Subsidi Petrol November 2011

Nah. Gua rasa nak buat entri bergambar. Kurang sikit gua menaip. Gua rasa ni KPI baru ni menjelang hujung tahun sekian. Baidewei sapa tak oder lagi t-shirt gua oder cepat sikit gua tak sabar nak riak ni bebeh.

Salam sayang dari gua,

-Matpon-

Silakan kongsi:

Kia Sportage 2011

Kalau diingat semula kira-kira sepuluh atau lima tahun lalu, kereta berjenama Korea jarang sekali berada di senarai teratas jika seseorang hendak membeli kereta baru. Bagi segelintir yang membelinya, tidak kiralah sama ada Hyundai atau Kia ada beberapa sebab kenapa keputusan itu diambil.

Antara sebab popular adalah mahu lari daripada kebiasaan. Sudah tidak mahu pandu Proton atau Perodua. Selain itu, mahu mencuba produk baru. Siapa tahu, kereta itu mungkin bagus dan memuaskan hati.

Ketika ramai yang langsung tidak merungut, tidak kurang juga yang menyesal selepas membelinya. Bukan sahaja harga alat ganti yang boleh membuatkan pemiliknya menelan air liur. Malah nilai jualan semulanya yang teruk menjadi faktor utama kenapa jenama kereta Korea mula dipinggirkan.

Tetapi, itu cerita dahulu. Sekarang, kereta Korea sudah banyak berubah. Sudah mampu mencabar gergasi-gergasi automotif dari Jepun. Kalau dilihat sekali imbas, susah untuk bezakan kereta Korea dengan model keluaran pembuat kereta terkemuka dunia yang lain. Jurang standard pun semakin mengecil.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

T-Shirt GearTinggi

Update: Ukuran Saiz Baju

 

Gua tahu ramai yang ternanti-nantikan pasal T-shirt untuk GearTinggi ni. Setelah mengambil kira pelbagai perkara [terutamanya kos], gua ingin mencadangkan kepada Sekutu seperti berikut:

Spesifikasi T-Shirt

  • 100 % Micro Dry Fiber Jacquard Cute Mest
  • Superior Thick Plastic Zipper in White Color
  • 1cm Taping around the Sleeves End
  • Unique Cut & Sew on Both Waist
  • High Mock design  that can be zipped up as Mock Neck or folded down as Collar

 

Gua cadang warna hitam sebagai warna tema, kemudian bubuh warna hijau sebagai penyeri untuk perkataan GearTinggi tu. Dan tak lupa juga gua bubuh gambar Matpon [Matpon suka gambar dia ada] di bahagian depan. Kenapa gua buat simple, jawapan gua berbalik kepada kos. Berdasarkan pertanyaan awal, gua berjaya mendapatkan pada harga RM29 sehelai untuk setiap set [menggunakan sulaman depan & belakang]. Tambahan untuk kos upah pakcik posmen RM5, jadi jumlah yang perlu Sekutu bayar seorang adalah RM34 sahaja.

Untuk memastikan idea T-shirt ini dapat direalisasikan, gua menyasarkan untuk mendapat sekurang-kurangnya 30 tempahan. Kalau tak sampai 30, gua rasa payah nak dapat harga RM29 tu. Tapi kalau mendapat sambutan diluar jangkaan, gua boleh nego balik dengan brader yang menjual baju ni minta kurang lagi sikit.

Ok, macam biasa kalau ada yang betul-betul berminat,  boleh emel sama gua terlebih dahulu macam biasa. Cukup 30 orang,  gua akan reply balik sama no. akaun untuk lu orang bayar. Amacam?

azmin@arb.com.my

-C27-

 

 

 

 

Silakan kongsi:

Lexus CT200h Siri F-Sport

Sebelum ini saya pernah berikrar dengan seorang rakan yang saya tidak akan membeli kenderaan Toyota moden kecuali Lexus. Walaupun jenama itu asal-usulnya daripada Toyota namun Lexus difungsikan sebagai kemuncak kesempurnaan Toyota. Jika rekaan Toyota boleh dikatakan sebagai biasa-biasa Lexus pula lebih elegan. Rekaannya bersahaja tetapi tajam dan segak. Istilah Inggeris yang biasa digunakan ialah sharp. Harus tahu mereka yang bekerja di Lexus bukan calang-calang orang, mereka sangat mahir dan teliti dalam bidang masing-masing. Sehinggakan enjin diuji dengan telinga melalui steteskop bagi memeriksa jika ada bunyi yang berbeza daripada kebiasaan. Mereka yang mahir ini dipanggil sebagai Master Craftsmen atau gambaran lebih jelasnya ialah seperti pengukir kayu di negara kita. Hasil ukiran yang halus datang daripada pengukir yang mahir serta berpengalaman yang mana boleh membuatkan kita kagum dengan hasil kerja mereka. Lebih halus lebih tinggi nilainya jadi tidak hairanlah ukiran dengan ukuran hanya sekaki dua mahal harganya. Dan begitulah juga dengan Lexus, proses pra produksinya saja sudah meletihkan dan menjadikan harganya terletak di dalam kategori premium walaupun hakikatnya nadi atau platform adalah sama dengan kenderaan Toyota.

