Honda Super Cub C125 Kini Di Pasaran, RM 14K! BSH Turut Lancar CBR1000RR Fireblade SP dan CB1100 RS

Memulakan tahun 2019, Boon Siew Honda telah memperkenalkan tiga model baharu iaitu Super Cub C125, CBR1000RR Fireblade SP dan CB1100 RS.

Model-model ini dijangka akan sekali lagi mengujakan pengguna dan seterusnya menerajui industri motosikal di Malaysia pada tahun 2019.

Continue reading

Silakan kongsi:

Honda Malaysia Lancar HR-V Sport Hybrid i-DCD dan HR-V RS

Honda Malaysia telah melancarkan varian baharu HR-V Sport Hybrid i-DCD. Pelancaran ini menjadikan Malaysia salah satu daripada hanya dua negara di dunia selain Jepun yang menawarkan sistem hibrid pintar Dual-Clutch Drive (i-DCD).

Sebelum ini, Honda Malaysia menawarkan model eksklusif Jazz Hybrid dan City Hybrid dengan teknologi i-DCD.

Continue reading

Silakan kongsi:

Perodua Catat Jualan 227K Unit Pada 2018, Mahu Capai 231K Unit Pada 2019

Perodua Myvi 2017

Perodua, yang mencatatkan jualan tertinggi dalam sejarahnya, iaitu sebanyak 227,243 unit pada tahun 2018, mensasarkan peningkatan sebanyak 1.7% kepada 231,000 unit menjelang akhir tahun 2019, disokong oleh Myvi dan pengenalan Aruz baru-baru ini.

Myvi merupakan model terlaris Perodua pada tahun 2018, dengan 82,122 unit didaftarkan daripada 117,844 tempahan. Dari pelancarannya pada November 2017 sehingga kini, lebih 91,500 Myvi telah didaftarkan daripada 147,000 tempahan.

Continue reading

Silakan kongsi:

Proton Panggil Semula Perdana Untuk Gantian Peledak Beg Udara Takata

Berikutan pengumuman panggilan semula yang dikeluarkan oleh Honda Motor Company mengenai inflator beg udara penumpang pada model Honda Accord, PROTON ingin mengumumkan mengenai servis baik pulih yang akan dilakukan untuk menggantikan peledak (inflator) beg udara penumpang untuk semua model Proton Perdana terkini.

Ini merupakan satu langkah berjaga-jaga kerana model ini merupakan model asal Honda Accord dan melibatkan kereta-kereta yang dikeluarkan dari tahun 2012 sehingga akhir Ogos 2018. Notis mengenai isu ini akan dihantar kepada semua pemilik.

Continue reading

Silakan kongsi:

10 Pencapaian PROTON Sepanjang Tahun 2018

PROTON menyingkap kembali tahun 2018 yang penuh dengan pelbagai aktiviti dan berkongsi mengenai sepuluh cerita utama bagi sorotan tahun yang sibuk buat pengeluar kereta nasional itu.

Cerita-cerita ini dipilih sendiri oleh pekerja-pekerja Syarikat, menunjukkan detik-detik ketika PROTON mempengaruhi kehidupan para pelanggannya dalam pelbagai cara.

Continue reading

Silakan kongsi:

Galeri Gambar Perodua Aruz X dan Aruz AV

Perodua Aruz ditawarkan dalam dua varian, iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance, yang masing-masing berharga RM72,900 and RM77,900 (atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia).

Ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada semua varian Perodua Aruz termasuk Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), ISOFIX dan enam beg udara.

Varian Advance dilengkapi dengan sistem Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 yang telah dinaiktaraf dengan penambahan pengesanan pejalan kaki dan peningkatan kelajuan operasi.

Continue reading

Silakan kongsi:

SUV Perodua Aruz Kini Di Pasaran, RM72.9K dan RM77.9K

Perodua secara rasminya telah melancarkan Kenderaan Sport Utiliti (SUV) terbaharu, Aruz, yang telah menerima 2,200 tempahan sejak ianya dibuka untuk tempahan bermula 3hb Januari lalu.

SUV tujuh-tempat duduk ini dilancarkan petang tadi oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Yang Berhormat Datuk Darell Leiking dengan disaksikan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin serta Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr Makio Miyagawa.

Continue reading

Silakan kongsi:

Perodua Aruz Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran Daripada RM72,200

Perodua Aruz, Kenderaan Sport Utiliti (SUV) tiga-barisan tujuh-tempat duduk kini dibuka untuk tempahan dengan anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200 (harga atas jalan sebelum insurans di Semenanjung Malaysia).

Perodua Aruz ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance dengan lima warna pilihan iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.

Continue reading

Silakan kongsi:
Statcounter