Porsche Cayenne Platinum Edition kini di Malaysia – Harga bermula dari RM698,000

Porsche Cayenne Platinum Edition 2017

Porsche Cayenne Platinum Edition kini secara rasminya dijual di Malaysia oleh Sime Darby Auto Performance. Varian baharu itu mempunyai penampilan lebih sporti di mana akronim Platinum Edition oleh Porsche merujuk kepada model terpilih yang dikeluarkan dalam tempoh terhad.

“Pengenalan Platinum Edition ini adalah untuk meraikan kejayaan barisan model Cayenne, lebih banyak ciri-ciri berkualiti premium dilengkapi dan kini ia tampil lebih sporti” kata Arnt Bayer, Ketua Pegawai Operasi Sime Darby Auto Performance.

Bahagian luaran – Roda RS Spyder 20 inci

Porsche Cayenne Platinum Edition

Porsche Cayenne Platinum Edition dilengkapi roda RS Spyder bersaiz 20 inci dengan arka roda lebih lebar, lampu utama Bi-xenon dengan Porsche Dynamic Light System (PDLS), Power Steering Plus dan ParkAssist di bahagian depan dan belakang. Sistem pengesanan ParkAssist itu bukan sahaja mengeluarkan bunyi amaran tetapi turut memaparkan keadaan sekeliling pada skrin papan pemuka.

Warna standard Cayenne Platinum Edition ialah hitam atau putih bukan metalik dan pelanggan boleh memesan opsyen warna metalik seperti Deep Black, Purpurite, Mahogany, Carrera White atau Rhodium Silver.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Honda tambah pusat penukaran inflator beg udara Takata – Kini di stesen minyak PETRONAS terpilih

Untuk memudahkan lagi pelanggan yang terlibat dengan penukaran inflator beg udara Takata, Honda Malaysia kini bekerjasama dengan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) di mana beberapa stesen minyak PETRONAS terpilih telah pun memulakan operasi penggantian sejak 9 Februari 2017.

Lokasi stesen minyak PETRONAS tersebut ialah di Ampang, Selangor, Skudai, Johor, Pengkalan Chepa, Kelantan dan Kota Kinabalu, Sabah.

Dengan penambahan itu, Honda Malaysia menjalankan operasi penukaran inflator beg udara Takata di tiga lokasi utama seperti di bawah:

1) Stesen minyak PETRONAS terpilih – dengan temu janji
2) Hab bergerak di pusat membeli-belah – tanpa temu janji
3) Kesemua 84 pusat servis Honda – dengan temu janji

Selain dari lokasi utama di atas, pelanggan juga boleh menggantikan inflator beg udara Takata di karnival Honda Family Road Trip (HFRT) di seluruh negara. Proses penggantian di karnival HFRT dan Hab Bergerak di pusat membeli-belah tidak memerlukan sebarang temu janji.

Untuk makluman, penukaran ini sangat penting memandangkan ia telah pun menyebabkan kehilangan nyawa di Malaysia dan di dunia.

Untuk proses penukaran yang lebih berkesan, Honda Malaysia turut berkerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menghubungi pemilik kereta Honda yang terlibat.

Setakat 21 Februari 2017, Honda Malaysia mempunyai 100% stok inflator beg udara bahagian pemandu yang diperlukan dan sehingga kini telah berjaya menukar 75% model yang terjejas.

Stok inflator beg udara sebelah penumpang pula telah mencapai tahap 75% dan Honda Malaysia komited untuk proses penggantian ini termasuk penambahan stok yang diperlukan.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau membuat panggilan ke talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020.

Berikut ialah butiran lanjut mengenai lokasi penukaran inflator beg udara Takata.

