Meraikan penyertaan LFA dalam perlumbaan 24 Jam Nurburgring pada Mei, Lexus telah melancarkan pakej prestasi baru untuk pelanggan yang mahukan kereta spesifikasi litar atau bahasa pasarnya, hardcore. Pakej Nurburgring mempunyai penambahan ciri-ciri aerodinamik dan perubahan teknikal yang menambahbaik pengendalian dan downforce tanpa kompromi terhadap kelajuan dan kepantasan yang merupakan tonggak karakter pemanduan LFA.
Apr 12
Video: Honda Civic Main Rali!
httpv://www.youtube.com/watch?v=QwDKkIpzaeA&feature=player_embedded
Dalam arena rali tempatan, memang jarang kita nampak atau memang tiada langsung Honda Civic berlumba. Dengan lantunan kuasa tinggi, enjin VTEC sesuai untuk mencatat masa baik dari satu selekoh ke satu selekoh.
Kepada VTEC mania di luar sana, jemput tonton Honda Civic EG yang dipandu oleh Damien McCarthy semasa West Cork Rally 2010, Mac lepas. Cakap-cakap selepas perlumbaan ialah beliau mendakwa EG nya hanya 6 saat perlahan dari kereta WRC.
Logik atau tidak kita tolak tepi sebab runut bunyi enjin VTEC ini memang terbaik, vokal jurupandu arah juga jelas dan sedap, skil pemanduan pun kemas.
Sumber: Youtube/eamohayes
-Mak Uia-
Apr 12
VW Touran
Touran adalah jawapan bagi peminat VW yang berkeluarga. Jika si bapa memandu Golf ke tempat kerja, seisi keluarga pula boleh dimuatkan dengan Touran. Baru-baru ini model baru Touran diperkenalkan di Leipzig Motor Show. Dengan rekabentuk yang segar dan enjin petrol dan diesel yang efisien ianya dijangka akan mengekal reputasi model yang sehingga kini telah terjual sebanyak 1.13 juta unit di seluruh Eropah.
Apr 10
Baii: Ducati Hypermotard 796
Bersempena dengan majalah Gear Tinggi yang akan keluar tak lama lagi bagi menyaingi Mempelam dan Pendekar Laut, tiba-tiba gua redah semua event. Biasa pergi event layan minuman lembut dengan kepak ayam saja. Tapi entah kenapa gua rasa terpanggil mengemaskinikan berita automotif semasa, rajin pula bawak kamera berteknologi rendah.
Dah lama gua tak melibatkan diri dalam kancah motosikal berkuasa tinggi ni. Setahun lebih gua pencen. Bayar deposit Hornet pun sampai seller 200 kali tanya jadi ke tidak. Makan roti telur pun pikir dua kali cemana nak main motor besor ye dok?
Apr 09
Baii: Gua Tengok je Proton Satria Neo R3 Lotus Racing
Seperti yang digembar gemburkan oleh Matpon (adik Mat Kacau tapi tak mengaku), gua test kereta ni semalam. Seperti yang diberitahu oleh pihak Media relation Proton yang sepanjang tahun tukar orang berapa kali pun gua tak tau, jadual gua test pukul 4.30- petang. Group 3. Awal-awal lagi gua dah SMS Rosyam Nor ajak datang test sekali. dia balas SMS “boleh blah”
Lupa pulak, test session ni dibuat dekat trek Proton di Shah Alam.
Apr 08
Baii Dah Cuba!
Apr 08
Baii: BMW X1
Gua ingat nak tulis macam chedet lagi senang, pakai nombor-nombor. Tak payah buang masa pikir susun ayat amacam?
Apr 07
SUPER TAIKYU MOTEGI 2010: PETRONAS Podium 1 – 2!
Momentum kemenangan PETRONAS Syntium Team [PST] semasa perlumbaan 24Hours of Dubai pada Januari diteruskan dengan kejayaan di pusingan pembukaan Super Taikyu Endurance Series [STE] musim 2010 pada 29 Mac lepas. Pusingan tersebut yang berlangsung di litar Twin Ring Motegi menyaksikan kemenangan 1 – 2 untuk PST.