Category: Berita

Volvo FM: Kita Main Trak Tangki!

Di atas lebuhraya, setiap kali nampak trak syarikat petroleum memang saya suka perhati sebab teknologi yang ada kadang-kadang lebih maju dari kereta penumpang dan pemandu yang rata-rata sopan walaupun trak tersebut boleh memecut laju. Traknya juga dijaga elok, rim berbelas roda cantik berkilat.

Continue reading

Hyundai i30: Kereta Paling Memuaskan Hati di Britain!

Kita selalu dengar atau merasai sendiri pengalaman memiliki kereta Korea dan saya yakin banyak yang negatif berbanding positif. Sejak kebelakangan ini, Hyundai Motor Co. yang ditubuhkan pada tahun 1967 semakin agresif dalam pemasaran produk mereka, pelbagai model dengan desain hebat muncul sepanjang tahun dan nampaknya kualiti produk mereka turut mengalami perubahan positif.

Continue reading

Rally X: Pusingan 1, Ivan Khong Juara!

Tanpa sukan permotoran akar umbi, mana-mana sukan permotoran adalah lesu. Jadi, amat penting untuk organisasi atau badan yang berkemampuan untuk menyokong aktiviti akar umbi. Hakikatnya semua pelumba hebat di dunia lahir dari program kecil-kecilan sebelum mereka melangkah jauh dan menjadi pelumba profesional. Dan ini adalah antara sebab lahirnya siri Rally X dan RallySprint, memberi peluang …

Continue reading

Mazda3 Menang Ward’s Interior of the Year!

Saya bukan nak bias, tapi bila terserempak dengan model Mazda terkini memang sukar untuk kita  tak jatuh cinta. Desainnya memang lari dari buku sifir kereta Jepun. Dan baru-baru ini buat kesekelian kalinya MAZDASPEED3 [Mazda3] memenangi anugerah dan kali ini giliran imteriornya pula. MAZDASPEED3 memenangi 2010 Ward’s Interior of the Year for Best Brand Expression.

Continue reading

Lexus LFA Nurburgring

Meraikan penyertaan LFA dalam perlumbaan 24 Jam Nurburgring pada Mei, Lexus telah melancarkan pakej prestasi baru untuk pelanggan yang mahukan kereta spesifikasi litar atau bahasa pasarnya, hardcore. Pakej Nurburgring mempunyai penambahan ciri-ciri aerodinamik dan perubahan teknikal yang menambahbaik pengendalian dan downforce tanpa kompromi terhadap kelajuan dan kepantasan yang merupakan tonggak karakter pemanduan LFA.

Continue reading

VW Touran

Touran adalah jawapan bagi peminat VW yang berkeluarga. Jika si bapa memandu Golf ke tempat kerja, seisi keluarga pula boleh dimuatkan dengan Touran. Baru-baru ini model baru Touran diperkenalkan di Leipzig Motor Show. Dengan rekabentuk yang segar dan enjin petrol dan diesel yang efisien ianya dijangka akan mengekal reputasi model yang sehingga kini telah terjual …

Continue reading

Baii: Ducati Hypermotard 796

Bersempena dengan majalah Gear Tinggi yang akan keluar tak lama lagi bagi menyaingi Mempelam dan Pendekar Laut, tiba-tiba gua redah semua event. Biasa pergi event layan minuman lembut dengan kepak ayam saja. Tapi entah kenapa gua rasa terpanggil mengemaskinikan berita automotif semasa, rajin pula bawak kamera berteknologi rendah. Dah lama gua tak melibatkan diri dalam …

Continue reading

Baii: Gua Tengok je Proton Satria Neo R3 Lotus Racing

Seperti yang digembar gemburkan oleh Matpon (adik Mat Kacau tapi tak mengaku), gua test kereta ni semalam. Seperti yang diberitahu oleh pihak Media relation Proton yang sepanjang tahun tukar orang berapa kali pun gua tak tau, jadual gua test pukul 4.30- petang. Group 3. Awal-awal lagi gua dah SMS Rosyam Nor ajak datang test sekali. …

Continue reading