Tanpa sukan permotoran akar umbi, mana-mana sukan permotoran adalah lesu. Jadi, amat penting untuk organisasi atau badan yang berkemampuan untuk menyokong aktiviti akar umbi. Hakikatnya semua pelumba hebat di dunia lahir dari program kecil-kecilan sebelum mereka melangkah jauh dan menjadi pelumba profesional. Dan ini adalah antara sebab lahirnya siri Rally X dan RallySprint, memberi peluang kepada mereka yang mula berjinak dengan perlumbaan atau pelumba yang mempunyai minat tinggi tetapi dengan bajet kecil.
Pusingan pembukaan WMK MAM-SIC Rally X Siri 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 April lalu. Seramai 35 pelumba bertanding dengan pelbagai jenis model kereta seperti Evolution, Impreza, MR2, Satria, Saga, Charade, Volvo 240 dan termasuklah sebuah Chery Tiggo!
Klik untuk bacaan seterusnya >>