Honda HR-V 2016 Terlibat Dalam Penggantian Semula Bar Penstabil Depan

Honda-HR-V-2015

Honda Malaysia telah mengumumkan panggilan semula sebanyak 2,814 unit model HR-V tahun 2016 kerana terdapat kemungkinan bar penstabil depan boleh patah di bawah tekanan tinggi.

Kerosakan itu berpunca dari suhu yang tidak mencukupi semasa proses pengeluaran dan mengakibatkan kerosakan yang mungkin berlaku semasa tekanan tinggi.

Akibat dari itu tayar boleh pancit, roda menjadi tidak seimbang dan menyebabkan ketidakstabilan semasa memandu di mana kereta menarik ke kiri atau kanan.

Sehingga hari ini, tiada kejadian kemalangan atau kecederaan berkaitan isu ini yang dilaporkan
di dalam negara.

Untuk program gantian ini, Honda Malaysia mempunyai 50% stok bar penstabil depan di seluruh negara dan 100% pada pertengahan November 2017.

Pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan dengan butiran mengenai panggilan semula ini

Pelanggan yang menerima surat tersebut dinasihatkan untuk menghantar kenderaan mereka ke pusat servis rasmi Honda yang terdekat untuk pemeriksaan dan penggantian

Semua kos yang berkaitan untuk aktiviti penggantian ini akan ditanggung oleh Honda Malaysia

Sementara itu, pemilik diminta untuk memeriksa status kenderaan mereka sama ada melalui laman web
www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau menghubungi talian
Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020.

Honda Malaysia mengambil langkah pencegahan ini untuk memastikan keselamatan pelanggan dan menyesali kesulitan yang dihadapi oleh semua pelanggan yang terlibat.

Syarikat juga komited terhadap isu ini dan langkah proaktif sedang diambil bagi mengelak sebarang kemungkinan kerosakan atau kemalangan berlaku.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.