Honda City facelift – Perbezaan di antara tiga varian S, E dan V

Perbezaan varian Honda City E, V dan S

Honda Malaysia telah melancarkan Honda City facelift (rupa baharu) yang dilengkapi ciri-ciri seperti kereta segmen C tetapi pada harga kereta segmen B. Walaupun dengan penambahan kelengkapan tetapi harganya kekal dan turun untuk varian S.

Harga Honda City facelift varian E dan V sama seperti model sebelumnya iaitu RM84,600 dan RM92,000 manakala harga Honda City varian S ialah RM78,300 turun sebanyak RM1,000 berbanding varian S+ sebelum ini.

Model peneraju segmen B itu masih mengekalkan enjin Honda 1.5L i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi Continuous Variable Transmission (CVT).  Transmisi CVT itu adalah generasi baharu yang dibangunkan di bawah Earth Dreams Technology Honda untuk keseimbangan di antara prestasi pemanduan dan penjimatan bahan api.

Tiga varian City – S, E dan V

Varian Honda City facelift masih sama seperti model sebelum iaitu S, E dan V. Cuma varian S Honda City facelift adalah naik taraf varian S+ sebelum ini.

Berikut ialah perbezaan kelengkapan yang ada pada Honda City facelift.

Honda City facelift varian V:

Honda City facelift

  • Enam beg udara
  • Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
  • Kerusi belakang dengan ISO Fix
  • Sistem Kemasukan Pintar dengan Butang Penghidup Enjin
  • Lampu Pencahayaan Siang (DRL) LED
  • Cermin Sisi Boleh Lipat Automatik dengan isyarat
  • Rim Aloi Dua Tona 16 inci
  • Kerusi dan stereng balutan kulit
  • Panel instrumen sentuhan lembut
  • Penyaman udara auto dengan butang sesentuh
  • Corong penyaman udara belakang
  • Perehat lengan kerusi depan
  • Perehat lengan kerusi belakang dengan pemegang cawan
  • Sistem multimedia digital 6.8″
  • Lapan unit Pembesar Suara dengan kawalan suara mengikut kelajuan kereta
  • Pedal Penukar Gear (Paddle Shift) dan Kawalan Jelajah (Cruise Control)
  • Butang telefon bebas tangan
  • Kamera Undur Pelbagai Sudut
  • Lampu Depan LED dengan LED DRL, Lampu Kabus Hadapan LED, Lampu Belakang LED dan Ducktail Spoiler bersama Lampu Brek LED

Harga di atas jalan Honda City facelift varian V: RM92,000

Honda City facelift varian E:

Honda City facelift

  • Empat beg udara
  • Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
  • Kerusi belakang dengan ISO Fix
  • Sistem Kemasukan Pintar dengan Butang Penghidup Enjin
  • Cermin Sisi Boleh Lipat Automatik dengan isyarat
  • Rim Aloi Dua Tona 15 inci
  • Kerusi balutan kulit fabrik dan stereng balutan urethane
  • Panel instrumen sentuhan lembut
  • Penyaman udara auto dengan butang sesentuh
  • Corong penyaman udara belakang
  • Perehat lengan kerusi depan
  • Perehat lengan kerusi belakang dengan pemegang cawan
  • Sistem multimedia digital 6.8″
  • Lapan Empat unit Pembesar Suara dengan kawalan suara mengikut kelajuan kereta
  • Pedal Penukar Gear (Paddle Shift) dan Kawalan Jelajah (Cruise Control)
  • Butang telefon bebas tangan
  • Kamera Undur Pelbagai Sudut
  • Cermin sisi dengan lampu isyarat
  • Lampu Pencahayaan Siang (DRL) LED, Lampu Depan halogen LED dengan LED DRL, Lampu Kabus Hadapan LED, Lampu Belakang halogen LED dan Ducktail Spoiler bersama Lampu Brek LED.

Harga di atas jalan Honda City facelift varian E: RM84,600

Honda City facelift varian S:

Honda City facelift

  • Dua beg udara
  • Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
  • Kerusi belakang dengan ISO Fix
  • Sistem Kemasukan Pintar dengan Butang Penghidup Enjin
  • Cermin Sisi Boleh Lipat Automatik dengan isyarat
  • Rim Aloi Dua Tona 15 inci
  • Kerusi balutan kulit fabrik dan stereng balutan urethane
  • Panel instrumen sentuhan lembut
  • Penyaman udara manual auto dengan butang sesentuh
  • Corong penyaman udara belakang
  • Perehat lengan kerusi depan
  • Perehat lengan kerusi belakang dengan pemegang cawan
  • Sistem multimedia digital 6.8 Sistem audio standard dengan pemain CD
  • Lapan Empat unit Pembesar Suara dengan kawalan suara mengikut kelajuan kereta
  • Pedal Penukar Gear (Paddle Shift) dan Kawalan Jelajah (Cruise Control)
  • Butang telefon bebas tangan
  • Kamera Undur Pelbagai Sudut
  • Cermin sisi dengan lampu isyarat
  • Lampu Pencahayaan Siang (DRL) LED, Lampu Depan halogen LED dengan LED DRL, Lampu Kabus Hadapan LED, Lampu Belakang halogen LED dan Ducktail Spoiler bersama Lampu Brek LED.

Harga di atas jalan Honda City facelift varian S: RM78,300

Perbezaan varian Honda City E, V dan S

Waranti Honda City facelift:

Honda City facelift didatangkan dengan waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000km boleh dibuat di mana-mana 88 pengedar Honda di seluruh negara.

City Baharu didatangkan dalam 5 warna iaitu Perak (Lunar Silver Metallic), Merah (Dark Ruby Red Pearl), Putih (Taffeta White), Kelabu (Modern Steel Metallic) dan Hitam (Crystal Black Pearl).

BACA LAGI: Honda City facelift kini dilancarkan – Harga bermula dari RM78.3K hingga RM92K

Berikut ialah galeri gambar kelengkapan Honda City facelift:

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.