Peugeot 308 GT 200 Bhp!

Peugeot 308 GT 200.004

Antara kereta Conti yang saya selalu perhatikan ialah Peugeot. Walaupun ada macam-macam cerita negatif yang saya dengar tetapi itu tidak bermakna saya terus tak berminat, kereta Conti ada sesuatu yang mungkin kereta Asia tiada. Memang harga alat ganti lebih mahal dan alat ganti susah nak cari berbanding buatan Asia tetapi kalau ramai mekanik yang arif dan barang-barang dilambakkan pastinya persepsi terhadap kereta Conti akan berubah.

Peugeot 308 pada mulanya bukanlah saya suka sangat tetapi bila pertama kali duduk dalam kereta ini dan dengan bumbung panorama, enjin turbo, ruang dalaman yang luas dan harga yang agak ok saya rasa kereta ini patut dipertimbangkan kalau ada yang berkira-kira hendak membeli Honda Civic, Altis, Lancer dan lain-lain.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Air Asia X Taja Lotus Racing!

Lotus Racing Silverstone 2010.002

Apabila Dato’ Seri Tony Fernandes umumkan penubuhan Lotus Racing ramai yang mengagak Air Asia akan menaja tim tersebut. Selepas satu persatu penaja diumumkan logo Air Asia masih lagi tidak ‘terlekat’ pada badan kereta T127 kecuali pada kereta Williams, yang memang Air Asia dah taja lama. Sehinggalah pada GP Britain baru-baru ini Air Asia X mengumumkan penajaan mereka dan berita ini tidak tersebar luas mungkin kerana jarak pengumuman yang hampir dengan perlumbaan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Lotus Esprit?

Sebelum ini kita dah baca yang Lotus akan menjadi pesaing kepada Ferrari, Lamborghini dan lain-lain. Menjadi jenama premium untuk kumpulan Proton.

Strategi tersebut mungkin menjadi sebab ramai orang kaya yang sanggup membayar untuk kereta yang berharga jutaan ringgit.

Kalau kita perasan pun desain Lotus Evora adalah ala-ala Ferrari.

Dan seperti yang dilaporkan oleh AUTOEXPRESS, berikut adalah lakaran Lotus Esprit.

Klik di sini!

Paling awal hendak disahkan adalah pada Oktober nanti semasa Paris Auto Show dan katanya ada beberapa model lagi yang akan dipamerkan.

Mungkin pemilik Lambo di KL tak merasa segan untuk menukar kereta mereka dengan Lotus.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

WRC Bulgaria 2010: Citroen Menang! Lagi.

Citroen C4 WRC Bulgaria 2010002

Anda tahu bila seseorang atau sesebuah pasukan selalu menang tiada apa sangat yang boleh dilaporkan. Apa yang saya boleh tulis ialah mereka menang dan itu sahaja. Dan itulah yang berlaku semasa WRC Bulgaria hujung minggu lepas, Citroen sekali lagi menjadi juara dan kali ini buat pertama kalinya dalam sejarah berlumba dalam WRC mereka mendapat tempat 1,2,3,4!

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

F1 Britain 2010: Mercedes Podium!

Mercedes GP Petronas Silverstone 2010.004

Sedar tak sedar, Formula Satu sudah masuk pusingan kesepuluh dan kelmarin ianya berlangsung di litar Silverstone yang baru diubahsuai. Dan perlumbaan ini dimenangi oleh Mark Webber manakala Sebastian Vettel di tempat ketujuh selepas tersasar dari litar pada pusingan pertama.

Tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan tuan rumah iaitu McLaren dengan pemandu tuan rumah juga iaitu Lewis Hamilton.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

APRC Whangarei 2010: Proton R3 Podium!

Proton Satria Neo S2000 Whangarei 2010.004

Pada Jumaat lepas Proton menyambut ulangtahun ke 25 dengan gilang-gemilang. Proton Emas dibawa pulang dan pelancaran Saga, Exora dan Persona edisi khas 25 tahun. Tetapi seminggu sebelum itu, Tim Rali Proton R3 Malaysia menghadiahkan kemenangan tempat kedua dalam APRC pusingan Whangarei, New Zealand.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Siaran Tergendala!

Untuk pengetahuan sekutu, kitaorang tengah berusaha keras menambahbaik GT dan sempena itu beberapa pos atau gambar hilang. Untuk sekutu yang pernah daftar sebagai pengguna GT, saya minta mendaftar balik sebab semua nama termasuk skru sudah dipadam.

Selain itu, kitaorang juga dah daftar emel baru: geartinggimedia@gmail.com

Laman FB juga sudah dipadam, tetapi sekutu boleh ‘like’ laman baru GT, hanya cari Geartinggi di FB.

Harap maklum dan saya harap sekutu faham dan sabar sementara semuanya ok kembali.

🙂

-Mak Uia-


Silakan kongsi:

Video: Iklan Peugeot RCZ di KL!

httpv://www.youtube.com/watch?v=sNh-aHPYIjs&feature=player_embedded

Sejak pelancaran Peugeot 308, jenama dari Perancis ini semakin banyak di atas jalanraya. Varian 308 mempunyai pakej menarik, enjin Turbo, bumbung kaca dan harga yang agak ‘kena’ dengan model saingan lain. Dan terbaru Peugeot memperkenalkan model 3008 yang khabarnya juga mendapat sambutan menggalakkan.

Video di atas ini adalah iklan RCZ, model perdana dan sport Peugeot. Dan yang paling menarik ianya dirakamkan di KL, walaupun jalan di sini memang gagal tetapi ianya tidak menghalang tim produksi memilih ibu negara kita berbanding kota-kota lain.

Tak sangka betul.

-Mak Uia-

Silakan kongsi: