Honda CB500XA 2017 Tampil Dengan Peredam Bunyi dan Warna Baharu

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah memperkenalkan model 2017 Honda CB500XA yang kini dilengkapi dengan peredam bunyi dan warna baharu.

Model CB500XA 2017 dilengkapi dengan selongsong peredam bunyi baharu dan ditawarkan dalam tiga warna baharu iaitu Asteroid Black Metallic, Candy Rosy Red dan Pearl Horizon White (baharu untuk CB500XA)

Jentera ini dilengkapi enjin DOHC 471cc dengan sistem penyejukan cecair dwi selari dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan yang akan memberi pengalaman yang terbaik untuk penunggang jentera besar ini.

Model ini boleh didapati di Pegedar Impian Honda mulai 9 August 2017 pada harga RM 31,893.28 (CB500X – Jenis Standard) dan RM 35,391.28 (CB500XA – Jenis ABS).

Harga yang disyorkan termasuk GST (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu)

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.