MRC 4: DEKAT SEPANG JE NI!

MRC400

Nak menganjurkan perlumbaan untuk 1 musim bukan senang, perlu duit ratusan ribu ringgit untuk promosi, logistik, hadiah dan lain-lain. Lebih tak sedap lagi bila kurang penaja.  Untuk peminat sukan rali tempatan dan permotoran amnya Kejuaraan Rali Malaysia pusingan ke 4 ini dianjurkan di belakang rumah sahaja. Lokasinya punyalah dekat kalau pergi Sogo hari Ahad pun lagi lama dari nak sampai ke Sepang, tempat berlangsungnya perlumbaan rali ini.

Biasanya orang akan komplen rali dibuat di hujung dunia, di Perlislah, Johorlah, dalam hutanlah dan macam-macam lagi alasan. Saya yakin itu bukan lagi alasan untuk pusingan 4 ini tambahan pula rali ni percuma, tak ada tiket tak ada apa, datang bawa badan saja, nak jual air mineral pun boleh.

RD4 2009

Jadi tunggu apa lagi, anda boleh datang pada hari Sabtu atau Ahad, masa inilah nak tengok Evo, Impreza, Neo Mivec, Waja 4WD, Gen.2 4WD dan pelbagai jenis kereta lagi berlumba. Pelumba yang akan bersaing pula bukan calang-calang, ada Gunaseelan Rajoo dan Karamjit Singh dari GSR Pennzoil Racing Team, Saladin Mazlan dan Rozali Abdullah dari Felda Rally Team, Mohd Rafiq Udhaya dan Mike Ari dari MRU Motorsports dan ramai lagi otai-otai rali Malaya. Tak dilupakan juga pelapis rali tempatan seperti Faidzal Alang dari FA Racing, Azmeer Yusri dari Felda Racing Team dan Mohd Shazly dari GSR Pennzoil Racing Team.

Uniknya rali berbanding perlumbaan lain adalah kawasan pit atau servisnya yang terbuka, kalau F1 untuk dapatkan pas kelab paddock makan beribu la juga tapi rali ni tak ada benda macam itu, ikut suka andalah nak berjumpa dengan pemandu rali ke apa ke. Masa inilah nak salam-salam dengan Karamjit Singh atau Saladin Mazlan, nak salam dengan saya pun boleh juga tapi lagi afdal kalau salam tu hulurlah duit hijau ke merah ke [heheh].

Untuk kemudahan anda, jadual perlumbaan adalah seperti berikut:

ITINERARY
Saturday, 31 October 2009

SS Location First Car Start
SS 1 Concord Main 10:43 am
SS 2 Shooting Range 11:11 am
SS 3 Roadside 11:28 am
SS 4 Runway 11:51 am
SS 5 Concord Main 13:25 pm
SS 6 Shooting Range 13:53 pm
SS 7 Roadside 14:19 pm
SS 8 Runway 14:42 pm
SS 9 Concord Main 16:25 pm
SS 10 Shooting Range 16:53 pm
SS 11 Roadside 17:10 pm
SS 12 Runway 17:13 pm
ITINERARY
Sunday, 1 November 2009
SS Location First Car Start
SS 13 Concord Tambahan 09:13 am
SS 14 Shooting Range 09:43 am
SS 15 Grass-Cutter 10:01 am
SS 16 Runway 10:23 am
SS 17 Concord Tambahan 12:06 pm
SS 18 Shooting Range 12:36 pm
SS 19 Grass-Cutter 12:54 pm
SS 20 Runway 13:16 pm

Jadi tunggu apa lagi geng, ajaklah kawan-kawan sama. Jangan lupa bawa payung, tikar, keropok, surat khabar, kamera dan macam-macam lagilah.

Untuk peta rali, klik: sini, dan untuk maklumat komprehensif klik saja: Malaysianrally.com

Jumpa di sana ok!

Majulah Rali Untuk Industri Automotif Negara!

-Mak Uia-

Muhammad

15 Comments

  1. lepas ni jgn la ada lg wira jungkit. dah macam bewak putus ekor aku tengok.hehehehehehe

  2. bonot
    October 29th, 2009 at 11:41 pm
    lepas ni jgn la ada lg wira jungkit. dah macam bewak putus ekor aku tengok.hehehehehehe

    wira jungkit = wirally
    huuu…

  3. dulu bapak aku selalu bawak aku tengok rally.seingat aku time 7.30 mlm dia lalu kat satu corner tak jauh dari rumah aku.time tu ramailah org2 kg tgu kat simpang tu tgu kete2 rally lalu.rasanya dlm tahun 87-88 time tu aku tadika lagi.lokasi rally tu dulu kat ladang dusun durian banting selangor.nostalgia abis.

  4. alamak..blkng umah den je nia..cmner den ble xtaw..xde pomosen pon kat area cni…

  5. gua kan pergi untuk bagi sokongan kepada jaguh ralli tempatan….
    awek sorak nak x???
    gua ade port baeekkk punya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *