Honda Civic Baharu (Gen-10) Kini Sudah Berada Di Malaysia Sempena My Auto Fest 2016

Honda Civic.2016.01

Honda Civic Baharu (Gen-10) kini sudah berada di Malaysia. Buat peminar tegar dan mereka yang ingin melihat model lagenda itu secara dekat, kini anda boleh menyaksikan model itu di My Auto Fest 2016 yang berlangsung sehingga 22 Mei 2016 (Ahad) di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC).

Previu model itu telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Datuk Ab. Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan dengan Encik Katsuto Hayashi, Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia. Terdapat dua varian enjin yang bakal dipasarkan di Malaysia iaitu 1.8L i-VTEC dan 1.5 VTEC Turbo di mana ianya sudah boleh ditempah mulai sekarang.

Selain dari melihat pra tonton Civic baharu, turut dipamerkan ialah beberapa model Honda lain seperti Jazz, City, HR-V dan CR-V dengan diskaun sehingga RM9,900.

Silakan kongsi:

Nissan Navara Kini Boleh Dilengkapi Aksesori Ironman 4X4 Sejurus Keluar Bilik Pameran Nissan

Nissan Navara Ironman.2016.04

Rustcare Sdn Bhd, anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) baru-baru ini telah dilantik sebagai pengedar eksklusif aksesori Ironman 4×4. Aksesori tersebut membolehkan pemilik meningkatkan aspek keselamatan, prestasi dan gaya kenderaan 4×4 mereka, terutama Nissan NP300 Navara serba baharu.

Pada Karnival Nissan 4WD baru-baru ini, Rustcare Sdn Bhd memperkenalkan aksesori 4×4 di Malaysia. Ia dijual oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) dan Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS).

Selama lebih 27 tahun, Ironman 4×4 telah menghasilkan aksesori 4×4 yang berkualiti dan boleh dipercayai untuk pasaran antarabangsa menerusi Jacob Spring Works, pengeluar alat ganti suspensi yang berpangkalan di Melbourne. Pada tahun 1988, JSW melancarkan jenama Ironman 4×4 yang merangkumi alat ganti seperti pegas gegelung dan suspensi sebagai maklum balas kepada populariti kenderaan 4×4.

Kini, Ironman 4×4 ialah jenama aksesori 4×4 yang utama di Australia. Ia membekalkan alat ganti kepada pengguna rekreasi, kenderaan untuk perlombongan dan industri pertahanan di lebih 160 buah negara di seluruh dunia.

Terdapat tiga pakej aksesori Ironman 4X4 yang ditawarkan – Challenger, Challenger Plus dan Adventure pada harga bermula RM11,000 hingga RM22,000.

Nissan Navara Ironman.2016.03

“Pakej-pakej ini sangat menarik kerana ia dapat memenuhi semua gaya pemanduan. Dari pemanduan harian hinggalah meneroka destinasi off-road. Mendapatkan kualiti pemanduan merupakan matlamat utama reka bentuk Ironman. Aksesori ini sememangnya membuatkan prestasi dan pemanduan Navara terasa lebih baik,” kata Pengarah Rustcare Sdn Bhd., Nicholas Ling.

Menjadi syarikat automotif pertama untuk memasarkan aksesori 4×4 tegar, aksesori Ironman 4×4 dilihat mampu mendefinisikan semula dan meningkatkan penampilan Nissan NP300 Navara. Pelanggan boleh memilih pakej dengan Kit Suspensi, Bull Bar, pemijak kaki sisi (Side Steps dan rail) atau bar perlindungan menunda bahagian belakang (Rear Protection Tow Bar).

Ironman 4×4 menawarkan rangkaian kit suspensi yang bersepadu – pegas gegelung dan penyerap hentak – untuk meningkatkan keselesaan dan prestasi pemanduan Nissan Navara.

Sebagai tambahan, bull bar pula berfungsi meningkatkan perlindungan bahagian hadapan. Pemijak sisi dan rail besi Ironman 4×4 pula bukan setakat memberi perlindungan, malah memudahkan urusan keluar masuk daripada kenderaan.

Nissan Navara Ironman.2016.05

Ironman 4×4 Rear Protection Tow Bar direka untuk perlindungan dan gayaan terbaik pada bahagian belakang Nissan NP300 Navara. Pada masa yang sama, ia menjadikan poin jack yang lebih mudah, penyangkut menunda bersepadu dan memaksimumkan ruang kelegaan.

ETCM akan memberi tawaran permulaan dengan diskaun sebanyak 15% untuk tempoh terhad. Selain daripada promosi tersebut, aksesori ini boleh dimasukkan ke dalam pinjaman pembelian NP300 Navara.

Pelanggan yang membeli aksesori Ironman 4×4 layak untuk menerima jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km, mana-mana tiba dahulu.

RINGKASAN PAKEJ IRONMAN NISSAN NAVARA

BARANGAN

Pakej 1 Adventurer

Pakej 2 Challenger PLUS

(dengan alat pengesan mengundur)

Pakej 3 Challenger

(dengan alat pengesan mengundur)

IRONMAN COMMERCIAL DELUXE BULLBAR

Ya

Ya

Ya

IRONMAN REAR PROTECTION BAR

Ya

STEEL SIDE STEP WITH RAILS

Ya

Ya

FOAM CELL STRUTS FRONT

Ya

Ya

Ya

FOAM CELL SHOCK ABSORBER REAR

Ya

Ya

Ya

COIL SPRING NISSAN FRONT (PAIR)

Ya

Ya

Ya

COIL SPRING NISSAN NP300 REAR (PAIR)

Ya

Ya

Ya

HARGA (termasuk GST)

RM22,000

RM15,500

RM11,000

Mengenai Rustcare Sdn Bhd

Rustcare Sdn Bhd, anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH) ialah pengedar eksklusif aksesori Ironman 4×4 di Malaysia. Ia merupakan syarikat automotif pertama yang memasarkan aksesori 4×4 tegar ini. Aksesori Ironman 4×4 diedarkan oleh Rustcare Sdn Bhd; dijual oleh Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) & Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn Bhd (TCEAS). Ironman 4×4 ialah peneraju jenama 4×4, ia membekalkan aksesori 4×4 untuk pengguna rekreasi, kenderaan pengangkutan, perlombongan serta industri pertahanan di lebih 160 buah negara.

 

Silakan kongsi:

VW Vento Baharu Dilancarkan! Dari RM79,888 – RM93,888

image

Volkswagen Malaysia telah memperkenalkan Volkswagen Vento baharu, sedan yang serba lengkap bagi menggantikan Polo Sedan.

Vento bermaksud “angin” dalam bahasa Itali dan Portugis di mana ianya merupakan bukti sebenar nilai dan kejuruteraan Jerman yang bertaraf dunia. Vento dihasilkan untuk pemandu yang mahukan prestasi terbaik tanpa perlu mengorbankan aspek keselamatan.

Vento yang dipasang tempatan ditawarkan dalam tiga varian; Trendline, Comfortline dan Highline.

image

Vento Highline dikuasakan oleh enjin TSI bersama pengecas turbo dan pancitan bahan api yang memenangi anugerah. Bersesaran 1.2 liter, ia mampu menjana kuasa 105PS. Dipadankan dengan kotak gear DSG 7 kelajuan bersama tork maksimum 175Nm, Vento ialah sedan yang memiliki tork paling tinggi dalam kelasnya.

Walaupun berupaya menawarkan kualiti pemanduan dan prestasi, penggunaan bahan api hanya 5.5l bagi setiap 100km.

Vento Highline turut diberi penarafan 5 bintang oleh ASEAN NCAP kerana ciri keselamatan yang dimilikinya, termasuklah Electronic Stability Control.

Varian Comfortline dan Trendline 1.6L hadir bersama transmisi automatik enam kelajuan bersama fungsi Tiptronic dengan kuasa 105PS, tork maksimum 153NM dan penggunaan bahan api sekitar 6.5l bagi setiap 100km.

image

Dari segi penampilan, Vento menyerlahkan DNA rekaan Volkswagen yang menggabungkan aspek bentuk dan fungsi dengan sempurna.  Gril krom dan garis sisi bergaya, digabungkan dengan postur yang mantap nyata memberikan Vento gayaan luaran yang kontemporari dan elegan.  

Menurut Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller, Vento ialah sedan yang memiliki segalanya – prestasi, keselamatan, reka bentuk dan inovasi. “Kami berbesar hati untuk memperkenalkan Volkswagen Vento ke pasaran tempatan. Sebagai model Volkwagen terkini yang dipasang tempatan oleh rakan kami DRB-HICOM, Vento akan memainkan peranan penting dalam strategi kami untuk menjadikan kenderaan Volkswagen lebih mudah diakses dan mampu milik buat rakyat Malaysia. Dengan pengenalan beberapa varian, kami percaya ada kereta yang sesuai untuk keperluan setiap orang.”

image

Selari dengan komitmen Volkswagen untuk membina kereta yang lebih kukuh dan selamat, Vento baharu dibina menggunakan kimpalan laser yang merupakan ciri standard pada semua kenderaan Volkswagen. Inilah bukti kecanggihan kejuruteraan automotif Jerman.

“Vento ialah sedan paling laris di negara-negara lain seperti India, Rusia dan Amerika Latin. Kami yakin dapat mengulangi kejayaan tersebut di pasaran Malaysia” tambah En Keller. 

Vento baharu ditawarkan pada harga RM79,888* untuk Trendline, RM86,888* untuk  Comfortline dan  RM93,888* bagi Highline. Lima warna menarik disediakan – putih (Candy White), merah (Flash Red), perak (Reflex Silver), kelabu (Carbon Steel Grey) dan hitam (Deep Black).

Silakan kongsi:

Kenderaan Perodua atau Nissan Anda Terperangkap Di dalam Banjir? Kedua-dua Syarikat Ini Menawarkan Bantuan Khas Untuk Anda

Perodua 3S 2015.01

Kebelakangan ini, beberapa kawasan di Lembah Klang telah dilanda banjir kilat. Ratusan kenderaan terperangkap dan semestinya mengakibatkan kerugian kepada pemilik kenderaan. Susulan dari itu, Perodua dan Nissan telah mengambil beberapa insentif untuk membantu pemilik kenderaan yang terjejas. Butiran adalah seperti berikut.

Perodua

  • Tuntutan tundaan ke Pusat Servis Perodua terdekat dengan nilai maksimum RM100
  • Pemeriksaan kerosakan percuma
  • Diskaun 20% untuk alat ganti seperti peralatan elektronik, karpet, kerusi, kemasan pintu dan gasket overhaul enjin
  • Maklumat dan aduan boleh dibuat ke talian 1-800-88-6600

Nissan 3S Taiping 2015.01

Nissan

  • Tundaan ke Pusat Servis Nissan dengan nilai maksimum RM150
  • Diskaun 25% untuk alat ganti tulen untuk peralatan yang terjejas
  • Diskaun 25% untuk upah buruh bagi pembaikan yang diperlukan
  • Pembaikan semula lapisan kemasan bernilai RM1,590 (termasuk CBP)
  • Program ini berlangsung dari sekarang sehingga 30 Jun 2016
  • Maklumat boleh diperolehi di talian 1-800-88-3838

Diharapkan bantuan di atas dapat meringankan beban yang ditanggung pengguna yang terjejas.

 

Silakan kongsi:

Anda Peminat Warna Merah? Kini Honda HR-V Ditawarkan Dengan Warna Kegemaran Anda

image

Selepas penawaran Honda Jazz dan City berwarna merah kini Honda Malaysia melancarkan warna Ruby Red Pearl untuk model HR-V.

Malah tawaran Honda tidak terhenti di situ tetapi turut didatangkan dengan naik taraf lain yang menambah lagi seri SUV kompak tersebut. Di antara perubahannya ialah roda aloi bersaiz 17 inci dengan rekabentuk baharu untuk kesemua varian HR-V dan aksesori opsyen ‘rear shelf’ yang berharga RM550.

Sejak dilancarkan pada Februari 2015, sebanyak 28,500 unit HR-V telah terjual sehingga April 2016 dan terus kekal menerajui segmen SUV kompak.

image

HR-V dikuasakan oleh enjin 1.8 SOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT Earth Dreams dan dianugerahkan status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh kerajaan.

Selain dari status itu, kesemua varian HR-V mencatat skor 5 bintang di dalam ujian pelanggaran ASEAN NCAP.

Honda Malaysia mensasarkan untuk menjual sebanyak 1,500 unit HR-V setiap bulan dan optimis bahawa warna Dark Red Ruby Pearl akan menerima sambutan positif dari pelanggan.

Warna sedia ada HR-V ialah Tafetta White, Modern Steel Metallic dan Ruse Black Metallic.

image

Honda Malaysia turut memaklumkan walaupun permintaan HR-V tinggi namun mereka berjaya mengekalkan tempoh menunggu di antara 1-2 bulan.

Produksi Honda Malaysia juga bakal meriah pada bulan depan apabila mereka melancarkan Honda Civic baharu yang dikatakan model terbaik di dalam sejarahnya.

Silakan kongsi:

VIDEO: Proton Persona Baharu Dirakam di AKLEH

https://m.youtube.com/watch?v=ErB0HALPoU0&feature=player_embedded

Proton Persona tanpa sebarang penyamaran di rakam di lebuh raya AKLEH.

Kelmarin riuh di internet mengenai beberapa set foto Proton Persona yang dirakamkan di Kuala Lumpur.

Video ini baru dimuatnaik sebentar tadi oleh blog automotif unggul, funtasticko.net

Walaupun visual kurang jelas namun ianya memberi gambaran sisi model yang katanya bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Silakan kongsi:

Perodua Myvi 1.5 SE dan Myvi Advance Kini Pada Harga Lebih Rendah!

Perodua Myvi Mei.201603

Kereta paling laris dan kegemaran rakyat Malaysia, Perodua Myvi kini ditawarkan pada harga lebih rendah. Perodua Myvi 1.5 SE dan Myvi Advance kini masing-masing RM3,650 dan RM3800 lebih rendah. Penurunan harga tersebut merupakan sebahagian daripada kempen Love the Nation dan ditawarkan sehingga 7 Julai 2016 sahaja.

Menyegarkan semula produk, Myvi Advance kini mempunyai dwi tona warna iaitu Metallic Ebony Black di bahagian atas manakala Electric Blue pada bahagian sisi kereta. Menurut Perodua, warna tersebut disasarkan untuk golongan dan berjiwa muda dan dipasarkan pada harga RM55,118.00

Selain dari penambahan itu, Perodua juga bakal mengurangkan varian dengan menghentikan produksi Myvi 1.3L Premium X (AT) dan Premium XS (AT).

Perodua Myvi Mei.201604

Perodua turut memperbaharui khidmat pelanggan mereka dengan memperkenalkan beberapa alat ganti tulen pada harga mampu milik yang dikenali sebagai ProGanti. Buat permulaan terdapat enam produk di bawah ProGanti di mana 30 lagi produk bakal dipasarkan pada hujung tahun ini. Kesemua produk ProGanti didatangkan dengan waranti selama 6 bulan dan ianya diperkenalkan untuk menggalakkan pelanggan Perodua supaya memilih produk yang berkualiti, tahan dan pada harga mampu milik.

Di bawah ialah senarai harga terkini dan galeria Perodua Myvi.

Price list Myvi May 2016

 

Silakan kongsi:

Honda Civic Baharu (Gen-10) Kini Dibuka Untuk Tempahan – 1.5 VTEC Turbo!

Honda Civic AS 2015.01

Setelah dilancarkan di berapa pasaran dunia termasuk di negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia, Honda Civic baharu (Gen-10) akhirnya ditawarkan di Malaysia. Honda Malaysia telah membuka tempahan untuk model serba baharu yang akan dilancarkan pada sukuan kedua tahun ini. Model itu dikatakan bakal menjadi pengubah permainan dengan pelbagai ciri baharu untuk segmen C dan kelas di atasnya. Honda sendiri percaya bahawa Civic generasi kesepuluh adalah model terbaik pernah dibina sejak pelancaran kereta lagenda itu pada tahun 1972. Untuk rekod, sejak 2001, Honda Malaysia telah berjaya menjual sebanyak 81,013 unit sehingga Mac lepas.

Honda Civic AS 2015.05

Di antara keunikan Honda Civic baharu ialah rekabentuk yang baharu sama sekali. Permukaannya lebih atletik dengan bonet depan yang lebih panjang menampakkan bentuk ala fastback. Pertama kali di Malaysia, Honda Civic didatangkan dengan lampu utama LED penuh yang digabungkan dengan DRL LED untuk suluhan yang lebih jelas. Selain daripada itu, Civic baharu juga lebih rendah dan lebar berbanding model lama. Tiang A juga direka semula dengan bentuk yang lebih nipis bagi membolehkan visual pemandu lebih jelas dan tidak terhalang terutama sekali sewaktu melalui selekoh.

Honda Civic AS 2015.02

Selain daripada rekabentuk yang revolusi, perubahan yang signifikan ialah pengenalan enjin 1.5L VTEC Pengecas Turbo dari barisan teknologi Earth Dreams Honda. Enjin VTEC Turbo itu berkuasa 173PS dengan tork 220Nm yang bersamaan prestasi kuasa enjin 2.4L. Enjin tersebut juga didatangkan dengan teknologi sistem pancitan kuasa terus. Dipadankan dengan enjin baharu ialah trasmisi CVT untuk pemanduan yang menyeronokkan tanpa penggunaan minyak yang besar. Selain 1.5 VTEC Turbo, Honda turut menawarkan enjin 1.8L i-VTEC berkuasa 141PS dengan tork 174Nm yang turut juga dipadankan dengan transmisi CVT. Versi 1.5L Turbo didatangkan dengan roda aloi 17 inci manakala model 1.8L bersaiz 16 inci.

Teknologi lain pada Civic baharu adalah seperti berikut:

  • Remote Engine Start – Ciri ini membolehkan pemandu menghidupkan enjin di dalam radius 40 meter dari jarak kereta hanya dengan sentuhan butang pada kunci. Ciri ini membolehkan penyaman udara dihidupkan terlebih dahulu sebelum memasuki kereta. Kereta dibawa lari? Usah risau kerana walaupun kereta dihidupkan, kereta berkunci.
  • Walk Away Auto Lock – Civic akan terkunci sendiri apabila lokasi pemandu melepasi radius 2.5 meter.
  • Electric Parking Brake – Tiada lagi brek tangan konvensional yang perlu ditarik atau diletakkan. Teknologi itu digantikan dengan butang elektronik di sebelah tuil gear.
  • Kerusi Boleh Laras Elektrik 8 Arah
  • Brake Hold
  • 6 Beg Udara, VSA, HSA, Emergency Stop Signal (ESS) dan ISOFIX

Kepada yang berminat untuk melihat secara fizikal, Honda Civic baharu ini bakal dipamerkan di pameran My Auto Fest 2016 yang berlangsung dari 20 hingga 22 Mei di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC).

Silakan kongsi: