Toyota Meraikan Kemenangan Pada Perlumbaan 40th ADAC 24 Hours Nurburgring

Pada perlumbaan 40th ADAC 24 Hours Nurburgring, Toyota telah memenangi tiga kelas melalui dua buah Toyota GT86 dan sebuah Lexus LFA.

Tim GAZOO Racing Toyota GT86 menjuarai kelas SP3 dengan 129 pusingan keseluruhan. Di dalam ranking perlumbaan, kereta tersebut menduduki tempat ke-46.

Di dalam kategori V3 yang hampir kepada spesifikasi kereta produksi, tim Toyota Swiss Racing GT86 menjuarai kelas tersebut dengan tempat keseluruhan di tangga 78.

Produksi GT86 untuk negara Eropah bermula pada April lepas dan kejayaan di dalam perlumbaan 24 jam pertama yang disertai bakal membuka jalan kepada pasukan dan individu yang ingin menggunakan kereta tersebut di dalam perlumbaan pada masa hadapan.

Selain daripada itu, Lexus turut mempunyai kejayaan untuk dirai melalui pasukan GAZOO Racing Lexus LFA yang bersaing di dalam kelas berprestasi tinggi SP8. Selepas mengalami beberapa insiden minor dan mencatatkan masa terpantas 8:44.636, Lexus LFA tersebut dipandu secara konsisten sepanjang perlumbaan dan akhirnya berjaya menjuarai kelas dan tempat ke-15 keseluruhan.

-Muhd Uia-

ps: Toyota GT86, tidak lama lagi.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.