Category: Penulis GT

Malaysia Autoshow Kini Berlangsung Di MAEPS!

Malaysia Autoshow 2017 dengan tema Smart, Safe and Sustainable Mobility telah membuka tirainya untuk dikunjungi orang ramai bermula 9 – 12 November, dari 10 pagi hingga 9 malam di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). Majlis pembukaan Malaysia Autoshow 2017 telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Malaysia, YAB Dato ‘Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 9 November …

Continue reading

Perodua Myvi Baharu – Padat Dengan Teknologi, Dari RM44K – RM55K

Perodua baru sahaja mengumumkan tempahan untuk Myvi baharu bakal dibuka bermula 9 November 2017. Myvi generasi ketiga ini tampil dengan pelbagai pembaharuan di mana 99.9 peratus rekaannya dibuat dan dibangunkan oleh anak tempatan di Perodua. Selain tampil dengan rekabentuk revolusi di mana tiada lagi imej berkotak dan bulat seperti dua generasi sebelum ini, Myvi baharu …

Continue reading

Honda EX5 Fi Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun ke-30 di Malaysia 100 juta unit Siri Super Cup

Boon Siew Honda (BSH) bakal melancarkan Honda EX5 Fi Edisi Terhad yang akan didatangkan dalam dua rekaan iaitu Self/Drum/Spoke dan Self/Drum/Cast. Honda EX5 turut menyumbang kepada pengeluaran siri super cub sebanyak 100 juta unit dan merupakan motosikal paling lama bertahan di pasaran Malaysia pada masa ini.

Continue reading

PROTON Menang Anugerah Perak Dalam Anugerah Putra Brand 2017

PROTON telah memenangi Anugerah Perak bagi Kategori Automotif di majlis Anugerah Putra Brand 2017 yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada 3 November lalu. Ini merupakan kemenangan pertama bagi PROTON sejak Anugerah Putra Brand dilancarkan pada tahun 2010. Anugerah Putra Brand adalah satu inisiatif oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A’s) untuk memberi pengiktirafan …

Continue reading

Jualan Proton Meningkat 12.5% – Proton Saga Paling Laris!

PROTON merekodkan kenaikan jualan 12.5% setakat tahun sehingga Oktober lalu dengan jumlah jualan sebanyak 56,297 unit berbanding 50,091 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas. Ini dapat dicapai meskipun  keseluruhan jualan kereta pada September 2017 mengalami penurunan berikutan bilangan cuti umum yang banyak pada bulan tersebut. Peningkatan ini turut disebabkan oleh pertumbuhan sebanyak 1.7% tahun sehingga kini …

Continue reading

Kerusi Bayi & Kanak-Kanak Perodua Pada Harga Istimewa – Hanya RM 660 & RM 780

Pada 30 Oktober lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Dato’ Ab Aziz Kaprawi telah melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Perodua dan Kerusi Kanak-Kanak Perodua di Perodua Sentral, Petaling Jaya. Istimewa sempena kempena ini ialah penawaran kerusi bayi dan kanak-kanak pada harga mampu milik dan ia boleh dipesan semasa pembelian kereta baharu Perodua.  Sehingga Tahun Baru Cina 2018, …

Continue reading

Honda HR-V 2016 Terlibat Dalam Penggantian Semula Bar Penstabil Depan

Honda-HR-V-2015

Honda Malaysia telah mengumumkan panggilan semula sebanyak 2,814 unit model HR-V tahun 2016 kerana terdapat kemungkinan bar penstabil depan boleh patah di bawah tekanan tinggi. Kerosakan itu berpunca dari suhu yang tidak mencukupi semasa proses pengeluaran dan mengakibatkan kerosakan yang mungkin berlaku semasa tekanan tinggi.

Continue reading

Honda CRF250 Rally & CRF250L 2017 Kini Di Pasaran

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah mengumumkan penawaran model CRF250L dan CRF250 Rally 2017 serba baharu untuk memenuhi kehendak penggemar motosikal pengembaraan ringan yang menginginkan keseronokan tunggangan di atas jalan raya dan off-road bagi kembara hujung minggu, keselesaan untuk dibawa melancong dan berfungsi praktikal untuk kegunaan harian.

Continue reading