SUPER GT FUJI 2010: Petronas Podium!

SUPER GT Fuji 2010.000

Perlumbaan Fuji GT 400km  merupakan pusingan ketiga siri Autobacs Super GT. Berlangsung kelmarin di litar Fuji Speedway dengan 88 pusingan, kemenangan kelas GT500 diraih oleh MJ KRAFT SC430 yang dipandu oleh Hiroaki Ishiura dan Kazuya Oshima.

SUPER GT Fuji 2010 (2)

Perlumbaan dimulakan pada pukul 2 petang dengan cuaca sederhana. Untuk makluman sekutu, pusingan Fuji adalah kedua terpanjang dengan jarak 400km dan setiap tim kena buat dua pertukaran pemandu. Kazuya sebagai pemandu pertama MJ KRAFT berjaya mengekang pemandu PETRONAS TOM’S SC430 dan pelumba lain dalam babak pertama perlumbaan. Rakan sepasukannya, Hiroaki Ishiura kemudiannya meneruskan penguasaan sehingga ke pertengahan perlumbaan dan kembali menyerahkan kereta kepada Kazuya dan beliau memandu dengan baik tanpa ada tentangan dan melepasi bendera penamat dengan tangan bersilang dan kaki bersila [yang ini saya tambah sendiri].

SUPER GT Fuji 2010

Memenangi tempat kedua ialah juara tahun lepas, tidak lain tidak bukan PETRONAS TOM’S SC430 dan di tempat ketiga ialah ENEOS SC430. Kalau sekutu perasan, dari tempat pertama hingga ketiga ialah tim dengan kereta Lexus SC430 jadi ‘that’s mean’ Toyota/Lexus menyapu bersih kemenangan di hadapan 53,100 penonton di trek kampung sendiri, Fuji Speedway.

SUPER GT Fuji 2010 (4)

Dalam kelas GT300, pemenangnya sekali lagi dari Toyota iaitu COROLLA Axio apr GT dengan pemandu Takuto Iguchi dan Yuji Kunimoto. Paling menarik ialah kedua pemandu tersebut muda belia dengan masing-masing berumur 22 tahun dan 19 tahun. Di tempat kedua pula ialah ARTA Garaiya dan ketiga triple a Vantage GT2

Keputusan Kelas GT500:

  1. MJ KRAFT SC430
  2. PETRONAS TOM’S SC430!
  3. ENEOS SC430
  4. ZENT CERUMO SC430
  5. KEIHIN HSV-010

Keputusan Kelas GT300:

  1. apr COROLLA Axio
  2. ARTA Garaiya
  3. triple a Vantage GT2
  4. WedSport IS350
  5. HASEMI SPORT TOMICA Z
  • 11. M7 Mutiara Motors

Teks & Foto: Supergt.net

-Mak Uia-


Muhammad

13 Comments

  1. hahaha…Chelsea palk berada di landasan tepat untuk bergelar juara…Syabas…Liverpool main liga Europa udoh la…

  2. Gua langsung tak tau biler masa plak race ni ade minggu lepas…

  3. Sambutan rancangan hiburan lagi tinggi dari sukan permotoran…

  4. akademi fantasia tak best…merepek je lebih…yang taun nie je lah..

  5. double troble…lagu pembukaan…gemuruh…

    min lupa diri bila tgk hiburan

  6. pendita_gila
    maunya gua tak sawan dengar lagu gemuruh tu..

    sepat
    berapa ringgit lagi tinggal dalam wallet lu tu?

    azwan nbs
    gua tak tengok AF tu..gua tunggu rancangan Imam Muda

    Mak Uia
    sekali sekala layan acara hiburan dua tiga tahun sekali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *