Baii: Ducati Hypermotard 796

Ducati 796

Bersempena dengan majalah Gear Tinggi yang akan keluar tak lama lagi bagi menyaingi Mempelam dan Pendekar Laut, tiba-tiba gua redah semua event. Biasa pergi event layan minuman lembut dengan kepak ayam saja. Tapi entah kenapa gua rasa terpanggil mengemaskinikan berita automotif semasa, rajin pula bawak kamera berteknologi rendah.

Dah lama gua tak melibatkan diri dalam kancah motosikal berkuasa tinggi ni. Setahun lebih gua pencen. Bayar deposit Hornet pun sampai seller 200 kali tanya jadi ke tidak. Makan roti telur pun pikir dua kali cemana nak main motor besor ye dok?

Ducati 796

Ducati Hypermotard 796 dilancarkan hari ini, kalau Matpon malas nak upload maknanya gua kena kata semalam atau kelmarin atau ikut suka Matpon. Gua dah lama tak join budak motor swing arm sebelah dan rantai belah kiri ni. Seperti yang lu orang semua tau, Ducati diedarkan oleh Next Bike sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Naza. Gua ada sorang kawan nama Naza, manager GSC Times Square.

Bagus bila ada jenama yang bagus duduk di bawah pengedar yang bertauliah dan ada inisiatif nak kembangkan pasaran. Tengok sahaja bila Bermaz ambil Mazda dari Cycle n Carriage. Tengok bila Peugeot duduk bawah Naza.

Ducati 796

Fakta tentang Hypermotard 796

  1. Macam Ducati yang biasa-biasa. Enjinnya L twin, motor Jepun biasanya kalau 2 selinder mesti paralell.
  2. Brek mestilah Brembo kan. Tapi motor ni tak dapat fork Ohlins depan. Motor Ducati yang ‘murah’ macam ni biasanya dipasangkan dengan Marzocchi usd fork. Bukan US Dollar, Upside down atau kata Adnan Sempit ‘fork terbalik’.
  3. Sampai sudah gua tak paham kenapa mesti panggil Hypermotard sebab model Hyper biasanya bukan sub1000cc. Macam Hayabusa, Kwak GTR biasanya dipanggil hyper. Ducati pun ada Hyper motard 1100. Tapi mengikut firasat gua, memandangkan motosikal sub 1000cc Ducati dah pun dikelaskan dalam model Monster, so gua rasa Ducati nak model motard mereka dikenali dalam 1 line up sahaja, hypermotard. Kira macam BMW panggil X6 SUV sebagai SAV coupe dan Mercedes gelas CLS sebagai coupe 4 pintu. Suka-suka je diorang ni. Habistu van gua nak panggil caravan bole?
  4. Harga motor ni RM79K. Kira yang paling murah boleh lu orang beli dalam showroom Ducati.
  5. Naza tawarkan pinjaman setinggi 90% dengan repayment 7 tahun (Under Naza Credit Leasing). Setahu gua Eon bank dengan BSN commercial je yang ada loan begini, itupun maksimum 5 tahun.
  6. Motor ni tak besar sangat. Lebih kurang Z750, Bandit600S, Hornet 900 dan motor naked yang sewaktu dengannya. Kalau naik pun nampak rugged lagi. Walaupun gua belum test, tapi gua assume motor ni senang nak di ride hari-hari.
  7. Walaupun kecik, tayar belakang saiz 180. Sedap layan korner lipat.
  8. Dia pakai wet clutch – kira kuranglah bunyi bertukang tipikal Ducati. Apa? Takde Slipper Clutch?
  9. Warranti 2 tahun tanpa had batuan. (boleh ulang-alik Bangkok-KL ni)
  10. Yang ni paling penting – walaupun murah untuk jenama Ducati, gua tetap tak mampu beli.

Fakta tentang Next Bike

  1. Tahun lepas diorang jual 62 unit total, despite of ekonomi yang tak berapa cun.
  2. Tahun ini target jual 160 unit, buka satu pusat macam 3S, sekali dengan jenama Naza yang lain (jangan lupa Harley Davidson) di setiap negeri. Kos keseluruhan RM25 juta. Dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun depan.
  3. Setiap unit Ducati yang dijual, Naza akan sumbangkan RM1000 kepada kelab Ducati.
  4. Nak masuk kelab Ducati tak semestinya ada motor Ducati. Maksudnya, Modenas Pedang Setiawan gua ada peluang.

-Baii-

Silakan kongsi:

12 comments

Skip to comment form

    • Alan on 10/04/2010 at 8:34 AM
    • Reply

    Aku ade modenas kriss 100
    Bleh la beli

    • brianbadboyz on 10/04/2010 at 9:34 AM
    • Reply

    msuk klab 2 ngan beskal bleh x?

    • carragher27 on 10/04/2010 at 9:40 AM
    • Reply

    gua penah pakai MOTOrolla.. Siap ada 3gp lagi..

  1. Ducati…harganya pun berkati-kati…

  2. mnde….hipe..?..hyppo…?…mnde…?

    • Cekwang on 10/04/2010 at 1:02 PM
    • Reply

    dukahati pasal takleh beli lg.

    • pendita_gila on 10/04/2010 at 8:13 PM
    • Reply

    derita merindu..febolus kucing

    • exJAVANESE on 11/04/2010 at 1:49 PM
    • Reply

    nk pki ducati,xmmpu…gua nk crik er6n jela….
    naked bike gak kn??? hohhoho

    • John Kumbang on 12/04/2010 at 9:25 AM
    • Reply

    Aku kalo pakai Ducati ni mesti kena siasat dengan HR tempat aku keja… soalan dia, mana aku dapat duit???? Bapak kasik??? Takdenya….

    • on 12/04/2010 at 9:31 AM
    • Reply

    Kalo rege DUCATI ni main timbang kati…gau beli la kot..hahaha

    • wong_cho_wo on 19/05/2010 at 5:46 PM
    • Reply

    kalao aku di beri pilihan 1098 dgn gsx1000r aku vote suzuki. ducati ni mahal je, tapi tak power pon. heheh… no hard feelin guys..

    • montry on 26/07/2013 at 9:31 PM
    • Reply

    Silap besar sape beli nissan ni…cuba la..blum cuba blum tahu..dah terkena baru tergaru…he he he

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.