  1. Stesen minyak Petronas (klik pada imej)
    Inflator beg udara Takata
  2. Hab bergerak di pusat membeli belah (klik pada imej)

Inflator Beg Udara Takata

Muat turun fail pdf:

Honda Malaysia Mall Hubs and Petronas Location and Operating Hours

Silakan kongsi:

Toyota Drive – Aplikasi telefon pintar untuk pelanggan Toyota

Toyota Drive

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) kini menawarkan aplikasi telefon bimbit, Toyota Drive untuk memberi lebih kemudahan kepada para pelanggan. Melalui aplikasi Toyota Drive, pelanggan boleh membuat temu janji servis, memohon bantuan jalan raya, tinjauan pakej servis, lokasi outlet Toyota terdekat dan makluman tawaran terbaru dari Toyota.

Aplikasi Toyota Drive boleh dimuat turun dari Google Play Store dan App Store Apple secara percuma.

Toyota Drive

Berikut ialah kemudahan yang terdapat pada aplikasi Toyota Drive:

  1. Service Appointments – Pemilik boleh menempah slot masa di mana-mana pusat servis Toyota untuk khidmat servis berkala
  2. 24Seven Road Assist – Pemilik boleh memohon khidmat 24Seven Road Assist (bantuan jalan raya) apabila berlaku kemalangan atau kerosakan
  3. Service Packages – Maklumat mengenai pelbagai pakej servis untuk kesemua model Toyota
  4. Outlet Locator – Pelanggan boleh membuat carian lokasi outlet Toyota terdekat (jualan, servis, cat & pembaikan di Malaysia)

Sebagai tambahan, pemilik yang berdaftar dengan Toyota Drive juga dapat mengakses rekod servis, tip penjagaan kereta Toyota milik mereka dan melawat rangkaian media sosial Toyota.

Silakan kongsi:

Minyak pelincir Shell ini khusus untuk kenderaan dengan jarak perbatuan lebih dari 100K KM

Shell Helix High Mileage 15W-50

Bagi pemilik kenderaan yang telah mempunyai jarak perbatuan yang tinggi, kini terdapat minyak enjin khusus Shell Helix yang dapat membantu ‘melawan’ kesan penuaan (ageing).

Minyak enjin Shell Helix High Mileage 15W-50 synthetic technology multi-fuel baru ini dirumus khas dengan Teknologi Flexi Molecule menawarkan perlindungan khusus kepada enjin terutamanya sekali kenderaan dengan bacaan odometer lebih dari 100,000 km.

Shell Helix High Mileage

Shell Helix High Mileage menawarkan perlindungan dari kehausan sehingga 40% lebih baik untuk membantu memanjangkan jangka hayat enjin. Teknologi Active Cleansing dari Shell juga dapat menjadikan enjin lebih bersih seterusnya memberikan prestasi yang lebih baik dengan mengelakkan pengumpulan enap cemar dan endapan lain yang boleh membawa kerosakan.

Secara purata, ia terbukti dapat membantu menyingkirkan enap cemar sehingga 34% pada penukaran minyak yang pertama.

Harga runcit yang disyorkan bagi pek 4 liter Shell Helix High Mileage baru ialah RM148 bagi Semenanjung Malaysia dan RM150 bagi Sabah dan Sarawak. Satu pek 1 liter dijual pada harga RM40 di Semenanjung Malaysia dan RM41 di Sabah dan Sarawak.

Sempena pelancaran minyak pelincir baharu ini, pemilik kereta yang memilih untuk menggunakan Shell Helix High Mileage 15W-50 bagi servis penukaran minyak di bengkel-bengkel terpilih akan menikmati potongan harga sebanyak RM25 bagi setiap pek 4 liter daripada jumlah invois.

Promosi ini sah dari 15 Mac hingga 15 Mei 2017.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

HONDA MALAYSIA SASAR JUALAN 100,000 UNIT UNTUK TAHUN 2017 – PERKENAL EMPAT MODEL BAHARU

Honda Malaysia Group Vice President Mr Akkbar Danial and Managing Director and CEO Mr Katsuto Hayashi with the New City

Tahun 2016 adalah tempoh yang cukup mencabar untuk industri automotif apabila Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) 2016 jatuh sebanyak 13% berbanding 2015 kepada 580,124 unit. Buat buat pertama kali dalam tempoh enam tahun, TIV berada di bawah 600,000. 

Honda Malaysia walau bagaimanapun berjaya mengharungi cabaran tersebut dan mencatat jualan memberangsangkan serta melepasi sasaran yang telah ditetapkan dengan jumlah jualan sebanyak 91,830 unit.

Pencapaian yang memberangsangkan itu diterjemahkan kepada 15.8% perkongsian pasaran yang merupakan perkongsian pasaran kedua tertinggi dalam operasi automobil Honda di peringkat global. Di Malaysia, peratusan itu membolehkan Honda mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen Bukan Nasional untuk dua tahun berturut-turut.

Di samping itu, jualan keseluruhan Honda juga membantu meletakkan syarikat untuk berada di kedudukan kedua dalam TIV keseluruhan buat pertama kalinya di Malaysia.

Sasaran jualan 100,000 unit

Bagi tahun 2017, Honda Malaysia sekali lagi ingin mengulangi kejayaan tersebut dan berazam untuk meningkatkan lagi pencapaian.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Katsuto Hayashi berkata, biarpun kebanyakan analisis menjangkakan perkembangan yang kurang baik, kami percaya industri automotif akan mempunyai perkembangan positif pada tahun 2017 dengan sentimen pasaran di rantau ini akan beransur-ansur pulih. Justeru, kami menjangkakan TIV untuk tahun 2017 akan mencecah 600,000 unit.

Dengan jangkaan TIV 600,000 unit, Honda Malaysia telah menetapkan sasaran sebanyak 100,000 unit pada tahun ini, meningkat 8% berbanding tahun lalu. Ini bagi mengekalkan posisinya selaku peneraju pasaran.

Pencapaian 2016

Honda Civic turbo 2016

Pada tahun 2016, Honda Malaysia telah melancarkan dua model baharu. Civic serba baharu dan Accord baharu jelas menetapkan satu penanda aras baru menerusi pakej pemanduan, reka bentuk, keselamatan dan ciri-ciri termaju yang luar biasa yang mendahului kelasnya.

Sehingga kini, kedua-dua model itu mencatat jualan No. 1 dan menerajui segmen masing-masing.

Revolusi Civic Generasi ke-10 mencatatkan peningkatan yang mengagumkan sebanyak 165% berbanding jualan model sama pada tahun 2015. Ia menjadi peneraju segmen dengan penguasaan pasaran sebanyak 68% dalam tempoh enam bulan sejak dilancarkan.

BACA LAGI: Honda Civic Baharu Dilancarkan – RM113.8K Untuk 1.8 i-VTEC, RM127.8K Untuk 1.5 VTEC Turbo

Accord pula sentiasa menjadi model utama Honda Malaysia mengakhiri tahun lalu dengan mengungguli segmennya menerusi jualan 2,400 unit.

Empat model baharu untuk 2017

Untuk tahun 2017, Honda Malaysia bakal memperkenalkan 4 model baharu. Pada awal Januari lalu, BR-V serba baharu telah diperkenalkan ke dalam keluarga Honda untuk melengkapkan lagi tawaran kenderaan utiliti Honda, sekali gus menawarkan pilihan yang lebih luas kepada rakyat Malaysia.

Bagi rangkaian produk ini, CR-V menjadi perintis dalam segmen SUV apabila menawarkan satu pakej ruang dan versatiliti yang terbaik. HR-V yang dilancarkan pada 2015 mencetuskan revolusi dalam segmen Kenderaan Utiliti Sukan Kompak (SUV).

Tahun lepas, HR-V telah mencatatkan jualan hampir 25,000 unit dan menjadi model Honda yang kedua terlaris dalam jualan keseluruhan Honda tahun 2016.

BR-V serba baharu yang baru dilancarkan meneruskan momentum itu yang merancakkan kembali segmen kenderaan 7 tempat duduk.

Continue reading

Silakan kongsi:

Proton Iriz kini dijual di Indonesia – RM58K dan RM62K

Proton Iriz Indonesia

PT PROTON Edar Indonesia (PEI – anak syarikat penuh PROTON Holdings Berhad) telah memperkenalkan Proton Iriz di pusat beli-belah FX Sudirman, Senayan, Jakarta. Terdapat dua varian Proton Iriz yang dipasarkan iaitu 1.3L MT Standard dan 1.3L CVT Standard dengan harga IDR 175, 250,000 (RM58,484.57) dan IDR 185,283,000 (RM61,832.79).

Acara telah dirasmikan oleh Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON dengan kehadiran Dato’ Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Mohd Khalid Yusof, Pengarah Transformasi dan Ketua Jualan Antarabangsa, PROTON, Naim Abdul Rahman, Penasihat MATRADE di Kedutaan Malaysia di Indonesia dan Yanuarto Widihandono, Setiausaha Agung Institut Otomotif Indonesia.

Proton Iriz telah dipamerkan di pusat membeli-belah tersebut sejak 16 Februari 2017 sehingga 22 Februari 2017.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi:

Honda City facelift kini boleh dilihat di Siri Jelajah Honda

Honda City facelift 2017

Honda Malaysia telah membuka tempahan untuk model Honda City facelift (rupa baharu) bermula 1 Februari lepas. Honda City generasi keempat itu merupakan peneraju segmen B apabila lebih 100,000 unit berjaya dijual sejak ia dilancarkan pada Mac 2014.

Sama seperti model sebelumnya, Honda City facelift yang akan dilancarkan tidak lama lagi menawarkan ciri segmen C pada harga segmen B. City baharu turut diiktiraf sebagai Kenderaan Jimat Tenaga (EEV) yang menawarkan penjimatan bahan api.

Honda City facelift 2017

Berikut ialah ciri-ciri baharu Honda City facelift 2017:

  • Lampu utama LED dan DRL LED – Gred V
  • Lampu kabus LED – Gred V
  • Enam beg udara – Gred V
  • Spoiler ‘duck tail’ – Gred V
  • Lampu belakang LED – Gred V
  • Roda aluminium baharu – kesemua varian
  • Butang tekan mula dan kemasukan pintar – kesemua varian
  • Bampar depan dan belakang baharu – kesemua varian
  • VSA, HSA – kesemua varian

Honda City Facelift 2017

Mereka yang berminat untuk melihat Honda City facelift sebelum pelancaran rasmi boleh mengunjungi siri jelajah di pusat-pusat membeli belah terpilih seperti berikut:

*KEMASKINI: Honda City facelift sudah pun dilancarkan, artikel lanjut boleh dibaca melalui pautan di bawah:

BACA LAGI: Honda City facelift kini dilancarkan – Harga bermula dari RM78.3K hingga RM92K

BACA LAGI: Honda City facelift – Perbezaan di antara tiga varian S, E dan V

PRATONTON HONDA CITY FACELIFT DI SIRI JELAJAH DI PUSAT MEMBELI BELAH:

PRATONTON HONDA CITY FACELIFT DI TRAK BERGERAK:

Honda City Facelift 2017

BACA LAGI: HONDA MALAYSIA SASAR JUALAN 100,000 UNIT UNTUK TAHUN 2017 – PERKENAL EMPAT MODEL BAHARU

Silakan kongsi:

Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition dilancarkan – RM126,000!

Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition

Kepada mereka yang mahukan sebuah pikap Toyota Hilux yang berbeza dari ribuan Hilux yang lain, pengenalan baharu oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) ini mungkin jawapannya. Bermula 17 Februari, Toyota Hilux 2.4G AT Limited Edition sudah boleh dilihat di bilik pameran UMWT di seluruh negara.

Toyota Hilux 2.4G AT Limited baharu dilengkapi pelbagai aksesori rasmi Toyota dan ia boleh dimiliki pada harga RM126,000.

Klik untuk bacaan seterusnya

Silakan kongsi: