Terowong Genting Sempah Hala Timur Ditutup Dari 13 Jun hingga 17 Jun 2016

LPT.2016.01ANIH Berhad ingin memaklumkan bahawa Terowong Genting Sempah hala Timur akan ditutup kepada lalu lintas bermula jam 8 pagi, 13 Jun hingga 12 tengah malam, 17 Jun 2016. Penutupan ini adalah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan di dalam terowong.

Susulan itu, ANIH Berhad mengambil langkah alternatif dengan mengaktifkan satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah hala Barat bagi memudahkan pengguna lebuh raya hala timur menuju ke Kuantan. Kerja-kerja penyelenggaraan ini merupakan penyelenggaraan secara berkala dan telah mendapat kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pihak ANIH Berhad terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama dari semua pengguna lebuh raya.

Pengguna LPT disarankan mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111 bagi mengetahui sebarang perkembangan terkini di LPT.

Segala kesulitan amat dikesali.

Silakan kongsi:

Kereta Kehabisan Bateri? Proton Memberikan Panduan Ini Untuk Bantu Mula (Jump Start) Kereta Anda

image

PROTON Holdings Berhad (“PROTON” atau “Syarikat”) ingin menyangkal imej yang tersebar baru-baru ini di media sosial, yang mengesyorkan pengguna Proton untuk tidak melakukan sebarang tindakan bantu mula pada model-model Proton yang tertentu kerana ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU).

Kami ingin menegaskan bahawa semua kereta boleh melalui tindakan bantu mula.

Walau bagaimanapun, seperti OEM yang lain, kereta-kereta Proton telah dilengkapi dengan sistem elektronik yang sensitif kepada lonjakan kuasa. Kami ingin memberi panduan yang lebih tepat mengenai perkara ini dan untuk memberi jaminan kepada pemilik Proton bahawa penggunaan kabel bantu mula adalah selamat untuk menghidupkan enjin selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.

image

Berikutan dengan ini, PROTON ingin mengambil kesempatan untuk menjelaskan bahawa prosedur yang betul untuk melakukan bantu mula kereta adalah dengan menyambungkan terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-) kereta terjejas tersebut. Apabila berasa ragu, selalulah merujuk kepada buku Panduan Pemilik Proton.

Silakan kongsi:

VW Malaysia Lancar Promosi Raya – Rebat Untuk Kesemua Model

image

Sempena musim perayaan akan datang, VW Malaysia menawarkan rebat “Duit Raya” sebanyak RM2,000 untuk semua model Volkswagen bermula sekarang hingga 31 Julai 2016.

Model-model terpilih seperti Golf, Beetle dan Volkswagen CC akan menikmati rebat tunai tambahan, selain daripada promosi “Duit Raya” ini. Tawaran ini adalah sementara stok masih ada. Rebat tunai juga berbeza dan bergantung kepada model.

image

Vento yang dilancarkan baru-baru ini turut menikmati Promosi Raya. Volkswagen akan membayar bayaran bulanan sehingga akhir tahun untuk kereta yang ditempah dalam tempoh promosi ini.

Untuk layak menerima promosi ini, semua tempahan mestilah dibuat dalam tempoh promosi. Ia tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.

image

Dengan Hari Raya bakal menjelang tidak lama lagi, inilah masa terbaik untuk mengunjungi pengedar Volkswagen berhampiran dan meninjau model pilihan pada harga yang hebat.

Silakan kongsi:

Honda Civic Baharu Dilancarkan – RM113.8K Untuk 1.8 i-VTEC, RM127.8K Untuk 1.5 VTEC Turbo

Honda Civic.2016.01

Honda Malaysia menambah keterujaan dalam industri automotif menerusi pelancaran rasmi Civic Generasi ke-10 yang amat dinantikan.

Dalam membangunkan Civic serba baharu yang menjadi salah satu pembangunan model baharu paling komprehensif dan bercita-cita tinggi yang pernah dilakukan oleh Honda, pasukan juruteranya telah menetapkan penanda aras bahawa Civic bukan sahaja akan bersaing dengan kenderaan-kenderaan dalam segmen C. Malah dengan kenderaan kompak premium buatan Eropah. Hasil usaha keras tersebut, Honda kini mampu menawarkan Civic yang akan menjadi pengubah dalam segmen C dari segi reka bentuk, prestasi dinamik, penjimatan bahan api, keluasan, kualiti ruang dalaman dan ciri-ciri keselamatan – semua ini dalam satu pakej harga yang menarik.

Honda Civic.2016.02

Sewaktu memberi ucapan kepada media buat pertama kalinya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia yang baru, Encik Katsuto Hayashi berkata, “Civic serba baharu akan menjadi satu model penting buat Honda Malaysia untuk terus menawarkan ‘Keseronokan’ kepada para pelanggan kami. Menjadi jenama kenderaan Bukan Nasional No. 1 pada tahun 2015, harapan daripada para pelanggan kami juga kian meningkat. Jualan kami pada tahun ini (sehingga Mei 2016), telah meletakkan Honda pada kedudukan No. 2 untuk jenama kenderaan secara keseluruhan (Nasional dan Bukan Nasional) dengan perkongsian pasaran sebanyak 14% dan jualan sebanyak 30,401 unit. Kami akan terus berusaha untuk mencapai aspek Kepuasan Pelanggan.”

Tambah Encik Katsuto Hayashi lagi, “Sektor automotif di Malaysia telah mengalami evolusi sejak 3 tahun lalu. Apabila kami melancarkan City pada tahun 2014, ia telah mendominasi segmen B dengan nilai kompetitif dan pelbagai ciri tambahan yang mendahului kelasnya. Situasi ini berjaya menarik perhatian pembeli segmen C untuk membeli City kerana ia menawarkan ruangan yang luas dan sistem keselamatan yang mendahului kelasnya. Pelancaran HR-V kami yang popular pula mengisi jurang dalam segmen SUV Kompak. Manakala pengenalan varian CR-V 2WD yang lebih mampu milik berjaya menarik minat pembeli kereta sedan konvensional. Walaupun faktor-faktor ini membantu pertumbuhan segmen B (+32%) dan penurunan harga SUV, ia bagaimanapun menjejaskan segmen C yang menyaksikan penurunan sebanyak 19%. Segmen C di Malaysia memang mengalami penurunan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”

Honda Civic June.2016.01

Dengan Civic serba-baharu ini, Honda Malaysia percaya ia mempunyai peluang untuk memulihkan kembali segmen C yang semakin suram. Civic telah terjual lebih 80,000 unit di Malaysia sejak diperkenalkan pada tahun 2001. “Kami yakin bahawa Civic serba baharu bukan sahaja berpegang kepada namanya. Malah ia menjadi pengubah dalam segmen C menerusi rekaan bergaya, rangkaian kuasa baharu dan ciri-ciri termaju yang mendahului kelasnya. Revolusi Civic serba baharu telah meningkatkan nilai model-model sebelumnya. Ia juga menawarkan aspek kehalusan buatan dan daya saing ke satu tahap yang baru ke dalam segmennya,” kata  Encik Hayashi.

Continue reading

Silakan kongsi:

Perodua Tawarkan Program Tweckbot: Pemeriksaan Percuma Sempena Aidil Fitri

image

Program Tweckbot Perodua yang dilaksanakan sejak 2011 kini kembali dengan khidmat pemeriksaan 50 poin percuma untuk kesemua kenderaan Perodua di lokasi terpilih sempena bulan Ramadan dan Aidil Fitri.

Program Tweckbot ini berfungsi di mana Perodua berhubung dengan pelanggan melalui media sosial untuk menawarkan khidmat pemeriksaan kenderaan percuma pada lokasi, tarikh dan masa yang ditetapkan.

Program ini telah diperbaharui untuk mencapai lebih pelanggan Perodua melalui dua medium iaitu media baharu dan tradisional bagi memaklumkan masa dan lokasi tim Tweckbot.

image

Pada bulan puasa, kenderaan Perodua Tweckbot berada di Mesra Mall, Kerteh, Tranung di antara pukul 10 pagi hingga 6 petang, dari 26 hingga 28 Mei 2016. Selepas Raya pula, Tim Tweckbot akan berada di wilayah tengah dengan butiran lanjut yang akan dimaklumkan kemudian.

Pemeriksaan 50 poin percuma akan mengambil masa selama 10 ke 15 minit yang merangkumi enjin, transmisi, sistem penyejuk (aras bendalir, kipas dan suhu), sistem brek (minyak dan pelapik brek), sistem stereng kuasa, sistem klac, tayar, suspensi, sistem elektrikal (bateri, lampu, bilah penggilap) dan akhir sekali, diagnosis enjin.

Semasa pemeriksaan, tim Tweckbot akan turut memberi khidmat nasihat jika kenderaan memerlukan servis lanjut atau pembaikan. Untuk itu, Perodua menawarkan diskaun sebanyak 20% untuk peralatan dan aksesori kepada pemilik yang membawa semula kenderaan ke pusat servis Perodua. Tambahan 10% akan diberikan kepada ahli Perodua Circle (tertakluk kepada terma dan syarat).

Sementara kenderaan diperiksa, pelanggan Perodua juga boleh mendaftar keahlian UFirst iaitu sebuah program yang diperkenalkan pada Ogos 2015 bagi menghargai kepercayaan dan kesetiaan pelanggan.

Di samping mempunyai web khas iaitu www.ufirst.com.my, program tersebut turut mempunyai aplikasi telefon pintar bagi memudahkan pelanggan.

Melalui aplikasi itu, pengguna boleh mengakses promosi Perodua dan rakan niaga lain dan menariknya khidmat Perodua Smart Assist untuk bantuan kecemasan dan juga capaian GPS untuk lokasi bilik pameran Perodua, pusat servis dan hub pembaikan.

Silakan kongsi:

Promosi Perayaan Proton – Rebat Sehingga RM3 Ribu dan Diskaun Alat Ganti

image

Sempena sambutan perayaan yang akan datang, PROTON Holdings Bhd (“PROTON” atau “Syarikat”) melalui anak syarikatnya, PROTON Edar Sdn Bhd (“PROTON Edar”) mengumumkan promosi Hari Raya dan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma untuk pemilik kereta Proton di semua pusat servis yang sah di seluruh negara.

Promosi perayaan ini termasuk penjimatan-penjimatan menarik bagi setiap pembelian oleh semua pelanggan dan juga pemilik Proton. Pelanggan yang berminat untuk membeli kereta-kereta baharu terutamanya pada musim perayaan ini akan menikmati penjimatan sehingga RM3,000 bagi model-model 2016 yang terpilih.

image

Selain daripada promosi perayaan ini, Syarikat juga menganjurkan kempen pemeriksaan keselamatan percuma sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menggalakkan kesedaran keselamatan kenderaan untuk pelanggannya. Mengulas mengenai kempen yang telah menjadi kelaziman semasa musim perayaan, Encik Rohime Shafie, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar berkata, “Kami telah menjalankan pemeriksaan keselamatan ini selama 3 tahun terturut-turut dan ini adalah kerana PROTON sentiasa mengutamakan keselamatan terutamanya semasa musim-musim perayaan dan percutian.”

“Inisiatif ini juga adalah penting dalam menyokong seruan kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya sempena musim perayaan dan cuti sekolah. Pemeriksaan keselamatan ini merangkumi pemeriksaan sistem brek, suspensi, tayar, bateri, bilah pengelap cermin, tali sawat, lampu dan paras cecair seperti minyak enjin, bendalir brek, bahan pendingin dan pencuci bilah. Di samping itu, kami juga menawarkan pelbagai diskaun ke atas alat-alat ganti terpilih seperti absorber, brek, klac dan tali sawat pemasaan. ” tambah Rohime.

image

Selain daripada diskaun yang ditawarkan bagi alat-alat ganti yang tertentu, PROTON juga akan menawarkan diskaun khas ke atas kos pekerja untuk pelanggan yang menghantar kereta mereka ke pusat servis PROTON. Kempen ini bermula dari 1 Jun hingga 31 Julai 2016 di semua cawangan PROTON di seluruh negara.

Bagi warga kota yang tidak berkesempatan untuk menghantar kereta mereka bagi menjalani pemeriksaan, PROTON juga akan berada di beberapa lokasi stesen minyak di seluruh negara seminggu sebelum menjelang Hari Raya agar pelanggan boleh mendapatkan pemeriksaan bagi kereta mereka sewaktu dalam perjalanan ke destinasi.

Lokasi bagi stesen-stesen minyak akan diumumkan kemudian.

Silakan kongsi:

Tiga MPV Baharu Toyota Kini Dibuka Untuk Tempahan – Sienta, Alphard dan Vellfire

Toyota Vellfire Alphard.2016.05

UMW Toyota baru-baru ini telah mengumumkan harga tiga MPV baharu iaitu Sienta, Alphard dan Vellfire dan serentak dengan itu membuka tempahan kepada pelanggan yang berminat. Memandangkan ketiga-tiga model itu diimport secara rasmi, UMW Toyota menawarkan 5 tahun waranti penuh dan menariknya tanpa had batuan. Pemilik boleh memandu MPV tersebut tanpa bimbang kerana UMW Toyota memberi jaminan terhadap sokongan khidmat selepas jualan termasuk alat ganti di kesemua pusat servis Toyota di seluruh Malaysia.

Toyota Sienta merupakan MPV kompak serba baharu yang diposisikan di antara Avanza dan Innova. Terdapat dua varian yang ditawarkan dengan harga yang bernilai untuk wang serta dilengkapi pelbagai ciri-ciri menarik bagi menarik perhatian golongan muda dan trendy. Toyota Alphard turut dipasarkan dengan dua varian iaitu 3.5 Executive Lounge dan Alphard 3.5 manakala Vellfire ditawarkan tunggal melalui versi 2.5

Berikut merupakan senarai harga di atas jalan ketiga-tiga model MPV Toyota tersebut.

Silakan kongsi:

Go Auto Melancarkan HAVAL H2 – SUV 1.5l Turbo Berharga Dari RM 89,950

image

Pasaran SUV tempatan semakin meriah apabila Go Auto, pengedar tunggal jenama Haval melancarkan SUV H2. Susulan sambutan menggalakkan model M4 (1.5L) yang dilancarkan pada tahun lepas, ini merupakan masa yang sesuai untuk memperkenalkan SUV yang lebih premium dan berkuasa bagi meraih pasaran yang lebih besar di dalam segmen itu.

image

Sementara M4 disasarkan kepada golongan profesional muda, H2 pula disasarkan untuk pelanggan yang lebih berusia iaitu mereka yang berumur 30an dan ke atas.

Untuk rekod, M4 telah mendapat sambutan dengan tempahan melebihi 1600 unit tahun lepas. Angka itu dikira positif memandangkan Go Auto adalah syarikat baharu di pasaran.

image

Pengenalan Haval H2 pula untuk membesarkan lagi pasaran jenama itu dan Go Auto optimis kedua-dua model dapat mencapai lebih dari 6,000 tempahan untuk tahun ini.

H2 ditawarkan pada harga bermula dari RM89,950 untuk model 1.5T 2WD. SUV itu didatangkan dengan pelbagai ciri menarik seperti transmisi enam kelajuan automatik, bumbung suria, kerusi pemandu enam larasan elektrik, kerusi kulit, paparan digital 3.5 inci, stereng pelbagai fungsi, unit infotainmen dengan skrin sesentuh dan penyaman udara automatik dua zon.

image

Menjana kuasanya ialah unit enjin 1.5L Turbo berkuasa 147hp pada 5600 rpm dan 210Nm tork di antara 2200 rpm hingga 4500 rpm. Dari segi keselamatan pula, H2 dilengkapi enam beg udara, ESP, ABS, Electronic Parking Brake dan menariknya sistem pengesan titik buta pada bahagian kiri depan kenderaan. SUV itu turut dilengkapi DRL, TPMS dan cermin pandu belakang anti silau.

Silakan kongsi: