Honda Civic Hatchback 1.5 VTEC Turbo dijual secara rasmi di Thailand

Honda Civic Hatchback Thailand

Honda Civic Hatchback yang baru sahaja dilancarkan di Amerika Syarikat kini sudah tiba di negara jiran iaitu Thailand. Model itu akan berada di bilik Pameran Honda Thailand bermula 20 Mac ini. Untuk pasaran ASEAN, Thailand merupakan negara pertama yang menawarkan Civic Hatchback dan mungkin di antara beberapa negara sahaja di dunia yang menjualnya secara rasmi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd., En. Pitak Pruittisarikorn, “Sebagai meraikan kejayaan Honda Civic generasi kesepuluh yang telah terjual sebanyak 35,000 unit sejak dilancarkan pada 2016 dan untuk menekankan jiwa sport Civic, kami sangat bangga untuk melancarkan Honda Civic Hatchback ini. Dengan gayaan sporti dan rekabentuk belakang yang menangkap mata dan dikuasakan oleh enjin VTEC Turbo, kereta ini menawarkan ciri-ciri yang diperlukan buat mereka dengan gaya hidup aktif dan sukakan rekabentuk yang menyerlah dengan adunan sporti.”

Dari segi luaran, Honda Civic Hatchback mempunyai identiti tersendiri berbanding Honda Civic Sedan. Paling jelas ialah bampar depan dan belakang dengan gayaan yang lebih sporti manakala beberapa identiti utama seperti lampu utama, cermin sisi dan garis badan yang merupakan identiti Civic dikekalkan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Lexus Malaysia perbaharui NX dan perkenal NX Special Edition – RM 318K hingga RM 409K

Lexus NX200t

Setelah dua tahun berada dalam pasaran, Lexus Malaysia baru-baru ini memperkenalkan beberapa naik taraf kelengkapan dan satu varian baharu NX iaitu NX Special edition. Lexus NX berada dalam segmen SUV kompak premium dan di bawah dua lagi SUV iaitu Lexus RX dan LX.

Lexus NX (kecuali NX300h) dilengkapi enjin 2.0 turbo dengan teknologi Dual Variable Valve Timing with intelligence Wide (VVT-iW).

Untuk model 2017, Lexus tidak melakukan perubahan pada bahagian mekanikal dan tertumpu pada naik taraf kelengkapan sahaja.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Harga Volkswagen Polo 1.6 kini turun RM7K untuk tempoh terhad

Volkswagen Polo Malaysia

Volkswagen Polo 1.6 Hatchback kini boleh didapati pada harga RM 69,888 (tidak termasuk pendaftaran dan insuran) untuk tempoh masa terhad. Harga baharu tersebut berkurangan sebanyak RM 7,000 dari sebelum ini iaitu RM 76,888.00.

Volkswagen Polo Hatchback dilengkapi enjin 1.6 liter 16 injap Multi Point Injection (MPI) yang dipadankan dengan transmisi automatik Tiptronic enam kelajuan. Enjin itu berkuasa 105PS dan tork maksimum 153Nm dari 3,800 rpm dengan penggunaan minyak 6.3L untuk setiap 100km.

Polo 1.6 dilengkapi sistem audio RCD 330G dengan skrin sentuh, pemain CD (WMA/MP3), slot USB dan kad SD, antara muka iPod serta Bluetooth dengan sambungan MirrorLink.

Volkswagen Polo Hatchback berada dalam segmen sama seperti Honda Jazz, Proton Iriz, Perodua Myvi, Peugeot 208, Kia Rio, Mazda2 dan Ford Fiesta.

Harga promosi ini berada dalam lingkungan Honda Jazz gred S iaitu RM RM 71,536.97.

Silakan kongsi:

PEUGEOT 3008 menang Anugerah Kereta Tahunan (COTY) 2017 di Geneva!

Peugeot 3008 2017

ANUGERAH Kereta Terbaik Tahunan atau Car of the Year (COTY) boleh dikatakan antara acara berprestij kerana mampu menambah keyakinan pengguna terhadap model yang terpilih seterusnya menjadikannya sebagai penanda aras dalam industri.

COTY tahun ini telah pun dipilih dan ia diumumkan pada 6 Mac lepas sempena Pameran Kenderaan Antarabangsa Geneva. COTY 2017 adalah milik PEUGEOT 3008 baharu dan model itu mencatat sejarah kerana ia adalah SUV pertama yang memenangi anugerah COTY.

PEUGEOT 3008 memenangi COTY 2017 dengan 319 poin mengalahkan dua lagi finalis yang hebat iaitu Alfa Romeo Giulia dengan 296 mata dan Mercedes E-Class dengan 197 mata.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Usahawanita menang Mercedes-Benz C200 sempena Peraduan FUSO Diamond!

Peraduan FUSO Diamond 2017

Tahun ini merupakan tahun ke-4 Peraduan FUSO Diamond dianjurkan oleh Mercedes-Benz Malaysia Commercial Vehicles (MBM CV), pengedar sah trak FUSO di Malaysia. Peraduan ini membabitkan cabutan mini yang diadakan pada bulan Julai 2016, yang menerima 885 penyertaan, dan berakhir dengan Cabutan Pusingan Akhir, yang menerima 1,478 penyertaan lagi.

Selepas dipilih secara rambang daripada penyertaan yang terdiri daripada pelanggan FUSO di seluruh negara, Puan Noraini Binti Abdul Haris telah dipilih sebagai pemenang Hadiah Utama FUSO Diamond 2016.

Beliau yang pertama kali membeli jenama FUSO telah membawa pulang Hadiah Utama berupa sebuah Mercedes-Benz C200, lawatan ke Jepun serta kunjungan ke Kilang dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kawasaki FUSO di Jepun, dan baucar servis bernilai RM6,000.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

VPCM umum penerima angpow bernilai RM66,888 – Pemenang mahu tunai Umrah bersama keluarga

Lucky winner En. Sohaimi and Roland Ooi, Marketing & Sales Director of VPCM

Rezeki menyebelahi En. Syed Mohammed Sohaimi, 53, dari Kuantan apabila beliau diumumkan sebagai pemenang angpow paling besar iaitu berjumlah RM66,888. Beliau memenangi angpow tersebut sempena peraduan ‘the Biggest Angpow of the year’ yang dianjurkan Volkswagen Passengers Cars Malaysia (VPCM) bermula 1 Januari hingga 15 Februari lepas sempena Tahun Baru Cina.

Beliau layak menyertai peraduan tersebut melalui pembelian Volkswagen Vento 1.2L TSI semasa tempoh peraduan  berlangsung.

“Saya sangat terkejut dan bersyukur di atas kemenangan yang langsung tidak dijangka. Semasa memandu uji kereta itu saya terus dapat merasai perbezaannya. Dengan wang ini saya merancang untuk membawa keluarga saya mengerjakan umrah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan kini saya adalah peminat Volkswagen!” kata En. Syed Mohammed Sohaimi dengan gembira.

Selain daripada hadiah utama, pelanggan yang membeli kenderaan Volkswagen dalam tempoh promosi turut menerima angpow dalam bentuk ‘cash back’ bernilai RM388 hingga RM1,288.

Silakan kongsi:

MINI Seven Edition yang berharga RM254K ini hanya dikeluarkan sebanyak 30 unit sahaja

MINI Seven Edition

Khas untuk peminat kereta MINI dan mahukan sesuatu yang istimewa, MINI Malaysia baru-baru ini memperkenalkan MINI Seven Edition yang dikeluarkan sebanyak 30 unit sahaja. MINI Seven Edition dikeluarkan sebagai penghormatan kepada model asal Austin Seven yang klasik dan nostalgik serta mempunyai pengaruh kuat tempat asalnya iaitu Britain.

MINI Seven Edition adalah siri reka bentuk pertama daripada generasi terkini 5 Door MINI.

Legasi Austin Seven

Ketika memperkenalkan ikon baharu itu ke pasaran Malaysia, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Warisan MINI Seven bermula sejak tahun 1959 apabila kereta ikonik itu mula diperkenalkan ke pasaran dunia sebagai Austin Seven dan cukup identikal dengan Morris Mini Minor. Hanya sepuluh tahun kemudian pada 1969, produksi kereta itu dipindahkan ke kilang baharu pada waktu itu, Longbridge, Birmingham di United Kingdom dan nama Mini menjadi jenama standard.”

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Silakan kongsi:

Honda City facelift – Perbezaan di antara tiga varian S, E dan V

Perbezaan varian Honda City E, V dan S

Honda Malaysia telah melancarkan Honda City facelift (rupa baharu) yang dilengkapi ciri-ciri seperti kereta segmen C tetapi pada harga kereta segmen B. Walaupun dengan penambahan kelengkapan tetapi harganya kekal dan turun untuk varian S.

Harga Honda City facelift varian E dan V sama seperti model sebelumnya iaitu RM84,600 dan RM92,000 manakala harga Honda City varian S ialah RM78,300 turun sebanyak RM1,000 berbanding varian S+ sebelum ini.

Model peneraju segmen B itu masih mengekalkan enjin Honda 1.5L i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi Continuous Variable Transmission (CVT).  Transmisi CVT itu adalah generasi baharu yang dibangunkan di bawah Earth Dreams Technology Honda untuk keseimbangan di antara prestasi pemanduan dan penjimatan bahan api.

Tiga varian City – S, E dan V

Varian Honda City facelift masih sama seperti model sebelum iaitu S, E dan V. Cuma varian S Honda City facelift adalah naik taraf varian S+ sebelum ini.

Berikut ialah perbezaan kelengkapan yang ada pada Honda City facelift.

Klik di sini untuk sambungan artikel >>

Silakan kongsi: