Volvo FM: Kita Main Trak Tangki!

Volvo FM

Di atas lebuhraya, setiap kali nampak trak syarikat petroleum memang saya suka perhati sebab teknologi yang ada kadang-kadang lebih maju dari kereta penumpang dan pemandu yang rata-rata sopan walaupun trak tersebut boleh memecut laju. Traknya juga dijaga elok, rim berbelas roda cantik berkilat.

Volvo FM

Salah satu jenama yang saya biasa nampak ialah Volvo. Walaupun negara kita dikategorikan sebagai negara membangun tapi kita masih tidak ketinggalan dari segi varian trak moden. Zaman treler merah Mercedes telah lama berlalu dan saya pernah nampak Volvo FM di atas lebuhraya PLUS, kini di Eropah telah dipasarkan model FM terbaru.

Perubahan signifikan pada model ini ialah gril dan lampu utama yang diinspirasikan daripada Volvo FH. Model ini dibina untuk kelihatan seperti ‘bos’, kukuh, moden dan efisyen. Selain dari itu, FM menggunakan kotak gear I-Shift dengan 2 opsyen enjin iaitu 13 ribu dan 11 ribu cc! Kuasa model 13 ribu liter ialah 500 hp dengan daya tujahan puncak 2500 Nm! Enjin 11 ribu liter pula masih lagi berprestasi dan pada masa yang sama jimat minyak.

Volvo FM

Saya tak berapa pandai nak bercerita banyak pasal trak tapi apapun saya mengagumi kenderaan jenis ini. Kalau di Amerika, artis guna trak buat studio dan tempat melepak dengan modifikasi bagai nak rak. Tim F1 dan rali antarabangsa pun memang guna trak sebagai logistik mereka.

Dengar kata Petronas ada lori dengan 2 tangki bersambung.

Gorgeous betul benda ni.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

17 Comments

  1. jelapangPadi
    Gua teringat air kelapa. Sedap betul minum musim ni.

    myvi sebu
    Gua tade lesen treler. Gear dia pun gua tak hafal.

    CaparZo
    Ok, jgn lupa bonus sebelum raya dan lepas raya.

  2. Rasa berlagak gila kalau dpt drive benda ni g jln2..
    Bleh jadi raja, bleh jd ‘bos’, bleh jgk jd pembuli jalan raya..

  3. hari tu naik bas scania…..gear 7 speed
    best tgk driver sblh bwk
    shift gear, tekan clutch, baru gear masuk
    klu kereta pkai sistem mcm ni jalan jem pkai manual pun xletih
    hahaha

  4. ni buat rumah bergerak pon bleh…. tak perlu susah2 bli tnah ikut ska je mana nak tiggallll

  5. ye tak ye jgk eh,wat umah brgerak,agak2 sok pg nk g bank,mlm leh park trus dpn bank,sok bgun trus amik no..klu g stadium tgok bola,abis bola trus leh lepak tdo smpi pg,xyah pk nk sesak2 kuar stadium..

  6. mak uia

    Tanker Petronas yang bersambung tu adalah untuk membawa bahanapi pesawat (JET A1). ako ada tengok gambar tanker ni dalam forum MTBE.

  7. kalau nak info pasal teknologi n model truck n bus boleh bukak mbte,aku pun berminat gak pasal menda ni sejak aku kecik nama2 mcm volvo,man,scania,merce,iveco,renault,erf,sedon,daf n truck2 jepun spt hino,fuso=mitsubishi,nissan diesel,isuzu memang dihafal, skang ni kat msia dah ada truck made in china spt howo n dong feng yg copy cutting truck euro

  8. kalau nak tengok truck bersambung2 tu dia selalu lalu jalan subang airport sebelum bp,dia masuk satu laluan rahsia lepas bp, maybe anta minyak kapal terbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *