Lexus LFA Nurburgring

356983_60178-b-lex

Meraikan penyertaan LFA dalam perlumbaan 24 Jam Nurburgring pada Mei, Lexus telah melancarkan pakej prestasi baru untuk pelanggan yang mahukan kereta spesifikasi litar atau bahasa pasarnya, hardcore. Pakej Nurburgring mempunyai penambahan ciri-ciri aerodinamik dan perubahan teknikal yang menambahbaik pengendalian dan downforce tanpa kompromi terhadap kelajuan dan kepantasan yang merupakan tonggak karakter pemanduan LFA.

356980_60178-a-lex

Downforce yang lebih adalah penting untuk prestasi kereta litar dan ini  berjaya dicapai melalui semakan dan penambahan pada komponen CFRP LFA seperti spoiler bawah depan yang lebih besar, sisip sisi bampar dan spoiler belakang kekal, berbeza daripada jenis automatik LFA standard.

Kuasa maksimum dari enjin 4.8 liter V10 dinaikkan kepada 10bhp menjadikannya 562bhp dan penukaran gear  6 kelajuan sequential telah disingkatkan kepada hanya 0.15 saat. Modifikasi ini menjadikan kelajuan 0 hingga 62 batu [99.8km] kepada hanya 3.7 saat manakala kelajuan maksimum kekal 325 km/j. Modifikasi pada pengendalian kereta adalah dengan suspensi yang ditala semula dan penggunaan rim jenis mesh dan tayar dengan geseran yang lebih kuat.

356977_60178lex

Hanya 50 LFA akan dipasang dengan pakej Nurburgring daripada 500 unit keseluruhan pengeluaran global. Dan jika  pelanggan berhajat, kelas pemanduan akan dibuat khas untuk mereka dengan tunjuk ajar dari Ketua Instruktor Nurburgring. Pembeli juga akan mendapat pas pemanduan trek lagenda tersebut selama setahun.

Kereta dengan kejuruteraan terbaik Toyota.

Foto: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

12 Comments

  1. rasanya aku pernah tgk review kat top gear… harga dia mahal betul sekitar 150K euro tak salah.. kalau kek msia ni mau cecah kat 900k huhu

  2. Yang ako tau la, kereta ni tak boleh dibeli, tapi DIPAJAK. Sebab ako ada terbaca satu artikel pasal ketea ni kat sebuah laman web luar negara.

    Sesiapa yang berminat untuk memiliki kereta ni, kenalah ikat kontrak ngan Lexus untuk beberapa tahun. Terpulang samada korang boleh sambung lagi kontrak ni kalau tamat (kalau korang ni kaya laa) atau pulang semula kereta ni kepada Lexus.

    Ramai peminat tak bersetuju dengan cara Lexus ni. Namun waiting list untuk sistem pajakan ni aje dah full booked!

  3. da dgr jgk psl kontrak LFA ni
    sng cita keta ni utnk dipinjam shj xbley beli
    cm korg pnjm buku kt library dolu2

  4. cita LFA ni cm model ferari pe tah
    blh pkai tuk drive kt litar monza(kot)
    pas pkai ltk blk kt kilang
    cm hampeh je

Kata Anda//