WRC Bulgaria 2010: Citroen Menang! Lagi.

Citroen C4 WRC Bulgaria 2010002

Anda tahu bila seseorang atau sesebuah pasukan selalu menang tiada apa sangat yang boleh dilaporkan. Apa yang saya boleh tulis ialah mereka menang dan itu sahaja. Dan itulah yang berlaku semasa WRC Bulgaria hujung minggu lepas, Citroen sekali lagi menjadi juara dan kali ini buat pertama kalinya dalam sejarah berlumba dalam WRC mereka mendapat tempat 1,2,3,4!

Citroen C4 WRC Bulgaria 2010003

Pesaing lain memang gigit jari. Tempat pertama dimenangi oleh Sebastien Loeb dan Daniel Elena, tempat kedua oleh pemandu persendirian Dani Sordo dan Marc Marti, tempat ketiga oleh sepasang lagi pemandu persendirian, Petter Solberg dan Patterson manakala tempat keempat oleh Sebastien Ogier dan J Ingrassia. Kesemua mereka memandu Citroen C4 WRC.

Sebastien Loeb sekarang ini pemandu rali yang sangat hebat, kemenangan ini adalah kali yang ke 58 buat beliau dan sekarang ini mendahului kategori pemandu dengan 51 mata.

Citroen C4 WRC Bulgaria 2010004

Jadi itulah dia senarai pemandu dan jurupandu arah kebanggaan Citroen. Bagaimana pula dengan Ford? Selepas senarai 1 hingga 4 barulah Ford muncul dengan Mikko Hirvonen dan Lehtinen di tempat kelima dan keenam pula oleh Jari-Matti Latvala dan Antilla dengan kedua mereka memandu kereta Ford Focus WRC.

Setidak-tidaknya dalam Piala Dunia ada juga pasukan dan hero Asia.

Keputusan Rali Bulgaria 2010:

1. Loeb/Elena, Citroen C4

2. Sordo/Marti, Citroen C4

3. P.Solberg/Patterson, Citroen C4

4. Ogier/Ingrassia, Citroen C4 – Citroen Junior Team

5. Hirvonen/Lehtinen, Ford Focus

11. Kimi Raikkonen/Lindstrom, Citroen C4 – Citroen Junior Team

Sumber & Foto: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

8 Comments

  1. Semenjak tim Mitsubishi & Subaru tarik diri…Tim Citroen la yg sapu sumer…tim yg lain tgk je la

  2. azwan

    tu la pasal..agak2 kalau Neo S2k tu ramai driver WRC pandu…senang2 je naik podium…he he he!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *