Baii: Honda Freed, Kompak Premium Bebas!

Honda Freed

Agak-agak lu orang, siapa yang merevolusikan MPV di Malaysia ni? Yang buat MPV jadi tiba-tiba glamour dan trend popular. Tak lain tak bukan, Toyota, iaitu Avanza untuk pasaran lokal dan Wish, untuk mereka yang tak kisah membayar lebih untuk kereta yang tak ada waranti pun. Tapi inilah Malaysia, negara yang hak penggunanya lemah dan kesedaran dalam dunia automotif yang sedih.

Macamana nak cerdik kalau tv tunjuk halimah jongang. Kartina katrina, drama-drama yang plotnya sama sahaja sejak 1500 tahun yang lepas? Dokumentari punyalah kurang, kadang-kadang tak ada langsung. Ia semuanya tentang persepsi. Sebab pengendali TV percaya yang kalau dibuat dokumentari, ratingnya rendah. Lepas tu suapkan dengan hiburan dan cerita-cerita yang gua rasa kalau tv tu harganya RM20, dah beratus tv gua bakar.

Honda Freed

Kini, Grand Livina paling laku untuk kategori non lokal, Exora kategori lokal, Alza kategori mengaku lokal. Kalau lu orang duduk area Wangsa Maju, boleh tengok hari-hari ada Alphard Vellfire dan Estima JDM pergi ispection. Bukti bahawa kereta tu memang tak lapuk selera pembeli Malaysia. Bila semua dah ada dalam pasaran, Honda nak jual apa?

Stream dan Odyessey dah ada. Tapi mereka mahu lagi yang lebih kecil macam Alza. Gua rasa Freed ni direct competitor Nissan Cube. Tapi bukan kah di Jepun Mobilio Spike dah ada? Entah. Gua pun ingat-ingat lupa.

Seperti juga Jazz yang dipasangkan di Indonesia, Freed juga datang dari kilang yang sama. Idea kereta ini adalah semacam di Indonesia yang mana jika lu orang bawak kereta sedan, nampak pelik sebab gua rasa 80 peratus kenderaan di sana ialah MPV dan SUV. Berbeza dengan Toyota yang ada Innova dan Avanza untuk pasaran negara kelas ketiga Asia macam kita, Freed adalah model global-setidak-tidaknya sebab ia lahir dari idea Honda Jepun.

Indonesia, Thailand dan Singapura sudah pun menjual kereta ini. Seperti biasa, kita mendapat lewat sedikit. Ia adalah berkaitan dengan strategi pasaran dan bukannya saja-saja nak jual lambat. Tengok sahaja FD2R yang mana Honda Malaysia adalah negara pertama yang menerimanya selepas Jepun, sama juga kesnya dengan Lancer GT.

Honda Freed adalah sebuah mini MPV yang direka untuk pasaran yang kecil di Malayssia. Orang putih kata niche market. Bila pasarannya berkaitan dengan jenama yang kini terarah kepada premium, Honda Malaysia tidak teragak-agak menjual model ini dengan varian tertinggi, malah ia juga dikenali sebagai model kompak MPV premium.

Gua belum test lagi kereta ini, jadi dari segi kombinasi enjin, tak dapat dipastikan samada MPV ini larat atau tidak diisi dengan 7 penumpang. Namun jika mengikut platform Jazz dan City yang sama pada model ini, sepatutnya ia tidak ada masalah. Ia direka untuk penggunaan bandar tetapi dengan versatiliti tempat duduk 7 orang. Cuba bawak balik Kemaman tengok, maunya tergeliat tulang belakang kalau naik ramai-ramai.

Enjinnya 1.5 i vtec yang sama digunakan pada Jazz, tetapi kekurangan 2ps berbanding 120ps sebelumnya. Transmisinya 5 kelajuan automatik dengan gear di atas dashboard dan gearnya juga telah direka semula nisbah penukaran untuk disesuaikan dengan Freed ini.

Ciri-ciri menariknya ialah walaupun kecil, ia menggunakan pintu jenis gelongsor. Amacam? Odyssey RB1 dan Stream RN2 pun pakai pintu ‘daun’. Ia kelihatan unik dan lebih menjadikannya premium, pintu ini dilengkapi dengan motor penggerak menjadikannya satu-satunya kereta dalam kategorinya yang ada fasiliti sebegitu.

Honda Freed

Harganya? RM112,980, RM113K lah senang cakap harga atas jalan termasuk insurans. Untuk membandingkannya dengan mana-mana kereta sekalipun, adalah tidak wajar. Kalau adapun Cube 5 mungkin. Tidak ada kereta seumpamanya yang dijual. Jadi terpulang kepada pembeli untuk mentafsirkannya samada mahal ataupun patut, ataupun murah.

Realitinya, Freed perlu mengikut pasaran yang telah ditetapkan di negara-negara jiran kita. Maksudnya, ia mesti dijual lebih mahal daripada Jazz tetapi lebih murah daripada Civic 1.8. jadi untuk mereka yang mampu, jangan pikir panjang. Test drive dan buat pilihan.

Foto: Baii & Honda

-Baii-

Irwan

27 Comments

  1. gua tak pasti tentang sambutannya..dengan tag premium yang dikenakan.. barangkali hanya peminat tegar Honda sahaja yang bakal meng”order” Freed ni..

  2. hoi mahalnya! … sampai ketua aku pakai myvi ni.. dgn harga tu tambah sikit dapek 1.8…maybe jazz tu dia diffrent segment tapi given freed as an option for that kind of price.. sales dia pasti tak tinggi.. silap hari bulan tambah lagi 5K dapat toyota wish takde warranti (baii ckp .. aku ikut ajer)

  3. Gua mmg cukup minat ngan kete ni sbb dier HONDA…tp biler tgk rege dier terus gua demam 44 hari beb…Myvi gua tu pun lepas bayar, duit gaji cukup2 sampai ujung bulan jer …hahaha…

  4. Ok, jom g cuti. Pulau Bedroom. Ok babai. Gua ngantuk.
    Sepat jangan ikut. Sapa tak cukup duit minta sepat sepet.

  5. harga die boleh beli avanza 1.5(kenapa xda warranti???)+myvi 1.3 second hand…
    hahaha……

  6. Sepat
    stok stiker kat gua pun dah lama habis… gua ingat nk buat sistem MLM buat jual la.. amacam??

  7. carragher

    kalau camtu, ko touchup sikit kasi glow under the sun ..kita buat lain sikit dari yg lain.. heh!

  8. min.sepat.capar

    gua melantik diri gua menjadi CEO..amacam..
    ada stiker ni je kene tahan gua lepas hahahaah

  9. pendita_gila
    idea lu paling bernas..gua setuju.. Sepat sama CaparZo boleh jadi Marque.. (tah betul ke tidak gua tulis pangkat MLM ni)

  10. CaparZo
    haha.. member gua dpt jadi Marque..modal berpuluh ribu.. rugi sampai ke tua.. gua dengar cerita jela.. mana penah join.. buang duit aja!! sedekah kat anak yatim ada gak faedah..

  11. Min…
    ehh…ex boss gua dah kaya skrg sbb buat LB nak jadik DUKE atas skit drpd Marque dgr2 la…pakai kete spot 2 pintu…eksyen lebeh…tp kete seken …huhu…gua beli MyVi pun baru punyer…dpt koyak plastik puas ati wooooo…nasib baik gua tak folo…kalo idok…gua pun melingkup..modal jer boleh beli VIVA sebijik…giler hape..

  12. engine freed ni same je ngan jazz.futuristik design kete ni.tp kalu pkai k20 lg gempak.xg2?

  13. aku rasa saiz dia lebih kurang Alza jer..ape pon aku suka 2 perenggan pertama artikel nih…pasal tahap kesedaran hak penguna kat tanah melayu nih…

  14. min.capar.sepat

    nampaknya mat dah perasan pakatan kita nak jatuhkan die

  15. Gua dah pakai..dah beli..memang berbaloi..mcm naik kete mewah..walapn harga mahal RM13k..dan blh beli 2bijik ALza..tpi..dari semua segi sudut..100% Alza ketinggalan jauh..minyak memag save gile..mcm myvi jer..dari Dungu ke K.T..RM10 jer..naik 3org+ 1baby..+ barang2..sape yg ade duit nk beli mpv..beli la freed..lupakan livina..harga lari skit jer..tpi kepuasan..MAXIMUM!!

  16. Aku dh letih cari mpv.nk beli wish tk dok warenti.klu rosak mampus.kt jepun scnhand 30ribu kt sini 100ribu lbh.pelik.nissan lak enjin 1.8 third row lutut terangkt baik beli sedan.alza pun.exora kete korea dn chery kna pikir resale value.rugi.pakai smpai karat la.test drive freed gemuk kontot dn ala2 pelik ni trus sangkut.nk angkt estima baik beli banglo.best naik honda ni.utk famili la.drift tk leh. Very comfy.test naik 5 dws 3 knk2 mula bert sket jap lg ivtec buka terus lancar.tekan button d3 kuar plak turbo.mak oi mmg patut..klu cc tinggi jd hrg stream plak.aircon cam kt london.enjin senyap.harga je mhl.tp ok la dgn pintu pkai remote,aircon auto,side mirer oto,rear viper on dpn klu hujan dia jln sendiri blkg tu.dasbord layer mmg bleh jd tmpt brekfast ank….korg geng2 baii sory.. msuk line jap.my opinion je nih..freed gemuk kontot dn pelik ni aku kenan.pdpt aku klu org lain trsa ampunkn dosa aku ya Allah…begitu jgk dosa org2 lain

  17. Tu ler livina cc tinggi.third row aku kurg mint.adk beradik nk tumpg takut kna gelak lutut naik ats.bentuk kurus pnjng ada mcm rupa belut je dr tepi.front gril dpn mcm mulut ikn yg impul tu.Nama je jepun.Buatan msia..diskaun byk. resale value cam ne ye..ya Allah ampunkn dosaku..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *