Geely Auto (Geely) mengumumkan bahawa Biro Perkhidmatan Kementerian Luar Negeri China akan terus menggunakan model sedan daripada Geely, Geely GC9 sebagai kenderaan rasmi diplomatiknya. Sebanyak 50 unit Geely GC9 baharu diserahkan kepada Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing pada satu majlis penyerahan, yang mana kereta tersebut akan digunakan sebagai sebahagian daripada kenderaan rasmi diplomatik di China.
Category: Penulis GT
Sep 13
Volvo S90 T8 Twin Engine Inscription CKD Kini Sudah Boleh Ditempah
Volvo Car Malaysia telah mengumumkan S90 T8 Twin Engine Inscription yang dipasang di kilang Shah Alam sudah sedia untuk ditempah pada harga RM 348,888 (di atas jalan tanpa insurans). Volvo S90 sebelum ini diimport (CBU) dan dipasarkan melalui dua varian iaitu V90 dan S90 T6 AWD R-Design.
Sep 13
Haval H2 CKD Kini Di Pasaran – RM98K dan RM102K
Pengedar rasmi jenama Haval di Malaysia, Go Auto melancarkan model Haval H2 versi pemasangan tempatan (CKD) dengan memperkenalkan beberapa pembaharuan dari segi penampilan dengan harga bermula RM98,950 untuk Comfort Auto dan RM 101,950 Premium Auto, termasuk insurans dan cukai jalan.
Aug 19
VPCM Lancar Akademi Automotif Volkswagen Pertama
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini melancarkan Akademi Automotif Volkswagen yang pertama di Malaysia secara rasmi. Terletak di tengah-tengah hab automotif di Glenmarie, Shah Alam, akademi baharu itu memiliki keluasan lebih 14,117 kaki persegi. Ia dilengkapi dengan semua kemudahan untuk menjalankan latihan jualan dan selepas jualan (teknikal serta bukan teknikal) yang lengkap.
Aug 17
Perolehan Geely Auto Meningkat 118% Untuk 6 Bulan Pertama 2017
Geely Auto (HK 0175) telah mengeluarkan laporan kewangan separuh tahun pertama yang menunjukkan pertumbuhan hasil kukuh. Pendapatan Geely Auto untuk separuh tahun pertama 2017 mencapai RMB 39.424 bilion (RM 25.3 bilion), naik 118% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Aug 15
Demak Meterai Kerjasama Dengan Motul – Pilihan Minyak Pelincir Motosikal Demak di Sri Lanka
DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. menerusi anak syarikatnya, Demak Sales and Services Sri Lanka pada 14 Ogos telah memeterai perjanjian kerjasama dengan pengeluar pelincir terkenal dunia Motul sebagai jenama pelincir yang dicadangkan untuk kegunaan semua motosikal jenama Demak yang dijual di Sri Lanka.
Aug 12
VW Jetta ALLSTAR dan Beetle Edisi Khas Merdeka ke-60 Kini Di pasaran
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) pada acara Volkswagen Fest 2017 yang julung kali diadakan memperkenalkan dua model edisi khas baharu iaitu Jetta ALLSTAR dan Beetle Edisi Khas Merdeka ke-60 bagi meraikan sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-60.