Honda Wave Versi UK!

Siapa sangka Mat Saleh di United Kingdom (UK) pun boleh membeli Honda Wave. Perbezaan ketara Wave spesifikasi UK ialah sistem suntikan bahan api yang menggantikan karburator untuk model tempatan. Seperti juga kereta eksport Proton dulu-dulu nampaknya motosikal versi import mempunyai spesifikasi ekstra dan jika mengikut hukum hipokrasi jurus kelapan bab ketiga  sepatutnya turut menjadi modal sembang kencang di kedai kopi atau di blog-blog seperti mana Proton dikutuk kerana menawarkan bumbung suria (sunroof).

Wave 110i menawarkan penjimatan yang mana mengikut Honda mampu bergerak sejauh 209km dengan setangki minyak.  Nadi motosikal tersebut ialah enjin empat lejang 109cc yang dipadankan dengan transmisi manual empat kelajuan. Enjin tersebut digantung pada rangka yang kuat dan kompak dengan geometri casis yang mampu menjadikan motosikal itu ringan dan senang ditunggang dan sesuai untuk kegunaan bandar dan perjalanan harian.

Honda Wave 110i dijual pada harga GBP1,800 di atas jalan atau kira-kira RM8,854.83 jika ditukar kepada harga tempatan. Ansuran pula bermula dari serendah GPB50 atau RM246 sebulan untuk tempoh 36 bulan.

Silakan kongsi:

Video: Toyota 86 UAE

httpv://youtu.be/G2es6QzEVRs

Toyota 86, lagenda masa depan. Video cantik tetapi terlebih tunjuk sangat. Tak lama lagi mungkin banyak 86 atas jalan tempatan. Gua rasa berdebar-debar nak tunggu 86. Kalau dapat pandu uji gua senyum rapat telinga.

@muhd_gt

Silakan kongsi:

Kemaskini: Kemalangan di Perlumbaan Drag Sempena Perhimpunan Sejuta Belia 2012

httpv://www.youtube.com/watch?v=xMg58-9BNDc

Baru-baru ini selain daripada konsert yang dianjurkan sempena Perhimpunan Sejuta Belia 2012 turut dianjurkan ialah perlumbaan drag. Walau bagaimanapun, perlumbaan tersebut yang sudah banyak kali dianjurkan menerima sesuatu yang hanya menunggu masa untuk berlaku. Sebuah Mitsubishi Lancer A170 telah tersasar dari laluannya dan melanggar 17 orang. Menurut laporan, ada yang cedera ringan dan cedera parah.

Sukan permotoran adalah sesuatu yang berbahaya dan kebiasaannya pihak penganjur akan berusaha-usaha bersungguh untuk meminimumkan risiko kemalangan. Oleh itu, amat penting untuk penonton melakukan pengawalan kendiri iaitu jika perlumbaan itu tidak selamat, elakkan diri atau orang lain daripada terlibat sama.

Berikut adalah kenyataan rasmi Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dan klik untuk kenyataan promoter perlumbaan.

*Kemaskini kenyataan daripada MUSC Motorsports.

-Muhd GT-

STATEMENT BY YM TUNKU DATUK MUDZAFFAR BIN TUNKU MUSTAPHA, CHAIRMAN OF AAM ON 2012 MILLION YOUTHS RALLY

In reference to the unfortunate incident in which 17 spectators were injured during a drag race held in conjunction with the recent 2012 Million Youths Rally at Putrajaya, the Automobile Association of Malaysia (AAM) wishes to make the following statement.

1. The AAM wishes to state, clarify and underline that it is the sole sanctioning body for all forms of motorsports/motor-racing in the country.

2. Sanctioned events include International, Regional, National and Club level events.

3. The drag race organized in Putrajaya was one of several motorsports-related events held in conjunction with the 2012 Million Youths Rally that were not sanctioned by the AAM or organized by organizations/clubs/associations that are affiliated to the AAM.

4. As a sanctioning body and authority, the AAM assists organizations/clubs/associations in the organizing of motor-racing related events/activities in accordance with the rules and safety regulations as enforced by the International Automobile Federation (FIA), the International Motorcycling Federation (FIM), International Karting Commission (CIK), and National Competition Rules.

5. For events to be sanctioned by the AAM, organizations/clubs/associations must fulfill the following:

  • Be affiliated to the AAM
  • As an affiliate, the organizations/clubs/associations must strictly adhere to the rules and safety regulations as prescribed by the International Automobile Federation (FIA), the International Motorcycling Federation (FIM) and International Karting Commission (CIK)
  • Events organized must be held on approved facilities which include both permanent and temporary circuits/tracks
  • Prior to organizing an event, the organizations/clubs/associations must apply for sanctioning to the AAM with a detailed report of all safety aspects. The AAM Safety Commission will then inspect the proposed venue and upon satisfied that al the safety parameters have been met with, will grant its approval for the event to proceed.