Lexus sebenarnya disasarkan di dalam pasaran mewah yang sudah sinonim dengan jenama dari Jerman seperti BMW dan Mercedes. Oleh itu, setiap model BMW dan Mercedes pasti akan ada pencabar yang serupa daripada Lexus. Lawan dari Asia. Model CT200h keluaran Lexus boleh dilihat sebagai pencabar BMW 1 series atau Mercedes B class. Saiz CT200h tidaklah besar mana bahkan ianya kelihatan seperti model IS250 yang dipendekkan, walaupun begitu storan belakang tidaklah sempit atau rekaan yang sekadar cukup makan. Nampak agak luas juga. Apa pun, paling menarik tentang CT200h adalah harganya yang murah, atau lebih tepat paling murah di antara model-model Lexus lain. Dengan harga kira-kira RM173 ribu anda boleh memiliki CT200h yang menggunakan sistem hibrid sama seperti Prius. Kereta mewah yang ekonomikal. Dek kerana memakai jenama Lexus maka harganya lebih mahal daripada Prius yang berharga sekitar RM140 ribu.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Pedoman Memandu Ke Singapura

Apabila berbicara tentang negara Singapura, pasti ramai yang mengaitkannya sebagai sebuah negara yang bersih dan rakyatnya hidup dalam keadaan yang penuh berdisiplin. Dan tak lupa juga Subaru Impreza,  umpama Myvi di sini. Bersepah tak tentu hala sampaikan saya sanggup membuka cermin tingkap semata-mata nak menikmati deruman Boxer di kiri dan kanan, depan dan belakang. Impreza Ver.10 tu pun pakcik-pakcik sahaja yang pandu.

Baru-baru ini, saya berpeluang lagi untuk menziarahi saudara-mara cawangan Singapura dengan memandu masuk kereta ke sana. Saya tak pasti, berapa ramai yang tahu tentang peraturan / undang-undang / info berguna yang boleh diaplikasikan seandainya ada diantara Sekutu yang ingin masuk ke Singapura dengan membawa kereta. Jadi, dengan sedikit info yang diberikan barangkali dapat memberikan pedoman dan panduan.

Secara jujurnya saya lebih menggemari laluan Link Kedua berbanding menggunakan Tambak Johor kerana ingin mengelakkan kesesakan. Sukacita ingin saya maklumkan bahawasanya adalah menjadi perkara yang afdal sekiranya kad Sentuh dan Pergi [Touch & Go] anda berada pada tahap yang optimum bagi tujuan keluar masuk Malaysia / Singapura. Sebelum anda melepasi Imigresen Malaysia, ada eloknya penuhkan tangki minyak di hentian rehat Gelang Patah ni. Paling tidak ,bolehlah menyemak terlebih dahulu segala dokumentasi telah dipersiapkan sebelum berdepan dengan abang atau kakak Imigresen.

Bagi yang pertama kali memandu masuk ke Singapura, pastikan anda berhenti di bahagian tepi di hadapan selepas pemeriksaan pasport di Imigresen Singapura [boleh nampak akan ada kereta yang berhenti] bagi tujuan pembelian kad Autopass bernilai $10. Kad dwifungsi ini akan bertindak sebagai permit untuk kereta dan juga boleh dijadikan sebagai alat pertukaran untuk membuat transaksi pembayaran parkir elektronik. Tapi jangan ada yang cuba-cuba nak  bagi pinjam kad ini kepada kawan pula. Kad ini umpama IC kepada kereta anda. Jadi, pandai-pandailah nak menjaganya jangan bagi hilang.  Memandangkan baki kad anda telah berbaki $4 setelah ditolak $6 sebagai bayaran tol untuk memasuki Singapura, maka bolehlah berkunjung ke 7-Elevan untuk menambah nilainya kemudian.

Sebaik sahaja melepasi Titik Periksa [Check Point] Tuas, anda akan terus sahaja memasuki lebuhraya Singapura. Tapi harus barang diingat, lebuhraya di sana tak macam di tempat kita. Kamera perangkap laju mereka bersepah. Laju sikit sahaja, maka sah-sahlah kereta anda akan termasuk dalam senarai Wanted. Memandangkan laluan lebuhraya Singapura ni agak sempit, maka kurang afdal sekiranya untuk berhenti di laluan kecemasan sebab sibuk nak belek peta Singapura. Serius, sampaikan saya sendiri berasa seriau nak berhenti tepi bagi membetulkan setting GPS.

