VW Jetta ALLSTAR dan Beetle Edisi Khas Merdeka ke-60 Kini Di pasaran

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) pada acara Volkswagen Fest 2017 yang julung kali diadakan memperkenalkan dua model edisi khas baharu iaitu Jetta ALLSTAR dan Beetle Edisi Khas Merdeka ke-60 bagi meraikan sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-60. 

Acara yang meraikan segalanya tentang Volkswagen itu berlangsung di Setia City Convention Centre. Volkswagen Fest bermula 11 hingga 13 Ogos 2017.

VW Jetta ALLSTAR

Jetta ALLSTAR merupakan edisi terkini ALLSTAR yang dilancarkan oleh VPCM. Edisi ALLSTAR diperkenalkan pertama kali menerusi Polo ALLSTAR pada awal tahun ini dan diikuti oleh Vento ALLSTAR pada Jun lalu.

Jetta ALLSTAR hadir bersama aksesori eksklusif bernilai RM3,000 yang merangkumi pedal sports aluminium, spoiler but belakang, plat sisi, emblem dan karpet lantai ‘ALLSTAR’.

Ditawarkan pada harga bermula RM109,990*, terdapat empat warna pilihan – putih (Candy White), kelabu (Platinum Grey), perak (Reflex Silver) dan hitam (Deep Black).

Jetta mengabungkan enjin pengecas turbo tunggal 1.4L TSI dengan kotak gear direct shift (DSG) tujuh kelajuan yang telah ditambah baik. Ia mampu menjana kuasa mengagumkan mencecah 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 to 3,500rpm – menjadikannya kenderaan paling berkuasa dalam kelasnya.

Bukan itu sahaja, Jetta merupakan satu-satunya sedan dalam segmennya yang dilengkapi kotak gear tujuh kelajuan dan berupaya memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 8.6 saat sahaja. Biarpun memiliki prestasi sebegitu, Jetta menawarkan gabungan penggunaan bahan api sekitar 5.0l/100 km**.

VW Beetle Edisi Merdeka ke-60

VPCM berbangga untuk turut serta dengan memperkenalkan Beetle Edisi Merdeka ke-60 bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang ke-60.

Sama seperti model Herbie Beetle yang ikonik dan disukai ramai, Merdeka Beetle hadir dengan pelekat nombor “60” pada bahagian hud dan sisinya.

Antara ciri-ciri Beetle Edisi Merdeka ialah stereng multi fungsi dibalut kulit, skrin sentuh ‘Composition Colour’ bersaiz 5.8 inci dengan USB, Bluetooth dan lapan unit pembesar suara. Tempat duduk dibalut dengan fabrik ‘Pepita’.

VW Beetle Edisi Merdeka dikuasakan enjin pengecas turbo TSI 1.2L output 105PS. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 7 kelajuan DSG dan mampu menjana tork 175Nm yang menjanjikan keseronokan pemanduan kepada pemiliknya.

Ditawarkan pada harga RM136,888*, hanya 16 unit VW Beetle Edisi Merdeka disediakan. Ia didatangkan dalam warna putih (Pure White) dan putih/perak (White Silver).

Kesemua 16 unit hadir bersama jaminan selama lima tahun, cukai jalan untuk 60 bulan dan beg Beetle edisi terhad.

Volkswagen Fest 2017

Acara selama tiga hari memberikan peluang kepada para pengunjung untuk memandu uji pelbagai model Volkswagen, menikmati tawaran hebat dan servis pertama secara percuma untuk kereta Volkswagen yang sudah didaftarkan.

Untuk pemilik Volkswagen pula, mereka boleh menjalani pemeriksaan 20-poin kenderaan secara percuma, serta diskaun sebanyak 15 peratus ke atas alat ganti dan kos buruh.

Satu lagi acara istimewa pada Volkswagen Festival ialah perhimpunan kereta Volkswagen klasik dan terkini. Ini termasuklah model Beetle original dan van Kombi yang ikonik – ehsan daripada pemilik dan peminat Volkswagen dari seluruh negara.

* Semua harga yang dinyatakan adalah harga runcit tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans.

* * Angka penjimatan bahan api diambil daripada kondisi ujian standard EU, ia mungkin tidak mewakili penggunaan bahan yang dicapai dalam pemanduan dunia sebenar.

Silakan kongsi:

1 comment

  1. Kawan I yg beli VW Jetta ckp pintunya tidak sesuai dengan keretanya. Dia perlu htr balik utk ubahsuai. Tapi I rasa sekurang-kurangnya Volkswagen memberi konsumer kereta Jetta dengan harga yang berpatutan.

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.