6. In events that are sanctioned, AAM stewards (officials) will be present to continuously monitor and ensure that all the rules and safety requirements are observed. AAM stewards are also empowered to stop the event from continuing in the event safety becomes compromised or the situation goes out of control.

7. In order to prevent such unfortunate incidents from recurring and in the interest of safety, the AAM wishes to appeal to the relevant authorities not to be directly or indirectly involved/associated with unsanctioned events. This also includes the issuance of permits for public gathering and approval for the closure of roads prior to the organizations/clubs/associations obtaining sanctioning and approval from the AAM.

8. While the AAM is not empowered to stop or prevent unsanctioned events/activities from being organized, we wish to reiterate that we are always prepared to extend our assistance and technical expertise to all organizations/clubs/associations seeking guidance and sanctioning.

9. The AAM also wishes to stress that motorsports in all forms and discipline, is dangerous and that rules and safety regulations exist in the interest of safeguarding the safety of all parties, particularly that of spectators and competitors, and to prevent and minimize the occurrences of untoward incidents.

Thank you.

Y.M TUNKU DATUK MUDZAFFAR BIN TUNKU MUSTAPHA

DKYR, PSD, PJK, HON. COMP. FIMI

CHAIRMAN

THE AUTOMOBILE ASSOCIATION OF MALAYSIA (AAM)

Silakan kongsi:

Model Lagenda Honda Gold Wing 2012 Meningkatkan Penanda Arasa Untuk Motosikal Touring

Kuala Lumpur, 29 Mei 2012 – Lagenda siri motosikal pengembaraan-touring Honda Gold Wing kini kembali dengan lebih bergaya dan berkuasa berbanding model sebelumnya. Boon Siew Honda Sdn Bhd akan melancarkan Honda Gold Wing 2012 pada 31 Mei yang sekali gus meningkatkan penanda aras bagi motosikal touring mewah.

“Kami berbangga untuk memperkenalkan Honda Gold Wing 2012 yang menawarkan kelancaran mengagumkan, kecekapan dan keselesaan untuk mengembara dalam jarak jauh. Honda Gold Wing 2012 akan menawarkan pengalaman menjelajah terbaik untuk peminat motosikal di Malaysia,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Satoshi Okada.

“Honda Gold Wing 2012 mendapat perhatian meluas sewaktu ia mula-mula diperkenalkan pada MotoXpo 2012 Februari lalu. Ia mencipta kejutan dalam kalangan komuniti penunggang motosikal dengan penampilan luaran yang bergaya dan prestasi termaju. Ia membuktikan aspek kebolehpercayaan dan tahan lasak yang boleh didapati pada kenderaan-kenderaan Honda. Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan model Honda Gold Wing 2012 di Malaysia,” tambahnya.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance Tawarkan Lawatan VIP ke Sepanyol, Peluang Untuk Menangi Motosikal Ducati Monster Kepada Empat Pemenang Hadiah Utama

Kuala Lumpur, 29 Mei 2012 – Berita baik buat pemilik motosikal yang bergantung pada Shell Advance untuk memastikan motosikal mereka sentiasa memberikan prestasi terbaik!  Shell Malaysia akan menganjurkan dua aktiviti pengguna yang menarik secara serentak pada tahun ini.

Pertama, peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance akan menghadiahkan lawatan VIP ke Valencia, Sepanyol, kepada empat pemenang Hadiah Utama untuk menyaksikan acara MotoGP Sepanyol pada bulan November 2012.  Semasa lawatan ini, mereka juga akan mendapat peluang untuk memenangi sebuah motosikal Ducati Monster bernilai RM60,000.

Peraduan tiga bulan dari 1 Jun hingga 31 Ogos, 2012 ini dibuka kepada pelanggan yang membeli pek 1 liter minyak motosikal Shell Advance Ultra 4T, AX7 4T, AX5 4T, VSX 2T atau SX 2T.

Mereka akan mendapati kod unik 9 angka dalam label depan setiap pek, yang memberi satu peluang kepada mereka untuk menyertai peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance dengan menjawab satu soalan mudah melalui SMS.

Menurut Cik Seow Lee Ming, Pengurus Pemasaran Kelompok, Shell Lubricants Selatan Asia Tenggara, peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance bertujuan untuk menghadiahkan percutian impian dengan segala perbelanjaan ditanggung sebagai ganjaran kepada pelanggan setia Shell Advance, yang kebanyakannya bergantung pada motosikal mereka untuk ke sana sini dan mencari nafkah.

Dicipta berdasarkan kefahaman yang mendalam tentang penunggang motosikal dan keperluan harian mereka, Shell Advance 4T membawakan Teknologi RCE yang dimajukan untuk memberikan prestasi minyak yang boleh dipercayai dengan membantu menanggalkan enapan dan mengekalkan kelikatan untuk perlindungan lebih baik, kawalan lebih baik menerusi pertukaran gear lebih lancar dan perlindungan daripada gelinciran, serta tunggangan lebih menyeronokkan dengan mengurangkan getaran dan bunyi enjin.

Ia boleh didapati dalam empat jenis produk berlainan yang mudah dibezakan untuk jenis motosikal tertentu dan prestasi yang dikehendaki.

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ‘Kunci Kebebasan’ Shell Advance dan minyak motosikal Shell Advance, sila ke stesen Shell dan bengkel motosikal yang berhampiran.

Silakan kongsi:

MSS P2, 2012: Proton R3 Kembali Bersaing!

Pasukan Proton R3 Racing akan kembali berlumba di dalam pusingan kedua perlumbaan Malaysian Super Series (MSS) pada hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang.

Dua orang pemandu muda, Syafiq Ali dan James Veerappan akan memandu Proton R3 Satria Neo 1600cc dan mereka merupakan pelumba utama untuk dikalahkan memandangkan mereka berdua menjuarai pusingan pertama yang diadakan semasa GP Petronas pada bulan Mac lepas.

“Kami mempunyai dua pelumba yang sangat berbakat, pantas, komited dan fokus. Pada pusingan pertama mereka berdua telah mempamerkan kemahuan untuk menang dan sebagai satu pasukan, mereka berkerjasama untuk mencapai matlamat tersebut,” kata Prinsipal Pasukan, Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel.

Tidak seperti pusingan pertama, pusingan kali ini bakal menggunakan format perlumbaan baharu di mana kedua-dua pemandu perlu berlumba di dalam masa satu jam dan wajib membuat hentian pit dan penukaran pemandu. Untuk itu, Satria Neo yang digunakan telah ditambah baik selari dengan penggunaan format baharu yang diperkenalkan itu.

Silakan kongsi:

Subsidi Minyak Bulan Mei 2012

Ah lu orang gua perati je tade pun nak petik nama gua ke hape. Ish. Sebenarnya gua dah miss satu entri subsidi minyak ni bulan lepas. Asal gua nak pos je tengok-tengok dah masuk Mei, kah kah kah kah. Ape cer der.

Dan sesungguhnya gua berazam untuk tak miss lagi. Sekian. Selamat cuti sekolah. Cuti sekolah jangan main mercun time gua dulu budak-budak into mercun plug.

Babai.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Toyota Meraikan Kemenangan Pada Perlumbaan 40th ADAC 24 Hours Nurburgring

Pada perlumbaan 40th ADAC 24 Hours Nurburgring, Toyota telah memenangi tiga kelas melalui dua buah Toyota GT86 dan sebuah Lexus LFA.

Tim GAZOO Racing Toyota GT86 menjuarai kelas SP3 dengan 129 pusingan keseluruhan. Di dalam ranking perlumbaan, kereta tersebut menduduki tempat ke-46.

Di dalam kategori V3 yang hampir kepada spesifikasi kereta produksi, tim Toyota Swiss Racing GT86 menjuarai kelas tersebut dengan tempat keseluruhan di tangga 78.

Produksi GT86 untuk negara Eropah bermula pada April lepas dan kejayaan di dalam perlumbaan 24 jam pertama yang disertai bakal membuka jalan kepada pasukan dan individu yang ingin menggunakan kereta tersebut di dalam perlumbaan pada masa hadapan.

Selain daripada itu, Lexus turut mempunyai kejayaan untuk dirai melalui pasukan GAZOO Racing Lexus LFA yang bersaing di dalam kelas berprestasi tinggi SP8. Selepas mengalami beberapa insiden minor dan mencatatkan masa terpantas 8:44.636, Lexus LFA tersebut dipandu secara konsisten sepanjang perlumbaan dan akhirnya berjaya menjuarai kelas dan tempat ke-15 keseluruhan.

-Muhd Uia-

ps: Toyota GT86, tidak lama lagi.

Silakan kongsi: