Terowong Genting Sempah Hala Timur Ditutup Dari 13 Jun hingga 17 Jun 2016

LPT.2016.01ANIH Berhad ingin memaklumkan bahawa Terowong Genting Sempah hala Timur akan ditutup kepada lalu lintas bermula jam 8 pagi, 13 Jun hingga 12 tengah malam, 17 Jun 2016. Penutupan ini adalah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan sistem dan pembaikan jalan di dalam terowong.

Susulan itu, ANIH Berhad mengambil langkah alternatif dengan mengaktifkan satu laluan kontra di Terowong Genting Sempah hala Barat bagi memudahkan pengguna lebuh raya hala timur menuju ke Kuantan. Kerja-kerja penyelenggaraan ini merupakan penyelenggaraan secara berkala dan telah mendapat kelulusan dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Pihak ANIH Berhad terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama dari semua pengguna lebuh raya.

Pengguna LPT disarankan mengikuti laman sosial rasmi iaitu Facebook Lebuhraya Pantai Timur dan laman Twitter @LPTTrafik atau menghubungi talian LPT-Line di 09-5947 111 bagi mengetahui sebarang perkembangan terkini di LPT.

Segala kesulitan amat dikesali.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.