Mazda3 Menang Ward’s Interior of the Year!

MAZDASPEED3

Saya bukan nak bias, tapi bila terserempak dengan model Mazda terkini memang sukar untuk kita  tak jatuh cinta. Desainnya memang lari dari buku sifir kereta Jepun. Dan baru-baru ini buat kesekelian kalinya MAZDASPEED3 [Mazda3] memenangi anugerah dan kali ini giliran imteriornya pula. MAZDASPEED3 memenangi 2010 Ward’s Interior of the Year for Best Brand Expression.

Sepanjang Februari dan Mac, Editor Ward menilai pelbagai kereta dan memberi markah untuk desain, pemilihan bahan, kemasan pemasangan, ergonomik, informasi untuk pemandu, keselamatan, nilai dan keselesaan. Dan selepas 2 bulan penilaian MAZDASPEED3 dipilih sebagai pemenang kategori tersebut.

MAZDASPEED3 dipenuhi dengan gajet yang digemari pemandu dan antara aksesori standard ialah meter tambahan elektroluminasi, pedal aluminium, dan sulaman MAZDASPEED pada kerusi dengan skema warna merah/hitam, trimming pintu dan interior, karpet lantai, plat bingkai dan panel dengan warna merah/hitam.

Tetapi sekutu, siaran media ini datangnya dari Mazda Amerika, tempat kita belum ada lagi aksesori macam tu.

Foto: Mazda USA

Muhammad

8 Comments

  1. mcm cipan!kat luar malaysia kete smua best2.kat malaysia kete smua dah ketinggalan zaman tp harga lak mencarut carut!

  2. bebaru ni gua nampak sebuah mazda3 parking bersebelahan dgn caldina,gila ah mazda3,lagi gempak dari caldina…

    terus gua jatuh cintan sama itu mazda3…

  3. Kat M’sia nak dpt aksesori camtu…bersedia la nak bayar tambahan dlm RM10-15K…Ape punyer bengong pasaran M’sia ni…Tak caya cuba bezakan ALZA yg std dgn Enhance version…beza RM10k beb…cam shilake…ni sape punyer keje nih…cuba jawap…

  4. mazdaspeed3 tuh x masuk market malaysia…kat jepun dipanggil MPS spec..enjin 2.3 turbo disi engine,6 speed,kalau honda civic dikira macam type R spec…tapi interior mazda3 2.0 kat malaya market pon menarik gak bro,imported cbu unit dari hiroshima jepang..dashboard getah..bukan plastik..gadjet pon x kurang menarik..x caya contact gua…hehehe

Kata Anda//