Anda jangan berasa hairan sekiranya melihat palang di atas lebuhraya bertulis ERP [Electronik Road Pricing] tapi paparan eloktroniknya terpadam. Sememangnya untuk hari minggu [Sabtu, Ahad & Cuti Umum] adalah percuma. Anda tak perlu risau sekiranya anda memasuki Singapura pada tanpa menggunakan IU [In-Vehicle Unit] yang mempunyai fungsi yang sama seperti Tag Bijak [Smart Tag]. Tetapi  pengguna seperti saya yang setahun sekali memandu ke Singapura dan tidak menggunakan IU ini, bayaran $5 [sekiranya pada hari biasa] akan dikenakan terus tanpa mengira berapa banyak dan berapa kali yang anda gunakan laluan bertol tersebut. [Fii $5 ini akan ditolak dari kad Autopass sewaktu ingin keluar dari Singapura]

Untuk yang pertama kali berada di persimpangan lampu isyarat, jangan berasa pelik sekiranya ada melihat kereta di hadapan anda tiba-tiba berganjak sedikit ke hadapan dan tiba-tiba sahaja terus belok memasuki simpang ke kanan walhal lampu isyarat untuk membelok masih lagi merah. Sememangnya begitu undang-undang di sana yang agak fleksibel. Sekiranya jalan di hadapan anda tiada kereta, maka terus sahaja membelok tanpa perlu menunggu lampu bertukar hijau. Tapi awas, sekiranya ada pejalan kaki yang sedang melintas, keutamaan harus diberikan kepada mereka terlebih dahulu. Undang-undang mereka amat menghormati pejalan kaki yang sedang melintas. Dan apa yang menariknya, pejalan kaki mereka pun tidak melintas sesuka hati di tempat lain dan tidaklah pula melintas seperti mana itik pulang petang [terhegeh-hegeh].

Untuk memakir kereta pula, percuma hanya setelah 5.30 ke atas pada hari Sabtu dan percuma dari 7.00 pagi hingga 10.30 untuk hari Ahad dan Cuti Umum. Manakala, untuk malam, kupon bernilai $4 akan digunakan dan kupon bernilai 50 sen untuk setiap setengah jam pada hari biasa [Isnin – Sabtu].

Kalau dah puas meronda-ronda dan tangki minyak dah mula tinggal dua bar, ada eloknya diisikan terlebih dahulu. Terpulang, kalau nak merasa petrol jenis yang biasa-biasa, RON92 pun masih lagi dijual. Tapi kalau harga RON 95 sama ROn97 pun tak jauh mana beza, apa ada hal kalau teringin nak isi minyak premium pula. Kalau jenis yang pakai diesel, harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding petrol biasa. Tak macam kita, harga petrol dan diesel sikit lebih kurang sahaja.

Memandangkan saya pergi ke Singapura waktu cuti [Sabtu, Ahad dan Isnin-Cuti Umum] maka saya tidak perlu membayar $20 sebagai bayaran yang dikenakan untuk memandu masuk ke Singapura [VEP – Vehicle Entry Permit]. Setiap kereta, hanya layak menikmati 10 hari percuma dalam tempoh setahun. Seandainya lebih, maka bayaran $20 akan dikenakan sehari waima masuk ke Singapura pada hari minggu.

Rasanya, segala info yang diberikan mampu membawa faedah kepada Sekutu yang bercadang memandu masuk ke Singapura. Soal berbaloi atau tidak, jawapan saya sangat berbaloi sekiranya anda satu kereta ada tiga ke empat orang dan ada anak kecil macam saya. Senang nak bergerak ke sana-sini. Kalau ditanya tempat-tempat mana yang menarik untuk dikunjungi, selain daripada Universal Studio, bolehlah ke Geylang Serai untuk menikmati segala jenis makanan dan tak lupa Mustafa Centre [tempat membeli segala macam tuk nenek barang yang ori pada harga yang murah]. Tapi kena ingat, tukaran mata wang asing antara Malaysia dan Singapura tak begitu memihak kepada Malaysia. Tukar RM500 cuma dapat $200 jadah nak beli barang apa? Tapi apa yang menariknya, cuba anda bandingkan begini, RM5 kita mungkin hanya mampu membeli nasi lauk ikan bersaiz XS dan sayur taugeh yang dah tak berapa nak segar tetapi dengan $5, di Singapura kita boleh merasa nasi beryani penuh pinggan. Amacam?

-C27-

Silakan kongsi:

Mazda RX-8 Spirit R: Edisi Akhir RX-8!

Apabila sesebuah model yang laku keras atau ikonik sudah sampai ke hujung kitaran produk (product life cycle), pengeluar akan menawarkan kepada pasaran model edisi istimewa atau lebih popular dengan nama SE (special edition). Model itu akan disegarkan semula dengan aksesori-aksesori baharu untuk menjadikan ianya lebih nilai untuk wang sebelum model pengganti diperkenalkan. Proton Wira SE dan Satria SE adalah contoh model edisi akhir. Model-model SE itu walaupun sudah bertahun ditamatkan produksi tetapi menjadi buruan pasaran kerana aksesorinya yang unik dan eksklusif. Perodua juga tidak terkecuali dengan mengeluarkan Myvi Limited Edition sebagai tanda model itu sudah sampai ke penghujung produksi.

Selain daripada itu, hasil daripada penambahbaikan berterusan menjadikan produk akhir lebih sedap dan selesa dipandu berbanding model edisi terdahulu. Anda boleh memandu uji sendiri Wira atau Satria SE dan rasakan perbezaan di antara model itu dengan yang lama. Jadi, tidak pelik jika ada orang kata usah beli model edisi pertama kerana ianya baru dilancarkan dan pastinya akan ditambah baik seiring dengan input pembeli dan kehendak semasa pasaran. Paling parah jika model edisi kedua dilambakkan spesifikasi ekstra tetapi dengan hanya sedikit peningkatan harga. Kebiasaannya kita akan merasa rugi dan menyesal kenapa tidak menunggu sehingga model itu dikeluarkan. Tetapi lebih parah jika model yang baru dibeli beberapa bulan atau minggu ditamatkan produksi dan digantikan dengan model baru sepenuhnya. Di dalam hal ini jurujual atau pengeluar kenderaan perlu lebih jujur bila sesebuah model pengganti akan dikeluarkan dan jika itu tidak berlaku pengguna harus bijak meneka kenapa sesebuah edisi itu dikeluarkan.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

T-Shirt & TT: Cadangan Diperlukan

Memandangkan terdapat permintaan yang semakin membuak dikalangan Sekutu, dengan rasa besar hati gua memohon cadangan daripada Sekutu sekalian berkenaan tajuk di atas.

Untuk T-Shirt tu, gua akan menghubungi orang perhubungan gua untuk tolong melukiskan menggunakan komputer. Buat masa ni, gua memang tak punya kemahiran seperti itu. Kalau ada Sekutu yang handal melukis menggunakan komputer, boleh emelkan rekaan kepada gua azmin@arb.com.my . Corak tak perlulah melampau sangat. Memadai corak yang ringkas, letak perkataan GearTinggi.com pun ok dah depan belakang. Kalau nak letak muka Matpon gua fikir dia lagi suka. Bertambah glamour dia nanti.

Ok, bab TT ni gua serahkan kepada Sekutu untuk memikirkannya. Bab tarikh tu, gua fikir kena pilih betul-betul sebab dalam keadaan musim hujan dan musim orang kahwin ni, memang ramai yang balik kampung dan terikat dengan komitmen masing-masing. Sebenarnya gua memang tak begitu arif bab-bab TT ni. Entah kena mohon permit berhimpun ke tidak. Jadi, gua yakin, Sekutu semua pasti mempunyai idea yang bernas tentang TT GearTinggi ni.

-C27-

Silakan kongsi:

Trak Volvo FM11 : Pengangkut Yang Kacak

Agak lama juga GearTinggi tak memaparkan kisah lori. Sesekali layan lori ni sebenarnya seronok juga. Kali ini GT nak memaparkan kisah trak Volvo FM11 pula, di mana sebuah syarikat pengangkut yang berpengkalan di Leicestershire, Mobile Services (Ellistown) Ltd telah memilih trak tersebut sebagai trak dari jenama Volvo yang keempat yang telah dibeli oleh mereka.

Menurut kata Pengarah Urusan, Tony Bradbury  mereka memilih trak dari jenama Volvo kerana bercadang untuk terus menggunakannya selama 10 tahun! Walaupun trak ini baru sahaja 6 minggu digunakan, namun Tony dapat merasakan bahawa trak ini telah pun menunaikan tanggungjawabnya dengan baik.

Trak  berkuasa 11 liter ini dapat memberikan sang pemandunya pengalaman memandu trak bertransmisi otomatis dengan penggunaan I-Shift Auto yang baru.

Trak pengangkut ini telah direka oleh pakar, Belle Trailers dari Great Dunmow dengan penggunaan treler tunggal tambahan di bahagian belakang bagi memudahkan operasi turun naik kereta yang mampu memuatkan 5 buah kereta sekaligus.

P/S: Bercakap soal menunaikan tanggungjawab, dengar kata tak lama lagi dah. Harap-harap Sekutu yang dah cukup umur, jangan lupa pula menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Sumber : Newspress

-C27-

Silakan kongsi: