Tag: Geely

Proton Lancar SUV X70, Harga Dari RM99.8K – RM123.8K

PROTON secara rasmi telah melancarkan Proton X70 pada majlis gilang-gemilang yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Proton X70 adalah model pertama yang dihasilkan bersama oleh PROTON dan Geely serta merupakan SUV premium pertama dikeluarkan oleh sebuah jenama automotif Malaysia. Model ini juga telah membawa PROTON …

Continue reading

Geely GC9 Terpilih Sebagai Kenderaan Diplomatik China

Geely Auto (Geely) mengumumkan bahawa Biro Perkhidmatan Kementerian Luar Negeri China akan terus menggunakan model sedan daripada Geely, Geely GC9 sebagai kenderaan rasmi diplomatiknya. Sebanyak 50 unit Geely GC9 baharu diserahkan kepada Biro Perkhidmatan Diplomatik Beijing pada satu majlis penyerahan, yang mana kereta tersebut akan digunakan sebagai sebahagian daripada kenderaan rasmi diplomatik di China.

Continue reading

Perolehan Geely Auto Meningkat 118% Untuk 6 Bulan Pertama 2017

Geely Auto

Geely Auto (HK 0175) telah mengeluarkan laporan kewangan separuh tahun pertama yang menunjukkan pertumbuhan hasil kukuh. Pendapatan Geely Auto untuk separuh tahun pertama 2017 mencapai RMB 39.424 bilion (RM 25.3 bilion), naik 118% berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Continue reading

DRB-HICOM dan Zhejiang Geely Tandatangani Perjanjian Jualan Ekuiti Proton Holdings Berhad

KUALA LUMPUR, 23 Jun 2017: DRB-HICOM Berhad hari ini menandatangani Perjanjian Muktamad yang menyaksikan Zhejiang Geely Holding Group (ZGH) dari China memegang 49.9% ekuiti PROTON Holdings Berhad (PROTON). Pada hari yang sama, DRB-HICOM juga menjual keseluruhan sahamnya dalam Lotus Advance Technology Sdn Bhd kepada ZGH dan Etika Automotive Sdn Bhd. Perjanjian ini termeterai 30 hari …

Continue reading