Majalah KERETA 125!

Hari ni bos-bos semua sibuk jadi gua kena kerja, gua sedap je nak layan mata kena kerja pulak dah. Sekutu yang tak beli lagi KERETA bulan ni memang kutu yang tak true. Bulan ni ada kereta sekolah lama ok, dah semua orang nak balik ke zaman dulu gua pun into juga.

Ok lah, selamat sore.

ZzzzZZZzzzZZz.

-Matpon-

Silakan kongsi:

Video: Honda, Impossible Dream 2

httpv://www.youtube.com/watch?v=g7zuA2PGfE8&feature=related

Tiga tahun lepas Honda terbitkan video promo Impossible Dream, video yang menayangkan bidang dan teknologi Honda. Tahun ini Honda telah menyemak kembali video tersebut dengan membuang imej kereta F1 dan menambah kereta teknologi hijau.

Orang kita selalu sinonimkan mimpi dan angan-angan tu sebagai hal-hal Mat Jenin. Tetapi Jepun mengejar dan merealisasikan mimpi yang diinginkan mereka.

Sumber: Youtube/HondaVideo

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

CHERY Tiggo Pun Rali!

RallyX0110.058

Beritahu saya apa persepsi anda terhadap produk China? Macam-macam dan jarang kita dengar yang positif, tetapi suatu yang pasti ialah harganya memang berpatutan jika dibandingkan dengan saingannya. Kualiti sesuatu produk akan bertambah baik jika syarikat benar-benar ingin beroperasi untuk jangka masa panjang. Jika dulu orang mengutuk kereta buatan Jepun kerana gagal untuk mendaki bukit tetapi kini semuanya telah berubah dan mereka adalah salah satu dari peneraju teknologi automotif.

Produk China pun boleh tahan juga dan untuk menguji dan membuktikan ketahanan CHERY, Joshua Lee memandu unit pandu uji Tiggo 2.0 Automatik dalam pertandingan Rally X.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

SUPER GT FUJI 2010: Petronas Podium!

SUPER GT Fuji 2010.000

Perlumbaan Fuji GT 400kmĀ  merupakan pusingan ketiga siri Autobacs Super GT. Berlangsung kelmarin di litar Fuji Speedway dengan 88 pusingan, kemenangan kelas GT500 diraih oleh MJ KRAFT SC430 yang dipandu oleh Hiroaki Ishiura dan Kazuya Oshima.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Video: BMW M5 Ngendap!

httpv://www.youtube.com/watch?v=HUV3uc9T7vw

Gua suspek tajuk video ni tak berapa into sebab tukang rakam gambar ni bukan mengendap pun, memang terang-terang dia ambil video ni. BMW 5 series baru gua tengok macam kereta bos-bos gua tak tau macamana rupa M5, kereta bos-bos pun boleh buat resing.

Walaupun gua tak reti bab kereta tapi lu orang jangan tak tau gua selalu layan video kereta. M5 ke M6 ke semua gua kenal ok. Veyron apa tah lagi, gua denga dah ada kereta bole beat Veyron biar betul.

Ni semua dengki la ni. Selamat Hari kedua Buruh ok.

Video: Youtube/CarAdvide

-Matpon-

Silakan kongsi:

Fiat 500 Thousandth: Siap Ada Muka Orang ni!

Fiat 500 Thousandth

Gua tak tau lah asal gua cari entri je jumpa Fiat 500. Dulu gua ada buat sekali Fiat 500 warna merah jambu mat kacau, kali ni gua jumpa lagi. Gua suspek ada jodoh dengan kereta ni. Tapi jangan main-main kereta ni Fiat dah jual 500 ribu unit, gila banyak. Sebab Fiat punya suka kereta ni laku dia buat benda yang memang best.

Fiat bagi can dekat 1500 pelanggan, artis ke peminat ke hantar gambar dekat website lepas tu lu orang tau dia buat apa?

Yeah, gambar tu tampal dekat Fiat 500 Thousandth. Lepas tu kereta tu guna buat pameran antarabangsa.

Gila glemer mempelam pun tak buat macam ni.

Lupa pulak nak ucap, Selamat Hari Buruh, gua pun buruh.

Foto: Newspress/Fiat

-Matpon-

Silakan kongsi:

Seat Alhambra

Seat Alhambra.010

SEAT adalah unit dari kumpulan VW, jadi produknya adalah pakej semula VW. Sebagai contoh, MPV terbaru Alhambra yang banyak berkongsi dengan VW Sharan. Jadinya kalau tak nak beli VW atau rasa VW tu mahal boleh beli SEAT, kalau tak nak beli Golf boleh beli Ibiza cuma bezanya SEAT ni asalnya dari Sepanyol dan WV macam yang kita tahu dari Jerman. Sebab itulah juga datangnya nama Alhambra – daripada Sepanyol.

Klik untuk bacaan seterusnya>>

Silakan kongsi:

Baii: Honda Freed, Kompak Premium Bebas!

Honda Freed

Agak-agak lu orang, siapa yang merevolusikan MPV di Malaysia ni? Yang buat MPV jadi tiba-tiba glamour dan trend popular. Tak lain tak bukan, Toyota, iaitu Avanza untuk pasaran lokal dan Wish, untuk mereka yang tak kisah membayar lebih untuk kereta yang tak ada waranti pun. Tapi inilah Malaysia, negara yang hak penggunanya lemah dan kesedaran dalam dunia automotif yang sedih.

Macamana nak cerdik kalau tv tunjuk halimah jongang. Kartina katrina, drama-drama yang plotnya sama sahaja sejak 1500 tahun yang lepas? Dokumentari punyalah kurang, kadang-kadang tak ada langsung. Ia semuanya tentang persepsi. Sebab pengendali TV percaya yang kalau dibuat dokumentari, ratingnya rendah. Lepas tu suapkan dengan hiburan dan cerita-cerita yang gua rasa kalau tv tu harganya RM20, dah beratus tv gua bakar.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi: