MRC 4: DEKAT SEPANG JE NI!

MRC400

Nak menganjurkan perlumbaan untuk 1 musim bukan senang, perlu duit ratusan ribu ringgit untuk promosi, logistik, hadiah dan lain-lain. Lebih tak sedap lagi bila kurang penaja.  Untuk peminat sukan rali tempatan dan permotoran amnya Kejuaraan Rali Malaysia pusingan ke 4 ini dianjurkan di belakang rumah sahaja. Lokasinya punyalah dekat kalau pergi Sogo hari Ahad pun lagi lama dari nak sampai ke Sepang, tempat berlangsungnya perlumbaan rali ini.

Biasanya orang akan komplen rali dibuat di hujung dunia, di Perlislah, Johorlah, dalam hutanlah dan macam-macam lagi alasan. Saya yakin itu bukan lagi alasan untuk pusingan 4 ini tambahan pula rali ni percuma, tak ada tiket tak ada apa, datang bawa badan saja, nak jual air mineral pun boleh.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

DASAR AUTOMOTIF NASIONAL 2009

Dasar Automotif Nasional (NAP) telah diumumkan semalam dan pastinya ramai dari kita sudahpun mengetahuinya samada dari akhbar atau blog. Terutama sekali dari blog yang penuh dengan komen merapu dan sampah. Untuk membuat kesimpulan sememangnya mudah namun selepas membaca sendiri kenyataan rasmi dari MITI ternyata ianya tidak semudah yang saya fikir. Bahkan saya yakin, ruangan akhbar pun tidak muat untuk memaparkan intipati semakan semula NAP tersebut.

Saya cuba ringkaskan kenyataan MITI untuk rujukan dan pemahaman kita.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Baii: Subaru Plug-in Stella [Belut Elektrik!]

Subaru Plug in Stella 00

Samada lu orang nak percaya atau tak, kereta bersih dan mesra alam alam sekitar yang tak menggunakan bahan bakar fosil akan mengambil alih posisi kereta-kereta pencemaran hari ni. Ada pakar kata 10 tahun lagi, tapi gua rasa paling koman 20-30 tahun lagi barulah kereta-kereta ni boleh dimajukan secara komersial-pada harga yang ekonomikal. Sekarang pun ada, cuma bukan tahap kita lagi nak beli kereta-kereta macam ni yang mana teknologi dan kejuruteraannya sangat mahal.

Bila sebut kereta eletrik, mesti ramai yang merujuk pada i Miev, kereta Mitsubishi tu. Kereta ni dibuat berdasarkan chasis Mitsubishi i enjin belakang. Kereta ni gua dah test dua tahun lepas masa ura-ura MMM (Mitsubishi Motors Malaysia) nak jual di sini, akhirnya tak jadi, sebab apa? Malas nak cerita, nanti sakit hati.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Keputusan: SuperTaikyu, SUPERGT, WRC [07/09]

Kep070900

Agak lama juga saya tidak menulis mengenai keputusan perlumbaan serata dunia, sememangnya banyak berita menarik dan saya pasti ramai dari anda sudahpun mengetahuinya antaranya Jenson Button yang kini menjadi juara dunia F1.

Jika anda peminat Button dan masih berbangga dengan kemenangannya, simpan dahulu perasaan tersebut kerana ada lagi berita yang lebih menggembirakan untuk rakyat Malaysia. Baru-baru ini pasukan yang ditaja firma negara berjaya menduduki podium di Jepun. Masing-masing berjaya di dalam perlumbaan lasak Super Taikyu pusingan 7 dan SUPERGT pusingan 8 di Autopolis.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

BAJET 2010: Apa Faedahnya Pada Industri Otomotif?

Bajet2010

Seperti yang kita sedia maklum, Jumaat lepas Dato’ Seri Mohd Najib telah mengumumkan beberapa polisi yang melibatkan industri automotif negara. Antaranya ialah mekanisma baru pengagihan subsidi minyak. Buat masa ini, kesemua golongan pendapatan sama ada tinggi atau rendah menikmati subsidi yang sama.

Polisi kedua ialah penstrukturan semula premium insurans. Saya harap penstrukturan semula ini mengambila kira tahap keselamatan yang dipasang pada kereta. Contohnya kereta yang dipasangkan sistem penggera canggih tidak perlulah dikenakan premium tinggi sepertimana yang dipraktikkan di negara maju di mana rebat premium akan diberikan kepada pengguna sistem penggera yang telah diperakui berkesan. Bukan jenis penggera standard apabila keluar sahaja bilik pameran, penyamun sudahpun ada kod untuk memecah masuk kereta dan kemudian dibawa lari ke negara jiran atau timur tengah.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Selingan Mata [5]

Selinganmata005

Kereto gapo dio ni?

-Matpon-

Silakan kongsi:

Video: Honda Stream RST!

httpv://www.youtube.com/watch?v=GeqybAuLolw

Honda Stream RST ini bakal dilancarkan sedikit hari lagi di negara kita. Mungkin esok, mungkin lusa atau bila-bila sahaja. Tiada perubahan ketara sangat cuma model ini nampak lebih resing.

Saja je saya letak video dalam bahasa Jepun, saya pun tak faham sepatah haram. Kalau ada yang reti cakap Jepun mintala kongsi sama-sama.

Untuk gambar, klik: Honda Stream tapi nampak resing! dan sini!

Gambar pun cakap Jepun juga.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Produk: Suspensi RCS! Terbaik Jo!

RCS2001

P.Nandakumar, bekas Jurutera Lotus dan pemandu rali baru-baru ini telah melancarkan produk automotifnya sendiri. Radical Chassis Solutions atau RCS adalah suspensi boleh laras yang ditala khas untuk kegunaan harian seperti di jalanraya dan situasi mencabar seperti perlumbaan rali dan trek. Pendek kata, dengan pengalaman luas beliau sebagai Jurutera dan pemandu rali, membuat suspensi mengikut citarasa tempatan pastinya tiada masalah.

Untuk membuktikan suspensi buatannya berkesan dan bukan cakap kosong beliau telah menjemput jagoan rali tempatan seperti Karamjit Singh, Rozali Abdullah, pihak media dan orang ramai untuk merasai sendiri ‘kesedapan’ suspensi RCS di Tanamera, Sungai Buloh.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: