari pegun ke 100 km/j pula 9.2 saat dan kelajuan maksimum 200 km/j. Masing-masing 1.3 saat lebih pantas dan 10 km/j lebih laju dari CPS standard.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing003

Proton juga mendakwa, aerodinamik Neo CPS R3 LR ini lebih baik. Bahagian depan kereta menyebarkan angin dengan lebih efisien ke seluruh badan kereta dan mengurangkan turbulence dan seretan. Hasilnya ialah kereta lebih stabil pada kelajuan tinggi dan tertekan ke bawah [downforce] apabila udara kurang melalui bawah kereta. Diffuser yang terdapat pada bumper belakang juga turut membantu pengaliran udara yang turut mengurangkan seretan kereta.

Hero dan heroin yang terdapat pada model ini adalah sistem suspensi dan brek. Set Ohlins DFV [Dual Flow Valve] dipasangkan dengan spring dengan kadar damper talaan R3. Ketinggian kereta dilaras lebih rendah, bush tahan lasak digunakan dan geometri suspensi turut diubah bagi memberi lebih feel kepada pemandu. Dan kereta ini begitu hebat hinggakan stabilizer bar tidak diperlukan. Sistem brek luar dunia yang digunakan adalah AP Racing 4 pot dengan cakera ventilated di depan dengan brek cakera standard di roda belakang. ABS dan EBD masih dikekalkan. Rim yang digunakan adalah dari jenama Advanti bersaiz 16 x 7 inci dengan tayar RE001 Adrenalin 205/45 dari Bridgestone.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing012

Pada bahagian dalaman pula, tiada teknologi baru selain dari butang start yang hanya berfungsi apabila kunci dihidupkan. Selain dari itu ialah skema warna hijau pada panel, efek gentian kaca pada stereng dan balutan kulit Nappa pada kerusi. Aksesori lain ialah paddle minyak, tombol gear dan karpet dari R3.

Untuk makluman sekutu, status mukabuku [Facebook] Tengku Djan semalam menyatakan yang Proton Satria Neo R3 Lotus Racing hanya tinggal beberapa unit sahaja dari 25 unit keseluruhan. Mungkin esok atau lusa dah habis. Walaupun Neo ini berharga RM 115 ribu, anda harus fikir nilai yang terdapat pada model ini. Walaupun kita boleh plug and play sahaja barangan aftermarket tetapi adakah barangan tersebut seirama dengan kereta. Neo ini mahal sebab anda mengupah Tengku Djan dan rakan-rakannya yang lain untuk menala dan membayar kepakaran dan kemahiran mereka.

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing004

Kereta ini adalah mengenai simbol dan status dan minat yang tinggi. Antara LV dengan Bata, antara Porsche dengan Nissan, antara Gallardo dengan Evo 10 atau antara 3 series dengan M3.

Selain dari itu, kit badan seperti ini mungkin boleh didapati di kedai aksesori tetapi sebelum itu cuba tanya pada ustaz atau ustazah apa hukum menggunakan barang cetak rompak.

Sumber foto: Proton

-Mak Uia-

Muhammad

56 Comments

  1. modified mcm ni bru lyk dipnggil spesel edition. buknnye stkt ubh facelift, seat kulit rim sukan. satria neo R3 Lotus Racing mmg stylo. hahaha…

  2. sje je tu dia buat harga mahal2 tu sbb nk dpt nama. klu jual murah2 org kaya x beli bila org kaya x beli x glamor lh proton. jd buat ubah suai skit dan up rega sampai org bergaji sdrhana x mampu beli pas tu buat limited stok mesti org kaya je beli. org kaya ni x penting enjin pwr tp yg penting harga tu pwr n pkai 1thn jual murah2 kt budak2 bru nk kenal keta.

  3. type r nih bro vtec standard…sm cam honda jgk la…civic type r ngan civic biasa..bp puluh ribu perbezaan hrga..??lu kasi tau gua..??masing2 der kelebihan sndri..so x yah nk kondem..

  4. Barang mahal pasal ilmu beb…. kaye ke tidak…kalau ada ilmu takda halll….
    Aku suka kete nie… betuah siapa dapat sambar dia dulu…
    aku takda duit juga….
    ok jeee….
    Dengki itu sifat tidak baik.

  5. mantap.. ini baru dinamakan jentera.. kereta Vtec yang memekik di jalan lurus tapi tak berapa into nak masuk selekoh.memekik sb pkai tabong trompet yg rege 45 rggt 2 kt kdai exzos kent.huahua

  6. hi,
    saya rase mahu jual neo sayalah,mahu pakai inspira…
    berapa ek laku kalau neo tahun 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *